Tuesday, December 15, 2009

Hidup???

"Walau dunia memang tak seindah syurga,
bersyukurlah pada Yang Kuasa
kerna kita masih diberi peluang merasai kenikmatan di sini demi menggapai indahnya kenikmatan di sana nanti..."

"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan
dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga."
(Imam Ahmad bin Hanbal)

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..."
Dyra Nc: "Walau dunia memang tak seindah syurga,
bersyukurlah pada Yang Kuasa
kerna kita masih diberi peluang merasai kenikmatan di sini demi menggapai indahnya kenikmatan di sana nanti..."

"Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan
dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga."
(Imam Ahmad bin Hanbal)

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..."

Friday, December 11, 2009

MUHAMMAD AL-FATEH



Utusan
Tuhan bersabda...
Benarkan satu ketika
Derapan kuda kan tiba
Bebaskan kota di Roma
Tentera Fateh pun datang
Hadith nabi kuatkan iman
Layar kapal rentas daratan
Tanduk Emas dibantu Tuhan
tujuh puluh kapal pun tiba
Byzanzin gegar gempita
Dua ratus ribu tentera
mimpi buruk sudah pun tiba
Lapan ratus tahun penantian
Konstantin akhir ditawan
Panji Islam dikibar Hassan
Tubuh syahid jiwa dikorban
Itulah si anak muda
Beraksi menggegar dunia
Itulah sebaik raja
Itulah sebaik tentera...



Tuesday, December 8, 2009

MARILAH KITA BERSAUDARA,INGAT MENGINGATI,WASIAT MEWASIATI DAN TETAP BERTAHAN HINGGALAH KITA MENEMUI ALLAH DI ATAS JALAN DAKWAH…

1) Marilah bersaudara lillahitaala.
-betapa perlunya bersaudara krn Allah semasa kita berjalan bersama di atas jalan dakwah ini utk memperkukuhkan lagi ikatan di antara kita seperti yang telah dibuat oleh rasulullah saw apabila baginda mempersaudarakan kaun muhajirin dan ansar. Itu merupakan satu contoh yang sangat indah boleh kita contohi tentang cinta dan ikrar yg mengutamakan saudaranya lebih dari diri sendiri.
Sabda Nabi saw:-
“Perumpamaan org2 mukmin di dalam rasa cinta mereka,kasih sayang mereka dan kemesraan mereka seperti badan yang satu apabila sebahagian dari angggotanya mengadu sakit,maka bersama-samalah seluruh anggotanya dengan berjaga sakit.”

Sabda Nabi saw lagi:-
“Seorg muslim adlh bsaudara dgn muslim yg lain,dia tidak menzalimi,tidak membiarkannya dan tidak mnyerahkannya kpd bahaya. Barangsiapa menolong saudaranya dari satu kesusahan,Allah melepaskannya dari satu kesulitan malah berbagai-bagai kesulitan pada hari kiamat,barangsiapa menutup rahsia,cacat cela(keaiban) seseorg muslim,Allah menutup keaibannya pada hari kiamat.”

2) Ingat-mengingati.
-alangkah perlunya sangat2 kita ingat-mengingati antara satu sama lain tatkala kita berada di atas taariq dakwah ini krn sesungguhnya peringatan itu amatlah bermanfaat kpd org2 yg beriman. Ingatlah bahawa musuh2 islam sentiasa mngintip bg menjatuhkan kita. Dan jgn sesekali terpedaya dgn cita2 yg diharapkan. Ketahuilah bhw blsn yang baik itu hanya pada org yg bartaqwa.

“Demikianlah Allah mbuat perumpamaan bagi yang benar dan batil. Adapun buih itu,akan hilang sbg sesuatu yg tidak ada harganya,adapun yang memberi menafaat kpd manusia,maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah mbuat perumpamaan-perumpamaan.”
(Ar-ra’ad:17)
-hendaklah diingatkan bhw di ats jln ini kita mnyeru org kearah yg paling baik dari segala yg diserukn org krn kita mnyeru manusia kpd Allah.

“Siapakah yg lebih baik perkataannya drpd org yang mnyeru kpd Allah mngerjakan amal soleh dan berkata:”Sesungguhnya aku termasuk org2 yg mnyerah diri.”
(Fussilat:33)

3) Wasiat mewasiati.
-hendaklah kita saling mewasiat dgn kbenaran yg telah mnyatukan kita atas taariq dakwah dgn berpegang teguh dgn kbenaran dan menghayatinya.

“Dan apa2 yg kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu,tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.sesungguhnya Allah Maha Melihat apa2 yg kamu kerjakan.”
(Muhammad:138)

4) Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah.
-Istiqamah agar tidak terdedah kpd bermacam2 gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam kita.

“Dan org2 yg sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah org2 yg benar imannya dan mereka itulah org2 yg bertaqwa.”
(Al-baqarah:177)

Monday, November 30, 2009

~CiNtA~

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang
Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang
Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan
cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari
nanti...


"Sandarkanlah cinta kepada Allah...pasti tidak kecewa kerna pasti ada
balasan...Dan ingatlah sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..."

Sunday, November 1, 2009

Gembira,sedih,kembali mengingatiNya...

Assalamualaikum…
Lama rasanya ana tidak menulis blog. Bagi pembaca yang setia dengan perkembangan blog ana,ana ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja. Buat perkembangan yang terkini ana sekarang telah kembali ke bumi anbiya’ yang ana rindui ini 20hrbln lepas. Ape perasaan balik Malaysia??? Inilah soalan akan ditanya sesame akhawat atau kawan sekuliah… jadi jawapan ana mestilah seronok. Alhamdulillah tak terhingga kerana dapat bertemu lagi dgn keluarga yang disayangi lagi dirindui… perkembangan mereka??? Mak ayah alhamdulillah sihat. Adik2 pun sihat. Yang second sekarang melanjutkan pelajarannya di GiatMara pinang. Yang bongsu bakal menduduki SPM pada bulan ini… buat ija,kak nona ucapkan good luck and hope dipermudahkan dalam menjawab soalan SPM nnti… banyakkan berdoa tau… jangan selalu main game jinonline jer… kehkehekeh….
Puasa di Malaysia??? Alhamdulillah kullu khaer… cume tak berpeluang taraweh di masjid kerana ada masalah2 tertentu tapi ana masih bersyukur kerana masih berpeluang solat taraweh bersama keluarga… berbuka puasa pulak tahun ini agak sederhana. Kami tak byk beli pun tapi masak sendiri. Sape yang masak?? Hehehe… kadang2 mak dan kadang2 ana.. nak jadi anak yang baik perlulah meringankan segala bebanan ibu bapanya. Disebabkan mak ana bekerja jadi ana jadilah suri rumah sementara. Hehehe…
Raya bersama keluarga kenangan yang terindah sekali bg ana.. terutama opah ana la sape lgi… paling malu dan agak best ialah,ana dapat banyakn duit raya…hehehe… jgn jeles yek…hehehe…. Seperti biasa taun nie ana dan keluarga beraya di felda ijok,selama perak. Raya pertama?? Pagi2 mestilah pergi sembahyang raya dengan berpakaian baru.. tahun nie ana dan adik2 kembar. Kami bertiga berbaju warna coklat… hehehe… raya kedua kami sekeluarga bersama sanak saudara belah mak ziarah ke rumah sanak saudara yang jauh.. seperti di kedah dan pinang. Yang dekat kL kami tak sempat nak pegi… mohon maaf zahir dan batin...:-)
Sebelum balik mesir…..salah seorang saudara ana belah mak ana jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam icu. kami sempat pergi ziarah dia. Masa tu keadaan dia dah tak boleh sedar lagi.. kiranya separuh koma… lepas seminggu kami mendapat panggilan dari ana dia bahawa dia telah kenmbali ke rahmatullah.. innalillahiwainnailaihirajiunnn… setiap yang hidup didunia ini pasti akan mati.. kita ini kan hak Allah.. dari mana kita datang maka kesitu la kita akan pergi kembali…
Apa yang ana nak cerita ini sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri ana dan sesiapa yang membaca post ini… peristiwa ini berlaku sebelum ana nak balik ke mesir..
Ana dapat berita ada seseorang ini telah meninggal dan kami pergi ziarah jenazah… ape yang ana nak cakap.. jenazah itu terseksa semasa nazak… peristiwa ini telah dilihat oleh seseorang yang rapat dengan kami juga… doktor kata sepatutnya dia dah meninggal semalam tapi arini dia takleh lepas lagi… nauzubillah… nak tahu apa yang berlaku selepas itu??? Anak2 jenazah pergi berjumpa dgn adik arwah. Arwah ni dulu pernah tak izinkn adik2 dtg berjumpa mak sendiri dan arwah jugak cakap jika die jejakkan kaki jgk dkt kwsn umah mak,arwah akan tetak dengan parang… lepas anak2 arwah pergi berjumpe adik arwah tue sendiri dan mohon maaf atas sgla kslhn ayah mrk,barulah arwah dpt mnghembuskan nafas. Sewaktu nak mandikan alhamdulillah ok. Tapi sewaktu nak kafankan,arwah kekurangan kain… kain kafan itu telah pun diukur sebelum ini. Dan paling terkejut,lidah arwah terjeler keluar… nauzubillah… peristiwa yang setererusnya yg berlaku didepan mata ana,keranda jenazah tidak muat dan terpaksa buat lain…apa antum semua dapat tafsirkan??? Ana sambung lagi,semasa keranda yang telah diisi jenazah nak dibawa ke kubur,van yang dibawa tiba2 berat dan sangat susah nak gerak tapi akhirnya barulah lepas untuk bergerak… ape pengajran yang antum semua dapat dari kisah benar ini???? Bagi ana,kita hidup didunia ini hanya sementara dan kita jgk takda hak untuk menghukum mana2 pihak samada dier salah atau betul…. Dan kita jgk takda hak nak kata golongan mana2 tue membawa ajaran yang salah. Dalam menjalankan dakwah jgk ade marhalah2 yang perlu kita ikut dengan satu persatu. Awalnya kita kena faham betul2 apa itu dakwah. Kerana ia membawa kpd natijah dabn akibat yg buruk dan akan mbawa dakwah itu terpesong jauh dari garisannya.

Firman Allah swt:-
“Dan bahawa (yg kami perintahkan) ini adlh jln-Ku yg lurus,maka itulah dia dahjanganlah kamu mngikuti jalan2 (yg lain),kerana segala jln2 itu mencerai-beraikan kamu dari jlnNya. Yg demikian itu diperintahkan Allah kpdmu agar kamu bertaqwa”.
(Al-An’aam:153)


Dalam islam pun ada mengajar kita cara menegur dengan cara2 yang baik dan berhikmah. Bukannya seperti meluahkan dibelakang atau di atas kertas semata2. sebelum berbicara jgk fikir dulu,betul tidak apa yang kita perkatakan. Ana kta nie untuk diri ana dan semua. Tak tuju pada mana2 pihak.

Firman Allah swt:-
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengn yang baik”.
(Al-Nahl:125)

Rasanya cukuplah setakat ini ana menghuraikan pergolakan yang telah berlaku sebelum ini. Maaflah sekiranya terkeluar sikit dari tajuk atas. Namun apa yang nak diingatkan, ikhlaskan niat kita balik apa motif kita sbg seorg daei dan ape yg kita harus buat dlm jln dakwah,utk gaduh dan saling menuding jari atau mnhyampaikan risalah sebenar. Nabi sendiri tak ajar kita mnuding jari atau bgduh. Jika ada salah tegurlah secara berhikmah. Akhir kata dari ana,ana ingin berkongsi tentang jihad dan mnjual diri kepada Allah swt. Semoga ini menjadi ikhtibar dan pembakar semangat pada setiap ad-dai’ilallah. Sebahagian pemuda btanya:”Selagi jihad itu perlu dan kita telah berjanji menjual diri dan harta kpd Allah,mengapa kita tidak berjihad dan mnyerahkan harta kpd Allah?”.
Dijawab:”Sesungguhnya org yg telah mnjual diri dan hartanya kpd Allah,tidak berhak mngorbankan diri dan hartanya itu sebarang waktu dan amal yang dikehendakinye tetapi mestilah pada waktu dan di dlm amal dan usaha yg telah ditentukan oleh syariat islam. Sesungguhnya Allahlah yang mngira,yg mngarahkan bila,di dalam kerja apa dan bagaimana kita mnyerahkan jiwa dan harta kita. Sama ada di tengah2 gangguan,penindasan,pnyiksaan,ksabaran dan ketahanan ataupun di tengah2 peperangan,jihad dan penentangan kpd musuh2. janganlah kita mudah didorong oleh sentiment,perasaan melulu atau terburu-buru mpercepatkan natijah serta buahnya lalu di mana kita mngorbankan jiwa dan harta kita tanpa mbawa faedah yg nyata utk dakwah. Tindakan2 begini mbawa keuntungan dan mnambah kkuatan para pendokong kbatilan. Satu dari pengertian indah di dalam mslh ini ialah sepotong kata2 hikmah,”Orang yg telah menjual dirinya kpd Allah swt tidak berhak ke atas org yang mnyeksanya. Sesungguhnya Allahlah yang mpunyai hak ke atasnya sama ada Dia hendak mengampuninya ataupun menyiksanya”.

Saturday, October 31, 2009

AIR MATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihiBetapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Monday, October 5, 2009

Renungan buat sahabat2...

Assalamualaikum wbr..
cuba jawab soalan nie..

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya..
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Ini hanyalah perumpamaannya sahaja, tetapi bagi seorang mukmin mempercayai akan benda ghaib itu adalah sebahagian daripada iman.
Wallahu'alam. .wassalam...

Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.