Saturday, May 21, 2011

Imtihan kembali lagi...

“Rabbuna yassir wa la tu’assir”

[Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah]

Salam menjalani imtihan tidak lama lagi :-)
Niat,ikhlas,usaha,doa,Tawakkal pada Allah swt insyaAllah dipermudahkan untuk menjawab. Doakan kejayaan bersama. Allahumma ja'alna minannajihin wal faizin wa mumtazin fil imtihan fil deen fi dunia wa akhirat....

BiTTaUfiQ wAN NaJaH fiL iMtiHaN

p/s: ana start imtihan syafawie 5june.... ud'uni...

Sunday, May 15, 2011

cintai manusia kerana ALLAH bukan nafsu....


Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan ter

kubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuah

kan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar

tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya ker

ana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-baran

g untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.


Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.


Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas de

sakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.


Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kam

u senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.


Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat ka

mu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.