Wednesday, November 3, 2010

ALLAH MEMANGGIL KITA 3KALI SAHAJA SEUMUR HIDUP...


Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

' Pertama, orang yang meninggalkan sholat

Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.


Monday, August 23, 2010

JUALAN AMAL...







SESIAPA YANG INGINKAN BARANGAN INI BOLEHLAH ORDER MELALUI EMAIL:mawaddah88_sha@yahoo.com atau sms ke talian:+60195262775. bayaran boleh di bank in ke akaun ana. InsyaA llah ia terhad sampai hujung bulan9...

cintai lah tuhan terlebih dahulu....


Kejarlah Tuhan jangan kejar SyurgaNya
Pemilik Syurga lebih utama daripada SyurgaNya
Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya
Rapat dengan Tuhan akan dapat segala-galanya

Carilah Tuhan kerana kita memerlukanNya
Lari dariNya Dia tak rugi apa-apa
Namun mengejar Syurga atau fadilatnya
Ertinya hendak membesarkan nikmatNya jua

Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?
Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah itu lebih utama?
Jika mengejar fadilat , rasa bertuhannya kita kurang serlahnya
Jika rasa bertuhan sudah kurang, rasa kehambaan pun begitu jua.

Sedangkan fungsi seorang hamba
Hendak melahirkan rasa kehambaan kepadaNya
Kalau rasa kehambaan sudah tidak ada
Mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan oleh jiwa!

Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau Fadilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya juga
Yang akan menyuburkan mazmumahnya saja

Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?
Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan
Yang memang telah ditentukan olehNya

Carilah Tuhan...
Rapatlah kepadaNya
Maka Syurga dan Fadilatnya pun dapat sama
Kerana itulah Syurga dan Fadilat bukan pokoknya
Mencari Syurga atau Fadilat
Lihatlah pada amalan kita
Adakah menjamin akan dapat keduanya
Jika Syurga atau Fadilat belum dapat
Rahmat Tuhan sudah tentu tak dapat juga

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia pencipta kita
Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat pada
sasarannya.

perkongsian ilmu...insyaallah

Wednesday, August 18, 2010

Indahnya penderitaan...

vokal : sulis

Ya Allah ya Rohman ya Robbi ya Ilahi
curahkan rahmat dan kasihmu
rahmat dan kasihmu

Ya Allah, dengarlah pintaku
kabulkan doa harapanku
barikanlah petunjukMu
penuhi hasrat kerinduanku2x

Ya Ilahi, pandanglah kami
niscaya tentram jiwa hati
agarku dapat keridhoanMu
tujuan akhir jalan hidupku 2x

Ya Rasul ya Rasulalllah
sholawat salam Allah untukmu
engkaulah kekasih Allah
berikan cercah syafa'atmu
ya...ya Rasulallah

Sunday, August 15, 2010

Dosa 24 jam

Ahlan wasahlan buat sahabat2 yang dirindu lagi disayangi. mohon maaf kerana lama meninggalkan penulisan ana. banyak yang ana lalui sepanjang ana tidak menulis. tetapi hari ini ana just nak berkongsi tentang satu benda yang biasa kita dengar dan mungkin ada dikalangan kita yang berkata,"alah....asyik2 tegur bab nie tapi still sama jer...". dari kata2 orang macam nie lah kita perlu lebih serius dalam menangani bab AURAT WANITA... sejak ana mengetahui islam itu,lama kelamaan ana semakin berfikir dan seringkali melihat persekitaran. setiap hari tidak dinafikan kita semua membuat dosa tanpa kita sedari. tidak kiralah bagi kaum adam ataupun hawa.

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Mulanya dengan sabda Rasululluah saw ini ana ingin memperingati dari ana sendiri dan pembaca2 semua. setiap apa yang dikatakan dan disampaikan harus diaplikasikan dalam kehidupan harian. semoga pembaca juga dapat menyampaikan apa yang baik buat ummat islam yang lain.

P/S: PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID ( www.zaharuddin.net )

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Pernahkah kita terfikir semua ini??? renung kembali wahai wanita2 yang ana kasihi. ini bukan sekadar cerita dongeng tetapi amanah dari Allah swt buat kita semua. bagaimanapula dengan yang di bawah ini.....

KESILAPAN YANG KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Disini ana sertakan juga 12 AURAT WANITA dari firman Allah dan hadith2 nabi... diharap semua pembaca dapat ambik segala kebaikan ini demi agama ISLAM dan kalimah yang sering kita laungkan. sekarang sama-sama kita muhasabah kembali diri kita dan pilih samada mahu ke syurga atau ke neraka. diakhir penulisan ana ini akan disertakan satu video. ana harap ia dapat memberi pengajaran buat semua dan juga diri ana sendiri. sekian wallahua'lam. Peace no war ;-)

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuaan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An- Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

kakcik- orang lelaki ni leh tau samade pompuan tu dara atau x hanya dgn tgk tumit kaki..be carefull yea..

3. Wangian - "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi - "Rasullulah melaknat perempuann yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan - "Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan - "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata - "Dan katakanlah kepada perempuuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuann itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yyang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut - "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.






Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.