Friday, May 14, 2010

Sanah helwa ya Ummie....

Assalamualaikum...
tiada apa yang ingin ana tulis melainkan dengan ucapan
SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBU YANG DISAYANGI....
semoga dipanjangkan umur mama. nona sentiasa mendoakn mak agar kuat dan thabat dalam melakukan apa pun. nona tahu mak sangat kuat,nona pun tak boleh jadi macam mak. akhir kata,sambutlah salam sayang rindu peluk cium dari nona jauh di perantauan. jikalau ade rezeki kita jumpa dirumah tahun nie yek. sayanggggggg mak:-)
Dari anak2mu:- noor husna,abu zahin & abu nizar tak lupe meimei dan motmot...
KAMI SAYANG MAK SANGAT. NAHNU NUHIBBUKHIFILLAH

Wednesday, May 12, 2010

طيور الجنة - نجحنا - الكويت

Allahumma najjahna fil imtihan fiddeen
fiddunia walakhirat


Assalamualaikum buat sahabat2 yang sering mengambil perkembangan melalui blog ana yang tak seberapa mana ini. awwalan ana harap sahabat2 semua sihat sentiasa. sebelum terlupa,macam iman dan amal kalian??? sama-sama kita beristighfar agar tidak terpesong hati2 kita semua. mungkin semua sudah ketahui apa akan ana post kali ini. sekarang dimesir dalam fatrah nak imtiham. apa perasaan ana??? ana seperti biasa,apabila hampir pada imtihan semakin berdegup jantung ini. sampaikan makan minum tidur tidak menentu. kepala akan sakit2:-( namun buku tidak sesekali ditinggalkan walau sehari dan seminit. buat sahabat2 seperjuangan,ana ingin memohon maaf sekiranya ada hak2 tidak tertunai. dan salam imtihan ana nak ucapkan buat semua. disaat kita berperang dengan imtihan dunia jangan lupa bahawa kita ada satu imtihan yang sangat besar iaitu imtihan akhirat yang kita tidak tahu bila,dimana,bagaimana dan soalan apa. namun soalan telah terbucur tetapi adakah kita dapat menjawab dengan keimanan kita yang kadang2 turun dan kadang2 naik??? sama2lah kita perkuatkan iman dihati. tidak lupe juga mohon maaf dari hujung rambut hingga kaki buat mak dan bapak. tanpa semangat yang diberikan tak mungkin nona akan sampai ke sini. doakn kejayaan anakmu di bumi anbiya' ini. dan buat sahabat2,bittaufiq wannajah. sebelum berundur,semoga kita bertemu selepas imtihan insyaAllah. terima sebuah nasyeed arab buat semua murasyah2 imtihan...

Saturday, May 8, 2010

Usburi ya sodiqati…

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat…

Tapi banyak dugaan datang…

Kadang-kadang kita minta cerdik…

Tapi masalah pula yang berandang…

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan…

Tetapi hura-hara pula menjelang…

Dugaan menjadikan mental kita kuat…

Masalah menjadikan kita berfikir…

Hura-hara menjadikan kita tabah…

Subhanallah…

Betapa hebatnya Allah itu…

Semuanya ada hikmah…

Kalaulah manusia tahu hadith ini…

Telah berkata jibril:-

Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu,maka Allah befirman:-

“Biarkan hambaKu itu kerana Aku mencintai rintih suaranya…”

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali kita dalam post ana yang yang seterusnya. Semoga dengan bergeraknya jari-jemari ana ini bukanlah ayat-ayat yang sia-sia tetapi memberi input buat setiap yang membaca. Disini ana ingin menimbulkan sedikit persoalan. Apakah semua diluar sana tahu apa yang dikatakan dengan bersabar dan menerima setiap kesusahan dengan hati yang terbuka???? InsyaAllah kali ini ana nak mengajak sahabat-sahabat diluar sana mentafsir apakah yang dikatakan dengan bersabar dan menerima setiap kesusahan dengan hati yang terbuka???

Firman Allah swt:-

“Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orag-orang yang khusyuk. (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

(Al-Baqarah:45&46)

Mengalir air mata ana apabila membaca ayat Allah turunkan buat kita ini. Apa yang sahabat semua faham??? Ana nak ajak sahabat semua sekali lagi mengingati bahawa kita didunia ini hanyalah sementara. Seperti yang didengdang dalma nasyid opick yang bertajuk “bila waktu telah berakhir”. Sedikit rangkap ana ambil…

“Bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal,

Bila waktu telah terhenti teman sejati tinggallah sepi…”

Itulah hakikatnya,bila berakhir segalanya maka tinggallah kita akan semua kemewahan dan orang yang tersayang disini. Begitulah jugak dengan dakwah kita,namun yang tinggal hanyalah menyambung dakwah kita untuk generasi yang seterusnya.

Ana rasa cukuplah muqaddimah ana agar kita tajdid balik niat kita sebenarnya. Now I want go to my point. Seperti yang ana kata di atas tadi,apakah yang dikatakan dengan bersabar dan menerima kesusahan dengan hati yang terbuka???

Seperti firman Allah swt:- “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)

dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyag dan sesungguhnya

sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yan khusyuk.”

(Al-Baqarah:45)

Disini Allah telah pun menjelaskan pada kita,mintalah pertolongan padaNya. Dan memintanya dengan sembahyang dan hanya yang khusyuk mampu melakukannya. Inilah yang nak dikatakan bahwa kita perlu sembahyang dan sujud meminta dariNya. Terutama ketika yang lainya tidur tetapi sesetengah dari kta bangun bertemu Allah. bangun qiamullail itu adalah salah satu waktu yang akan dimakbulkan doanya. Dan bersungguh2lah kita berdoa ketika solat.

Sabar??? Ana menyebutnya memang senang tetapi ana pasti tak semua mampu bersabar. Seperti yang sekarang dialami ana dan ahli bait. Kami hanya mampu bersabar dan berdoa agar diberi kekuatan. Dan moga2 keajaiban berlaku. Maaflah tidak dapat didetailkan. Bagi akhawat yang memahami,doa-doa kalian amat diharapkan. Ketika inilah ana dan ahli bait perlu bersifat terbuka dan tenang dalam menhadapi kesusahan yang dihadapi. Disini jugak nak menunjukkan iman seorang manusia itu sama kuat atau luntur. Samalah dalam dakwah,kia tidaklah akan dikatakan mandul apabila kita dan mengajak dan berusaha mengajak dan akhirnya tawakkal pada Allah samada dibukakan pintu hatinya untuk mengikut atau tidak.

Seperti firman Allah lagi:-

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah,

kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNya-lah kamu

meraung meminta pertolongan.”

(An-Nahl:53)

Akhir post ana ingin memohon kemaafan buat sahabat dan akhawat semua seandainya ana pernah buat salah dan tak tertunai segala hak. Yang baik datang Allah dan sebainya mungkin dari diri ana sendiri. Buat ahli bait,sayang ana pada antunna kerana Allah swt. Tiada yang lebih manis dari berukhuwwah dengan antunna dan akhawat lain. Semoga kita semua kuat dalam mengharungi jalan ini walaupun ditentang dan disakiti. Yang penting,jaga hati dan terima seuanya senyumanJ


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.