Thursday, January 27, 2011

Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

Sidang Jumaat rahimakumullaah,


Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat.

Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!”

Salah seorang daripada mereka berkata,

“impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”


Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!”

Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”


‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!”

Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”


Lalu ‘Umar berkata,

“harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah,

agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Benar.


Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.


Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.


Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:


“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh.”

[Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.


Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.


Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?


Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.


Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.


Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”


Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”


Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.


Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:


“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka”

[al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:


“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding”

(Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.


Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:


“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya”

[al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”


Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.


Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:


Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam.

Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair.


Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata,

“Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu).

[Hadith riwayat al-Bukhari]


Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.


Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.


Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa

Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya.

[Hadith riwayat al-Nasaa’ie]


Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.


Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak

Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum.

Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri.


Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu,

“apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?”


Kanak-kanak itu menjawab,

“aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.”


Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya.

[Hadith riwayat al-Bukhari]


Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.


Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka.

[Hadith riwayat Muslim]


Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.


Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak

Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan

bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya,

“ajarkanlah anak-anak kamu berenang”

[riwayat Ahmad di awal Musnad 'Umar al-Khattab]


Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka.

Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.


Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan

Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan.

Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan


Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan,

“Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain,

baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek.


Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu.

Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya,

“apakah yang telah melewatkan kamu?”


Aku menjawab,

“Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.”


Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?”

Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!”

Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa”

[Hadith riwayat Muslim]


Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan

Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah,

mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal,

biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.

‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata,


“Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”

Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar.

Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.

Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah.

p/s: Moga article ini memberi faedah pada diri kita semua insyaAllah...:-)

Tuesday, January 18, 2011

saya CINTA ???

cinta..melahirkan rasa kasih dan sayang..

Andai dia di kalangan yang ramai..tumpuan tetap pada dia..

Bila dia ada bersama..terasa bahagia..

Bila berpisah dari dia..hati rasa gelisah..

Saban hari tertunggu2 panggilan atau sms dari si dia..

Andai tiada..akan dibelek2 warkah cinta lama..

Bila dia berkata2..kita berminat mendengarnya, walau tidak menarik isinya..

Bila pandangan beralihnya pada yang lain..rasa cemburu meresap jiwa..

Sanggup berkorban apa saja..atas nama cinta..kerana dia..

Berusaha memenuhi permintaannya..dan meninggalkan larangannya..

itulah cinta sesama manusia...


Bagaimana pula cinta kita kepada Allah??
muhasabah cinta.....al-baqarah:165...al-maidah:54..

Monday, January 17, 2011

Rayuan Hamba

Assalamualaikum....
apa khabar semuanya??? bagaimana amalan kita hari ini?? dan bagaimana pula iman kita?? semakin meningkat atau sebaliknya. sedar tidak sedar fatrah imtihan yang kita lalui selama hampir sebulan ini sudah ke penghujungnya. berakhirnya imtihan bukanlah berakhirnya untuk kita tidak pegang buku dan mungkin ada dikalangan kita yang nak qada' tidur atau sebagainya. namun bagi diri ana dan mungkin diri yang bergelar daei atau mungkin seseorang yang rasa ada tanggungjawab diciptakan didunia ini, akan terus mengambil buku fikrah atau kembali bergerak mengajak kepada islam. namun sebagai manusia, kita seringkali tidak terlepas dari merasa futur dan lemah.

Apakah tindakan kita selepas ditimpa perasaan itu???

Kalau ditanya remaja diluar,jawapannya mungkin nak bunuh diri,give up,dll lg. namun untuk diri ana sama sekali tidak seperti itu. kembalilah kepada sang Pencipta sekalian alam yang terbentang luas tanpa ada tiang. dan juga yang mencipta kita semua hanya dari gumpalan tanah. teringat pesanan mak ana buat anak2nya:-

"ana2 mak, sumber kekuatan hidup mak banyak bergantung dengan Allah swt dan semangat dari anak2 mak sendiri kalau tidak tidak tahulah apa akan jadi pada mak:-( " moga anak2 mak berjaya dan kuat dalam hidup... jgn putus asa.. "

bergenang air mata apabila kami terima msj ini. namun kata2 seorang ibu amatlah berguna dan sangat memberi kesan. dalam hidup ini hanya pada Allah satu2 nya tempat kita bergantung dan memohon segala yang dihajati.

sebelum mengakhiri post kali ini, ana ingin beri sedikit halwa telinga dari sebuah nasyid bg sama2 kita muhasabah kembali diri kita yg mungkin hampir kepada LEMAH atau tersasar dari jalan sebenar.......


Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan

Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan

Sedikit perkongsian tarbawi yang dipetik dari risalah majmu' Al Imam Syahid Hassan Al-Banna:-

Namun kita yakin Allah mengetahui segala hakikat ini. Hanya Allah sahaja tempat kita mengharapkan segala bantuan. Hanya Allah sahaja yang memimpin kita ke jalan yang betul. Hanya di tangan-Nya sahaja segala kunci hati manusia. Orang yang Allah berikan petunjuk, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Sementara orang yang disesatkan oleh Allah pula, tiada siapa yang dapat memimpinnya. Dialah tempat pergantungan kita dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang melindungi para hamba-Nya?

Empat Golongan

Apa yang kita harapkan, dihadapan kita manusia terbahagi kepada empat golongan berikut:-

1. Orang yang yakin

Seorang yang meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini. Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya. Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberikan hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diperolehi oleh orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikitpun.

2. Orang yang sangsi

Orang yang masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yang tidak meyakini betapa pentingnya apa yang kita katakan ini. Inilah orang yang tidak berpendirian dan sangsi. Orang ini akan kita biarkan bersama kesangsiannya. Namun kita nasihatkan agar dia terus berhubung dengan kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita atau melawat cawangan-cawangan kita atau berkenalan dengan saudara-saudara kita. Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dengan kita. Begitulah kedudukan orang-orang yang sangsi di kalangan pengikut para rasul sebelum ini.

3. Orang yang berkepentingan

Orang yang tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yang bakal diperolehi hasil segala pengorbanan yang dicurahkan. Bagi mereka ini, kita katakan: Minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran selain pahala yang Allah akan berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yang kami miliki. Harapan kami hanyalah keredaan Allah. Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan.

Sekiranya Allah membuka segala tirai yang menutup hati orang ini atau Allah buang sifat tamak haloba daripada hatinya nescaya dia akan mengetahui bahawa apa yang Allah sediakan adalah lebih baik dan lebih kekal. Dia akan menggabungkan dirinya dengan katibah Allah, menggembleng segala kekayaan dunia yang ada padanya supaya dia beroleh ganjaran Allah di hari muka. Apa yang ada pada kamu akan kehabisan dan apa yang ada pada Allah akan kekal.

Jika tirai ini masih utuh, Allah sebenarnya tidak memerlukan orang yang tidak memberikan keutamaan kepada Allah terhadap dirinya sendiri, hartanya, dunianya, akhiratnya, matinya dan hidupnya. Begitulah kedudukan sekumpulan manusia yang pernah menolak untuk memberi taat setia kepada Rasulullah s.a.w. melainkan jika baginda menyerahkan kekuasaan kepada mereka selepas kewafatan baginda. Jawapan baginda kepada mereka ialah bumi ini adalah hak Allah. Allah yang akan menyerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Segala kesudahan itu adalah untuk orang-orang yang bertakwa.

4. Orang yang berprasangka

Orang ini prejudis dengan kita dan terlalu dikuasai oleh prasangka buruknya terhadap kita. Orang ini melihat kita dengan pandangan yang sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dengan kata-kata yang memburuk-burukkan kita. Orang ini begitu degil dengan kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya. Orang seperti ini kita akan doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita. Allah telah turunkan sepotong ayat kepada nabi-Nya berkisar tentang segolongan manusia:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Qasas: 56)











Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.