Monday, June 28, 2010

Cinta kita Cinta PERJUANGAN...

Assalamualakum sahabat yang masih setia bersama mengikuti perkembangan blog ana ini. awwalan ana mengucap syukur tidak terhingga atas nikmat2 yang telah diberikan. Allah masih mengizinkan ana untuk terus bernafas dan terus menulis agar dapat menyampaikan apa yang perlu disampaikn. post lepas ana berkongsi tentang kesabaran. masih segar diingatan semua??? harap apa yang disampaikan diprektikkan bersama. kali ini ana ingi berkongsi satu cerpen islam yang ana copy dari seseorang. yang baik datangnya dari Allah dan yang sebaliknya mungkin datang dari kesilapan diri ana sendiri. selamat membaca:-)
Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan

“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak.

Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

-TAMAT-
Pengarang cerpen ini sedang bermukim di
http://www.ahmadfadhli.com/

Saturday, June 26, 2010

Assalamualaikum buat sahabat2 yang setia mengunjungi blog yang serba kekurangan ini. semoga anugerah yang Allah berikan ini kita sama-sama dapat menggunakannya dengan sebaiknya. dengan segala kemudahan dan teknologi yang semakin canggih ini memberi impak yang terbaik buat kita semua dalam menyampaikan risalah. selain itu kita juga selalu ingat agar tidak terlalai dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih. dah lama rasanya jari jemari ana tidak menaip. alhamdulillah ana masih lagi diberi nikmat untuk menulis,mendengar,menghirup udara yang segar dan nikmat2 yang Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah imtihan yang bermula akhirnya berakhir pada 24/6. bagi sahabat2 yang masih ada saki baki madah,teruskanlah usaha kalian. abaikan kami2 yang dah habis ini. bersabarlah. mudah untuk meluahkan bersabar tapi untuk melakukannya bukan suatu benda yang mudah. ana nak kongsi sedikit article tentang rahsia-rahsian dan nikmat SABAR itu sendiri. semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.
MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan
* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan-tujuan kita disuruh bersabar adalah:-
Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya.
Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.
Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).
Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24)
"Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75)
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10)
Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).
Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.
Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibah atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.
Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian. Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Mudah untuk lidah ini berbicara dan mudah untuk jari ini menulis namun untuk melaksanakan amatlah memerlukan mujahadah yang sangat tinggi.
ana harap sahabat2 yang membaca article ini dapat muhasabah balik diri kita masing2. dan sejujurnya ana katakan disini,ana sendiri pun tidak kuat untuk menghadapinya namun sebagai manusia kita perlu belajar dan terus belajar. tiada manusia yang jahat dimuka bumi Allah ini. semua keputusan terletak diatas tangan-tangan kita semua. mahukan yang baik atau yang sebaliknya. Wallahua'lam:-)
Terimalah sedikit lirik sebuah nasyeed dari mestika buat tatapan sahabat yang dikasihi semua.

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impianPabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirianDi sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Thursday, June 24, 2010

KiSaH sEbUaH pErCiNtAAn AntArA aKu DaN Dia...

Tidakkah kita sedar bahawa tatkala kita mengharapkan sesuatu yg dipanggil cinta hadir di dalam hidup kita,sebenarnya cinta itu telah pun kita dapatkan..

Tidakkh kita sedar bahawa ketika kita sunyi dan menginginkan teman,kita sudah pun ditemani...

Tatkala tiada siapa disekeliling kita,tiada siapa pedulikan kita,Dia tetp setia bersma kta..

Bahkn tatkala kita mleupakanNya,Dia sentiasa mengingati kita,Dalam keadaan kita tidak sedar dan lupa dan tidak mengendahkanNya,Dia masih lagi memberikan pemberian dan nikmatNya kepada kita..maka katakanlh wahai manusia,siapa yang kamu cintai?Dan siapa sebenarnya yg amat2 mencintaimu?Manusia atau Penciptamu...?


"barangsiapa yang tidak mengikuti sunnahku,maka dia bukan dari kalangan ku dan antara sunnahku ialah berkahwin"..kata nabi.

Cinta Allah itu merupakan tujuan dan matlamat utama manusia,tatkala Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih Ismail,mengapa dgn rela hati mereka berdua redha? Ianya adlh utk menunjukkan bahawa Allah itu yg pertama utk dicintai dan diagungkan.

Adakah Allah kita jgn cintakan anakmu wahai ibrahim,hanya aku yg kau patut cintai? Tdk,bukan itu yg Allah suruh,ttp martabat cinta kpd manusia itu tidak boleh melebihi cinta kpd Allah dn rasulnya,inilah roh kisah ini.

Tetapi persoalan yang utama ialah:
1. Di mana cinta kita letakkan?
2. Siapa cinta kita yg paling utama skli?
3. Apa yg sudah kita lakukan utk cinta kita?

Persoalan 1,Islam tidak melarang kita utk bercinta sesama makhluk krn itu adlh fitrah manusia yg dijadikn Allah sejak Adam dan Hawa lg.Jika langsung tiada cinta kpd manusia maka kita juga akan tandus dgn nikmat sebuah kehidupan.Jika telah Allah ciptakan pasti ada hikmah disebaliknya..

Persoalan 2,ramai yg masih ragu,keliru dan buntu mencari-cari siapa yg mereka cintkan, siapa yg sebenarnya menyintai mereka.Tetapi jika kita bukkn ekspedisi cinta kpd mereka, barulh mrka sedar hakikat sebenar siapa yg sepatutnya dicintai dan siapa yg menyintai mereka seluruh kehidupan mereka..

Persoalan 3 pula,setelah kita menyedari hakikat cinta yg sebenar,sudah pasti tidak akan terjadi kes kecewa berpanjangan,putus asa pada hidup hanya semata-mata tdk mendapatkan cinta manusia.Malah manusia pasti akan mencari jalan sebenar utk mencapai cinta dan akhirnya menjadi seorang yg tidak takut kpd mati,krn Mati Adalah Syarat Bertemu Cinta.Maka apa yg akan dilakukan oleh manusia?Sudah tentu cara yang diredhai Allah..


Hidup ini pasti indah jika disulami cinta.Jika cinta dan pertemuan sesama manusia dan mkhluk itu adalah antara nikmat yang terindah di atas bumi ini,bayangkan betapa nikmatnya brtemu dan berjumpa dgn Pencipta nikmat cinta itu sndiri...


Renung-renungkanlah kehidupan cinta kita sekarang...


Monday, June 14, 2010

Patah hati...

Renungan bersama lirik nasyid
patah hati-saujana


Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya
Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya
Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri
Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
kemarau panjang

Assalamaualaikum. buat sahabat2 yang setia berkunjung ke blog yang serba kekurangan ini ana mengucapkan jutaan jazakallahukhairan kathira. anda semua sahabat setia ana yang sentiasa memberi ana semangat dan kekuatan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan tanpa kita menduga. mesti ada diantara sahabat2 yang tertanya2 kenapa ana tulis tajuk kali ini tentang patah hati. sekarang ana dan sahabat2 yang berada di mesir masih dalam fatrah imtihan@exam yang masih belum tamat untuk berjuang dan berusaha sebagai mana saudara2 kita di palestine yang setiap saat dan masa berjuang berhadapan dengan israel laknatullah.

sedih???memang hati sedang sedih kerana rindukan kekasih hati ana yang ana sayangi lagi cinta. tiada tandingan cinta ana dengan couple diluar sana. namun cinta ini cinta yang ana yakin akan kekal hingga ke penghujung nyawa ana dicabut pun kesetiaan cinta kami tetap segar diingatan namun masih tetap dihati. ana sangat mengharapkan cinta itu kekal dari awal tangan ini disarungkan cincin pertunangan dan hinggalah pada suatu hari ana akan bertemu kekasih ana itu tanpa pernah bertemu apatah lagi melihat wajah. adakah ana sanggup untuk mengharunginya??? sesetengah orang kata cinta itu bermula dari mata dan akhirnya jatuh ke hati namun cinta yang ana rasakan ini lebih dahsyat dari itu. dulunya ana pernah melakukan dosa yang tanpa disedari namun kali ini betul2 ana disunting dengan yang memahami ana jauh dari lelaki lain. semoga cinta ini berkekalan untuk selamanya. harapan ana juga moga tiada yang lebih manis dari cinta ini. sesungguhnya cintaku hanya untuk Allah,rasulullah dan jalan dakwah ini. tiada yang dapat ana sandarkan selain daripada semua ini. inilah cinta ana yang kekal hingga ana tiupkan nafas ang terakhir namun moga diakhirat lebih manis percintaan itu kerana akan bertemu disyurga firdausi. bertemu Allah yang selama ini kita hanya mendengar dan berhubung hanya dari perantaraan namun kelak moga kan bertemu.
bukankah Tuhan telah ciptakan malam buat kita untuk beradu dan berhubung terus dengannNya. bukankah Tuhan juga telah titiskan hujan dari kemarau panjang yang kering kontang. dan ingatlah segalanya Allah telah tentukan. Dialah yang telah menciptakan kita semua dari setitis air mani yang hina dan dijadikan tulang bedulang dan kemudian tulang itu dibalut dengan segumpal daging dan akhirnya ditiupkan roh dan ditempatkan juga dirahim ibu yang membawa kita kemana2 selama 9bulan. masa yang kita rasakan sangat lama. tapi itulah sifat seorang ibu yang sabarnya tinggi menggunung tanpa mengeluh dan merasakan penat dengan kandungan yang dibawa. sayangilah ibu kita selagi dia masih ada. jadilah juga seorang yang cintakan makhluk Allah seperti binatang. sedikit video tentang haiwan kesayangan ana tapi ini ana ambil dari youtube. semoga mengambil ikhtibar.




Akhirkata sebelum meneruskan perjuangan berjuang dimedan ilmu,ana ingin memohon jutaan kemaafan andai ana pernah mengguris hati sahabat2 sekalian atau membuat hati2 yang pernah terluka kerana ana. bagi yang pernah buat hati luka jangan risau,ana telah pun memaafkan dari awal lagi. semoga kejayaan yang diperolehi kelah demi islam itu sendiri bukan kerana dunia. dunia hanya tempat persinggahan kita. yang kekal hanyalah akhirat.


sedikit madah buat sahabata:-

teman, mengapa dikau bersedih hati,
patah hati? buntu? jgn lupa..kan Allah gantikan malam itu dgn siang.
Allah turunkan hujan selepas kemarau panjang..insyaAllah..
yakinlah pada janjinya..
kebahagiaan abadi di penghujung..
~innama'al 'usri yusra~

p/s:maaf jika tak berapa faham dengan pengisian post kali ini. mungkin ada sesuatu yang tersirat disebalik kata2 ini. selamat membaca dan menjalani saki baki imtihan dengan qawi dan thabat atas jalan dakwah ini. slm bertemu lg:-)




Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.