Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu indah,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Ingatlah...
Tiada permaidani merah untuk pejuang Islam,
Tiada anugerah dan gelaran istimewa untuk pendakwah Islam.
Ingatlah....Hanya cabaran dan ujian getir yang diberikan untuk kita,
Namun....Ikhlaskan niatmu wahai sahabatku,
Kerna nilaian ALLAH TAALA amat tinggi buat hambaNYA,
Yang berkorban demi agamaNYA.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : ~
"Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t., seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorg yang menikah untuk menjaga kehormatannya. " (HR Thabrani)
1 comment:
Post a Comment