Friday, December 16, 2011

Penerang Hati

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


sixthsense feat saujana..


Friday, December 2, 2011

Rahsia Muharam

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Al-hassan Al-basri rahimallah : “sesungguhnya Allah swt telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim islam dengan bulan muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim islam di sisi Allah swt selepas bulan ramadhan melainkan bulan muharam. Ianya di namakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Berlalulah sudah bulan ramadhan dimana ummat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan dan menghayati erti tadhiyyah. Telah pergi juga bulan zulhijjah dimana ummat islam seluruh dunia menyeru rukun islam ke-4 iaitu menunaikan haji di baitullah (makkah).

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرّم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة اللّيل

Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah yang diharamkan(Muharam)dan solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat malam.

[ HR Muslim ]

Muharam kini kembali dengan wajah baru dan semangat baru dalam diri setiap ummat islam. Ia merupakan bulan pertama dalam system takwim hijriah.

Apakah yang dimaksudkan Muharam?

= Muharam membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang’ iaitu Allah swt melarang peperengan atau pertumpahan darah. Rasulullah saw sendiri menamakan bulan muharam sebagai bulan Allah swt (shahrullahi).

PUASA HARI ‘ASYURA.


ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرّى صيام يوم فضّله على غيره الا هذا اليوم عاشوراء, وهذا الشهر يعني شهر رمضان

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radiallahu’anhuma katanya : “aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihka atas hari lain kecuali hari ini iaitu hari ‘asyura dan bulan ini,yakni bulan ramadhan.

[HR Bukhari]

Berpuasa di bulan muharam lebih aula atau lebih utama adalah pada 10 muharam atau dikenali juga sebagai hari ‘asyura (bermaksud kesepuluh).

Ibnu Abbas meriwayatkan lagi katanya:

أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء أو أمربصيامه

Bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa `Asyura atau beliau menyuruh orang supaya berpuasa `Asyura

[ Muttafaq`alaihi]

Abu Qatadah meriwayatkan,katanya :-

أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال يكفّر السنه الماضيه

Bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam ditanya mengenai puasa `Asyura,beliau menjawab:Ia menghapuskan(dosa) setahun yang lalu.

[ HR Muslim]

Rasulullah saw telah menggalakkan ummat islam agar berpuasa kerana disitu mempunyai banyak kelebihan tersendiri disamping kelebihan yang ada pada bulan muharam itu sendiri. Pada bulan muharam ini mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk kita renungkan iaitu pada hari inilah nabi musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah swt daripada musuh mereka.

Pada hari ini juga telah tercatat peristiwa pahit dalam sejarah islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh mulia sayyidina husin yang merupakan cicik kesayangan rasulullah saw di karbala. Pembunuhan kejam ini dilakukan oleh syiah kuffah bukannya dari tentera yazid bin mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Walaupun adanya mazhab syiah yang meyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan sayyina husin pada 10 muharam. Kita boleh jawab balik dengan bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari isnin sedangkan pada hari isnin merupakan hari kewafatan rasulullah saw yang lebih besar kesedihannya tetapi kita tetap berpuasa sunat.

Hukum berpuasa pada hari `Asyura tidaklah diwajibkan dan merupakan sunnah yang dituntut, hal ini sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Mu`awiyah b.Abu Sufian radiallahu`anhu ,beliau berkata:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول هذا يوم عاشوراء ولم يكتب عليكم صيامه وأنا صائم فمن شاء صام ومن شاء فليفطر

Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya hari ini adalah hari `Asyura,tetapi tidaklah diwajibkan kamu berpuasa,aku berpuasa,maka barangsiapa yang mahu,berpuasalah dan barangsiapa yang hendak berbuka,berbukalah.

[ HR Bukhari ]

Ibnu `Abbas radiallahu`anhuma meriwayatkan lagi katanya:-

قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينه فرأى اليهود تصوم عاشوراء فقال ما هذا؟ قالوا يوم صالح نجّى الله فيه موسى وبني اسرائل من عدوّهم فصامه موسى فقال:أنا أحقّ بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam datang ke Madinah,maka beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari `Asyura.Beliau bersabda: Apakah ini? Mereka menjawab:Hari yang baik,di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan kaumnya Bani Israil dari musuh mereka,maka Musa pun berpuasa.Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Akulah yang lebih berhak dengan Musa daripada kamu,maka beliaupun berpuasa `Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.

[ HR Bukhari wa muslim]

Puasa Hari Tasu`a

Puasa hari Tasu`a iaitulah puasa hari kesembilan dalam bulan Muharam,ia adalah sunnah yang disebut dalam hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam antaranya:

لمّا صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا يا رسول الله انّه يوم تعظّمه اليهود والنّصارى فقال: فاءذا كان عام المقبل صمنا اليوم التّاسع.قال فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Manakala Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa pada hari `Asyura dan menyuruh orang supaya berpuasa,maka mereka berkata: Ya Rasulullah! Hari `Asyura ialah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani.Beliau bersabda: Bila tahun hadapan Insya Allah kita berpuasa pada hari yang kesembilan.Belum pun tiba tahun hadapan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah wafat.

[ HR Bukhari ]

Dalam riwayat lain hadith ini disebutkan dengan lafaz:

حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله انّه يوم يعظّمه اليهود والنصارى, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لئن بقيت الى قابل لأصومن التاسع

Dikala Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa pada hari `Asyura dan menyuruh supaya orang ramai berpuasa `Asyura mereka berkata: Ya Rasulullah! Hari `Asyura ini ialah satu hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi,maka Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Jika aku masih hidup sampai tahun hadapan tentulah aku berpuasa pada hari yang kesembilan.

[ HR Muslim ]

Berdasarkan hadith ini,sebahagian ulamaط menyatakan disunatkan berpuasa pada hari kesembilan(Tasu`a) Muharam kerana itulah yang hendak dikerjakan oleh Rasulullah sallallahu`alahiwasallam.Sesuatu yang hendak dikerjakan oleh Rasulullah sa.w adalah menjadi syariat walaupun belum dikerjakannya.Maksud Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharam juga adalah untuk memastikan supaya tidak ketinggalan puasa `Asyura.Sepertimana hadith yang berikut:

ان عشت ان شاء الله الى قابل صمت التاسع مخافة أن يفوتني يوم عاشوراء

Jika aku masih hidup(insya Allah)sampai tahun depan nescaya aku akan berpuasa pada hari Tasu`a kerana takut aku terluput dari `Asyura.

[ HR At-Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah no:350]

Puasa Tasu`a juga sebagai pembeza antara puasa orang Islam dan puasa orang Yahudi yang mengagungkan hari tersebut dan ini juga supaya tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi seperti yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas.

Adapun pendapat yang mengatakan disunatkan puasa pada tiga hari berturut-turut iaiti 9,10 dan 11 Muharam berdasarkan hadith Ibnu Abbas:

صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود, صوموا قبله يوما وبعده يوما

Hendaklah kamu berpuasa pada hari A`syura dan hendaklah kamu menyalahi orang-orang Yahudi padanya,berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya.Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi.Akan tetapi hadith ini tidak boleh dibuat hujjah kerana ia adalah Dhai`f lagi munkar seperti yang dikatakan oleh Al-Imam As-Syaukani dalam Nailul Authar dan kata Al-Imam Albani ianya adalah hadith Dhai`f.

[ Nailul Authar:4/289 dan Dha`if Jami`us Shaghir: 3506/512]

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA

Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

Islam itu indah,janganlah lepaskan peluang yang Allah swt telah berikan. Selamat beramal kerana Allah ^_^


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.