Wednesday, August 26, 2009

Alhamdulillah selamat...

Salam menjalani ibadah berpuasa. moga2 hari demi hari iman kiter semakin meningkat dan meningkat. jangan berputus asa utk terus menjalaninya dan menerima segala ujian dgn tabah dan cekal.

perangi nafsu kita dari terjebak dalam lembah maksiat dan benda2 yg mengundang diri kita ke arah pembatalan puasa...nauzubillah.. istighfarlah byk2 agar hati kita semua sentiasa mengingatiNYA..

Dah masuk hari keenam ana berpuasa di malaysia. herm....rindunye puasa di mesir..tp takpe mungkin ada hikmah disebalik semua yang ditakdirkan Allah ini. post kali ini ana nak bagi pengunguman bahawa kucing ana yang TAM tu baru jer beranak dan mempunyai 3ekor semuanya..heheheh...jgn ketawa pasal post kali ini...tarikh dilahirkan pada 27 ogos 2009.. jam dilahirkan tak dpt dipasti tapi pagi selepas sahur dan sebelum terang..hehehe...oklah,harap semua bersabar akan post ana kali ini. setiap hari kan ada yang lahir,mati,kawin...herm..btl ker?? kalau salah tlg betulkan.. antara firman Allah dalam al-quran:-


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." (al-baqarah:164)


"Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal (di sini)? Dia menjawab: Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari. Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (al-baqarah:259)


untuk keterangan lanjut sila layari, http://www.al-islam.com/arb/

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"


Tuesday, August 25, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti



Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke
Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan
lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia" Amin.....


andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Tuesday, August 18, 2009

KELEBIHAN DALAM RAMADHAN

Apa yg kita dpt fahami RAMADHAN??? Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang istimewaannya iaitu Rejab & Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, ana ingin bkongsi beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
bg keterangan lanjut n huraian,sila buka disini...http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

Monday, August 17, 2009

Bidadari???

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarokatuh...
Salam ukhuwah buat sahabat2 yang dikasihi lagi dirindui. buat yg selalu atau yg jarang bukak blog ana,ana nak gtau yg ana telah pun selamat sampai ker tanah air pada jam 10.30 malam 15hrbln lepas. biler sampai jer di mator malaysia KLIA, ramai betul yg dtg nak ambil anak2 mereka n sanak saudara. macam balik dah habis padahal balik cuti jer pun, hehehe... ana balik pun sebab mak suruhmrindula katakan,hehe.. ape yang ana nak citer ye pada arini??? ok nak citer tentang bidadari. ape yg anda terlintas tentang bidadari? mesti ader yg terpikir tentang bidadari syurga la n pompuan cantik. semua jwpn tu betul cume ana nak sentuh tentang wanita. ini antara sifat2 wanita yang solehah yg selalu menjalani segala perintah Allah swt:-

1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya (fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak memandang kepada lelaki lain"

2. MURAH MAHARNYA
" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)

3. MELAHIRKAN ANAK
" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i). Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya wanita itu boleh melahirkan ramai anak"

4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN
" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda: "Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis, supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia bersenda gurau dengan engkau."

5. WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA
"Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar. Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT
"Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana anakmu nanti akan menjadi kurus." Syahwat itu akan bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan perasaan dan syahwat."

semoga kita bidadari di dunia ini menjadi wanita solehah untuk bakal2 suami yg soleh. doaku kelak agar ku dapat dengar nasyid ini dari seorang bidadara yang soleh dan thabat dalam menjalani urusan dakwahnya,amien ya Rabb... hayatila lagu ini buat semua....

Judul : Menjemput Bidadari
Album : Munsyid : Epicentrum
Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diriDan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...
Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna...
ahlan untuk dengar lagu nie di :-

Monday, August 10, 2009

Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis)
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca, (Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir) ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.Amalan pada malam Nisfu Sya`ban. Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Cerita Sang Pengemis dan isteri cantik...


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .. Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
~

p/s: Bersedekahlah dengan tangan kanan, jangan biarkan tangan kiri tahu tentangnya~

Tuesday, August 4, 2009

SI COMEL KU SAYANG...
mari bergambar...
malulaaaaaaaaaaa......


nak bersiram jap:-)


hermmmmmmmm...


uhibbukhi fillah...


chak......:-)

ops...terkejut...hehehe...
salam....post kali ini agak kelakar sikit. maaflah....disebabkan teringatkan arwah kucing dahulu mak ana send la gmbr2 kucing2 comel ini.selamat menonton. lain kali ana bagi perisian plak yek.maaf jika ader kesilapan teknikal yang tak dapat ditangani.buat ukhti2,ana nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. maaf sgt kerana tak dpt berpuasa bersama. 15 ini ana akan pulang ke malaysia atas kehendak mak yang selalu suruh balik krn rindukan n masalah2 tertentu...salam ukhuwah dari ana...:-)









Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.