Wednesday, March 24, 2010

MaTa Hati???

Assalamualaikum akhawat dan sahabat-sahabat yang selalu setia menziarahi blog ana yang rasanya banyak kekurangan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana ana masih dapat menyampaikan sesuatu yang ana patut sampaikan. Apabila direnungkan tentang nasib palestine kini,air mata ini mesti akan mengalir di pipi. Berita yang terbaru sejak kebelakangan ini,amatlah sedih apabila difikir-fikirkan. Nasib palestin semakin tercabar. Israel tetap dengan perancangan mereka untuk terus menerus membina haikal sulaiman yang menyebabkan al-Aqsa semakin hari semakin retak. Dan paling menyedihkan dan harapan yang tak terhingga untuk semua yang beragama islam dan yang mempunyai belas kasihan atau simpati pada nasib palestin,sama-samalah kita terus berdoa dan berdoa agar al-Aqsa tidak roboh. Sedih sedih sedih sangat…… nak ke sana berperang tidak mampu jadi hanya mampu berdoa dan memboikot dan sebagainya. Ingatan buat semua,boikotlah barangan Israel,setiap ringgit yang kita salurkan pada mereka seperti kita menambah peluru-peluru mereka untuk membunuh orang islam di palestin. Renung-renungkanlah kembali. Selepas merenung sama-samalah berfikir. Ingat lah mereka juga saudara kita. Ingatlah selalu kepada insan yang tersayang dipalestin.

Jauh pengorbanan yang mereka berikan untuk negara mereka berbanding kita yang nak memperjuangkan agama islam kita pun susah. Kenapa??? Kerana mereka yang berjuang di palestine telah tertanam dalam diri mereka syahid yang utama dan setia berpegang pada al-quran dan as-sunnah. Kita lihatlah apa yang telah terjadi pada negara kita sekarang??? Fikir-fikirkanlah. Maaf kalau ada pihak yang tersinggung tapi itulah hakikat. Jalan dakwah sangatlah panjang dan bukanlah hanya semangat untuk di suatu-suatu tempat sahaja tapi berpanjangan. Takutkah kita pada azab Allah swt yang pedih??? Kalau ditanya pada masyarakat pasti jawapannya ‘takut’.

Ana ingin berkongsi antara jalan-jalan bagi kita melepaskan diri kita dari azab Allah swt yang menggerunkan:-

· Menyuruh manusia kepada kebaikan (amar makruf)

· Melarang manusia daripada kemungkaran (nahi mungkar)

· Menentang manusia yang membuat kejahatan dan kerosakan

· Melalui jalan dakwah menyeru manusia kepada islam,memanggil mereka untuk segera mendirikan solat,kembali kepada cara hidup islam di segenap jurusan hidup mereka,tunduk kepada hukum Allah dan menghukum mengikut syariat Allah

Dengan melakukan semua ini kita harus mempunyai mujahadah yang sangatlah tinggi terutama melawan hawa nafsu yang sebati dalam jiwa setiap manusia. Fikirkanlah kembali sebelum bertindak sesuatu. Dan selalu yang kita lihat,orang yang patut menyampaikan dakwah kadang-kadang ada yang berdiam diri. Kenapa harus jadi sebegini??? Ana pernah baca suatu buku mengatakan,sesiapa yang berdiam diri atau membisu yakni tidak menyampaikan kebenaran akan di azab kerana sikap mereka itu. Sebahagian ulama’ menyifatkan azab itu ialah hukuman azab yang menyeluruh dalam bentuk bencana alam atau sebagainya. Tersentap seketika apabila merenung ayat diatas ini. Bayangkan jika kita dilantik sebagai pemimpindalam satu-satu persatuan atau program,diibaratkan kaki sebelah kita ke neraka. Ini perumpamaan yang pernah ana dengar masa zaman sekolah dulu. Pernahkah kita terfikir tentang ini??? Nak memimpin bukanlah suatu benda yang mudah tapi banyak yang harus diikuti. Menyampaikan kebenaran bukanlah sekadar bercakap dan berpesan pada orang dan lepaslah tanggungjawab kita,salah ana katakan. Disamping kita bercakap dan mengajak orang pada kebenaran,pastikan diri kita juga dimuhasabah agar tak terjebak pada lembah yang boleh menimbulkan fitnah pada diri. Sikap lalai dan ambil mudah dalam memimpin sangatlah bahaya kerana kelak kita akan dipersoalkan Allah di akhirat.

Ini jelas menunjukkan tugas ini biasa dipikul oleh pemerintah kerana merekalah yang akan memerintah atau melarang. Apa yang tidak dapat dicegah dengan al-quran maka akan dicegah oleh Allah swt dengan kekuasaanNya. Namun sekiranya sesorang pemerintah itu memulihkan mesyarakatnya dengan berlandaskan hukum syariat islam maka kemungkaran akan terhapus,keadilan akan tertegak dan kemaksiatan dimusnahkan. Sesungguhnya orang yang seperti ini akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan diakhirat.

Akhir kalam dari ana sebelum memberhentikan tangan ini untuk menulis ana ingin berkongsi kata-kata dari yang agak masyhur dalam penulisannya. Sama-samalah kita beristighfar banyak-banyak dan renung kembali apakah kita dah laksanakan perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya. Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang itu mungkin dari diri ana sendiri. Harap dapat bantu demi islam.

Ustaz Al-Sawaf dalam kitab Ma’rakah al-islamiah:-

“Seseorang islam itu sudah cukup untuk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jalan Allah swt,cenderung pada keduniaan,mencintai dunia,bencikan mati,mengikuti hawa nafsu,tunduk kepada syahwat,tenggelam dalam maksiat sehingga dihina oleh Allah swt. Allah swt menimpakan kegagalan yang paling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan mereka di bawah kekuasaan golongan yang menyeleweng dan merosakkan umat mereka.”

Monday, March 15, 2010

Dr Yusuf Qhardhawi telah berkata:-

"Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,anda hidup
untuk pemikiran yang benar dan kukuh
untuk akidah yang terbesar yang menyelesaikan
urusan alam yang lampau
Jawablah soalan yang disoal oleh orang yang
tertAnya-tanya
Semasa mereka menghayati petunjuk
Darimanakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?
Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang nakal dan derhaka
Terdidiklah fikran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada
jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi dan mulia
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas,itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya,dialah orang yang berbahagia..."


Tuesday, March 9, 2010

sujud selepas futur

*SUJUD SELEPAS FUTUR*


Andai aku…

bisa mengulang kisah silam…

pasti ku mencuba mengukir kembali kisah kehidupan diri ini…..

Andai aku….bisa diberikan peluang…

pastiku mencuba menggapai impian yang selama ini cita…

namun hanya harapan yang kita impikan tak mungkin terjadi walaupun hanya seketika biarkan tetap berlalu…


Harus aku….

biarkan semuanya berlaku…

walauku tersiksa hadapi segala…

sudah suratan yang Maha Esa…

namun hanya harapan yang kita impikan tak mgkin terjadi walaupun hanya seketika iakan tetap berlalu…

Redha menerima segala rintangan jadi pedoman kesilapan lalu…ku pohon restu cinta yg satu ku percayakan pd kudratNya…….


Namun…

harapan kita impikan tak mgkin terjadi walaupun hanya seketika ia kan tetap berlalu…

namun hanya harapan yang kita impikan tak mungkin terjadi walaupun hanya seketika ia

kan tetap berlalu…

Semalam aku kelukaan kecewa kealpaan mencala ketabahan

Mimpi yg sering kuharapkan menjadi kenyataan namun tak kesampaian…

Allah…… inginku hentikan langkah ini bagaikn tak mmpu utkku bertahan semangat tenggelam lemah daya haruskh aku menelan namun jiwa ku berbisik ini lah dugaan…

Dan langkah kukini terbuka pd hkmh dugaan uji keimanan….dan dilontarkn ujian diluar kekuatan setiap diri insan….Allah…pimpinlah diriku ku bangkit semula teruskan lgkh perjuangan ini cekalkan hati dan semangatku kurniakan ketabahan…padaMu ku meminta…


(Nasyeed by Mirwana)


Assalamualaikum salam pembuka bicara dari ana buat pembaca-pembaca yang setia membaca blog ana yang tak seberapa ini. Mungkin blog ana tidaklah sehebat blog-blog yang lain namun sebagai daei ana nak cuba jugak menyampaikan apa yang tersirat dihati ana agar kelak ana dapat jawab apabila disoal Allah tentang sisa hidup di bumiNya ini.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana ana masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara yang segar dan masih lagi diberi nikmat islam dan iman. Tanpa nikmat yang Allah berikan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Post kali ini ana masih terfikir-fikir untuk menulis apa tapi tiba2 ana dapat satu. SUJUD. Ana pun tertanya-tanya kenapalah ana nak tulis tentang sujud ini. Mesti ada dikalangan sahabat semua akan terfikir tentang sujud dalam solat dan lagu dendangan mawi yang bertajuk sujud. Sedikit lirik ana ambil dari lagu sujud:-


“Bila dilanda musibah hati tabah mula rendah

Jangan biarkan dugaan ragukan pedoman

Andai waktu itu tiba

Semaikan sifat bersabar hanya

Dia saja yang menentu kita hanya mampu sujud…”


Sebelum ana membuat kesimpulan dari lagu ini,ana nak mintak maaf andai lirik lagu ini ada yang salah. Apa yang ana dapat dari lirik lagu ini,setiap kali kita dilanda musibah dan futur,siapakah yang sering kita cari???? Tentulah Dia Allah swt yang kita akan sujud dan merayu serta menangis meminta pertolongan dan petunjuk. Dan selain itu juga,jika kita menghadapi sesuatu perkara yang sangat membuat kita jatuh,dan kita sujud padaNya dan akhirnya kita perlulah bersabar dan tawakkal 100% pada Allah swt. Kemungkinan itu semua ada hikmah disebaliknya.


Firman Allah swt:-

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit

ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-

buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-

orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali).”

(Al-Baqarah:155-156)


Dalam firman Allah diatas sudah terang dan lengkap. Setiap kali kita sebagai khalifah Allah ditimpa musibah maka sebutlah Inna lilla wa inna ilaihi raji’un. Sapalah kita ini dibumi ini untuk berkuasa. Kita hanyalah makhluk yang kerdil dan tidak dapat buat apa-apa selain dari meminta pertolongan dariNya. Post kali ini sebenarnya dari pengalaman ana sendiri jugak. Disaat iman ana maintain tiba-tiba dapat satu berita dan ana menjadi tersangat futur masa itu. Mula-mula sejujurnya memang ana menangis tapi selepas itu ana terus mencari Allah untuk terus mengadu. Betullah,setiap apa tindakan kita dimuka bumi ini semunya telah tercatat. Kita hanya mampu berdoa dan memohon agar diberikan petunjuk. Hanya Allah yang akan tunjukkan laluan yang harus kita pergi dengan syarat kita juga berusaha mencari jalan itu. masa ini lah ana terasa Allah sangatlah diperlukan dalam diri ana. Bukan ana cakap sebelum nie tiada. Tapi nak katakan kita ini manusia biasa dan kadang-kadang terlalai atau terlepas pandang. Pesanan untuk diri ana dan ikhwah akhawat serta sahabat2 yang sering membaca blog ini,ingatlah setiap sesuatu yang berlaku pada kita atau musibah itu datang mungkin ada hikmah disebaliknya walaupun pahit untuk kita menelannya tapi yakinlah bahawa mungkin Allah nak kan yang lebih baik untuk diri kita kelak. Dan ingatlah juga bahwa kita hanyalah manusia biasa yang tak dapat nak tentukan sesuatu takdir itu,yang berkuasa hanyalah Dia yang Maha Esa lagi Maha Mengetuahui. Tak lupa jugak apa yang telah asSyahid hasan al-banna sebut dalam 10 muwasofat tarbiah,qawiyu jism. Dan yakinlah bahwa Allah sentiasa bersama-sama orang2 yang bersabar. Selalulah mengucapkan Inna lilla wa inna ilaihi raji’un ketika kita ditimpa musibah dan sebagainya. Sebelum ana meninggalkan post ana kali ini. Ingin ana berkongsi satu petikan dari Abdul Wahab Azam dalam majalah al-muslimun,m.s:961.


“Sujud itu menundukkan dahi,tetapi

Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan

bertasbih padaNya

Si jahil menyangkakannya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud,semua akan tunduk

kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan

perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang

Meruntuhkan syirik

was-was di dalam diri si jahil

tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

lantaran kehebatan dan kebesaranNya

sujud kepada Allah dan mengesakanNya,lalu mantap

dan kuat

Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

di muka bumi,dengan keagungannya,rahmat dan keindahannya.”

(Abdul Wahab Azam,majalah Al-Muslimun)


Itulah yang dinamakan sujud bagi orang yang merdeka atau sujud bagi muslim dan muslimah yang sejati. Sujud juga dapat menghancurkan hawa nahsu setiap manusia itu. dalam konteks dalam tarbiah, “Bebas menerima segala konsep,system,cara hidup,syariat,undang-undang,nilai dan neraca pertimbangan dari Allah semata-mata. Jadilah dia sama seperti saudara Islam lain di seluruh dunia. Mereka semua berdiri di atas satu taraf yang sama. Semuanya bersaudara dan beribadat kepada satu Tuan dan tidak menjadikan sebahagian daripada mereka sebagai Tuhan selain dari Allah swt.”

(Al-Zilal,juz-3,m.s:206)


p/s:-dikesempatan ini ana ingin memohon jutaan kemaafan buat semua akhawat dan sahabat2 yang setia menjadi teman ana hingga sekarang.sebagai makhluk ALLAH ana kadang2 tak terlepas dari melakukan kesilapan.halalkan makan minum ana dan doa ana agar ukhuwwah kita semua berkekalan hingga ke syurga kelak dan biarlah ia kerana ALLAH.inginkan yang terbaik maka jadilah yang terbaik.

*UHIBBUKUNNA LILLAHITA’ALA ABADAN ABADA’*

Saturday, March 6, 2010

Maulidul Rasul...

Semoga post ana kali ini tidak terlambat untuk mengingati kekasih ana yang ana luper sangat9999 nak post dalam blog ana nie. walaupun lambat post dalam blog tapi beliau sentiasa di hati ana. budi pekerti dan akhlaknya sangat memberi semangat untuk diri ana teruskan hidup walaupun selalu futur. salam Maulidur rasul buat junjungan kita nabi muhammad saw. moga dakwahmu sentiasa dihati kami dan akan kami teruskan kan membawa risalahmu hingga ku hujungnya... rindu sangat padamu ya Muhammad saw....


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.