Friday, April 23, 2010

Rintihanku...


RINTIHANKU…

Jauh perjalanan telahku jelajahi

membawa seribu impian membekal pengalaman…

Mampukah aku melangkah menuju satu daerah

Masihkah ada sinar yang menanti…

Masa diuji pasti tibaku dijemput kesana

Bimbang langkahku terhenti ku terpaut dipersimpangan

Tak inginku mengingati detik hitam semalam

Tinggalkan semua jadi kenangan…

Telah ku gagahi untuk teruskan sisa hidup ini

Biarku tebus segala dosa selagi jasad bernyawa…

Damaikanlah resah hatiku ini pada Tuhan yang Engkau yang satu belum pernah ku terasa hebatnya cintaMu…

Sesungguhya Engkau mengerti apa yang tersirat didalam diri ini…

Ku pohon rasa kasih yang abadi…

Ku ikhlaskan diri ini

menyintaiMu sepenuh hati bukan sekadar bila diuji…

rahmat dan kasih tiada sempadan

biarpun jiwaa dan kelalaian dirasuk dengan segala godaan…

keranaMu kugagahi untuk teruskan sisa hidup ini

biarpun tebus segala dosa selagi jasad bernyawa…

leraikanlah resah hatiku pada Tuhan yang Engkau yang satu belum pernahku terasa

hebatnya cintaMu…

sesungguhnya Engkau mengerti apa yang tersirat didalam diri…

ku pohon rasa kasih yang abadi…

ku ikhlaskan diri ini

menyintaiMu sepenuh hati bukan sekadar bila

diuji…

rahmat dan kasih tiada sempadan

biarpun jiwa dan kelalaian dirasuk dengan segala godaan…


Assalamualaikum buat sahabat2 yang setia membaca blog ana yang tak sehebat blog sahabat2 lain. alhamdulillah kerana ana masih diberi peluang untuk bernafas dan sempurna anggota badan untuk terus menulis dan menyampaikan apa yang harus seorang daei itu perlu sampaikan. Post kali ini sebenarnya spontan jer keluar dari hati dan terus ketangan untuk ditulis dan terus dibaca oleh semua orang. Pernahkah kita terfikir,sudah berapa lama kita hidup dimuka bumi Allah ini?? Sudah berapa lama kita bernafas di muka bumi Allah ini??? Dan pernahkah kita kira jugak berapa banyak amal kebaikan yang kita telah buat dan kita sampaikan pada orang ramai??? Sebelum itu marilah kita bersama2 beristighfar sebanyak 3kali agar kita tidak tersasar dari niat sebenar. Bila ana fikir balik,sedih rasanya diri ini. Tak tahulah dah berapa banyak amal telah ana buat dan berapa banyak ana telah sampaikan. Semoga Allah nampak segala usaha kia semua selama ini.

Sebenarnya ana nak berkongsi satu nasyid yang ana suka sangat lirik dia iaitu rintihanku yang dinyanyikan oleh kumpulan as-saufee. First time ana dengar terus terpaut dan terus menangis. Time tue tengah malam dan ana dengar di blog seorang sahabat ana nie. Dari lirik ini,apa yang ana faham. Setiap perbuatan kita didunia ini pasti akan diuji dan terserah pada seseorang itu untuk bersabar atau tidak. Dan kalau kita sembunyi sesuatu dalam diri dan hati kita pasti Allah akan ketahui. Perenggan yang akhir pulak,kita sebagai manusia yang kerdil ini seharusnya menyintaiNya dan mengasihiNya lebih dari segala-galanya. Bukan hanya semasa kita susah dan apabila diuji. Tetapi setiap masa. Bak kata pepatah,cintakan manusia hanya sementara dan akan merana jika cinta tidak terbalas namun cintakan Allah adalah cinta yang hakiki. Sebagai peringatan untuk diri ana jugak yang lemah ini. Antara contoh yang kita boleh nampak dari kaca mata kita,sejauh mana pejuang2 palestin yang cinta mereka hanya pada Allah dan islam itu sendiri sehingga sanggup syahid demi menegakkan kalimah syahadah. Jauh yang teramat sangat dengan kita yang berada dibumi yang aman tanpa dijajah ini. Yang leka dengan kemewahan dunia tanpa merasa kepahitan yang sedang dialami umat islam dinegara2 islam. Sebagai contoh negara kita sendiri,mampukah sekiranya kita dihantar untuk berperang menentang israel laknatullah itu???? Fikirkanlah.jawapan terletak pada diri kita semua masing2. kalau zaman nabi2 terdahulu Allah akan terus turunkan bala sekiranya tidak mahu menerima dakwah nabi namun sekarang tidak lagi. Seharusnya kita berfikir dan mengambil iktibar dari kejadan yang sebelum ini.akhir kalam,maaf kerana post kali ini tidak menarik. Sejak kebelakangan ini ana merasa sangat sedih dan kesunyian. Namun ana bersyukur kerana masih ada Dia. Dia tempat ana bergantung dan mohon pertolongan. Pada akhawat,maaf andai pernah melakukan kesalahan. Sebelum berpisah,cintakan 5 perkara,Allah,Rasulullah,ibu bapa,ummat dan semua. Dan tak lupa jugak ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Wednesday, April 21, 2010

alhamdulillah 2 team netball...

Assalamualaikum akhawat dan sahabat2 yang yang sering ziarah blog saya ini. awwalan saya nak mohon jutaan kemaafan kerana telah sekian lama mendiamkan diri dari menulis. mungkin kerana sibuk. bukan saja2 menyebukkan diri tetapi kerana islam itu sendiri.
post kali ini saya just nak story tentang kejohonan bola jaring yang dianjurkan oleh badan kebajikan penuntut Brunei pada 16april lepas. perlawanan dipertanding dengan 4 kumpulan dan 3 buah negara iaitu brunei,singapore dan kami sendiri dari malaysia. perlawanan set pertama antara brunie A dan pasukan Wanita ISMA-Mesir. perlawanan yang agak sengit ini telah mlayakkan pasukan Wanita ISMA-Mesir ke step yang akhir. markah yang diperolehi 7-4. namun hati2 kami tetap berdegup untuk berentap dengan pasukan siapa yang akan kami berhadapan.

set kedua pula adalah perlawanan dari pasukan brunei B dan singapore. perlawanan ini akhirnya dimenangi oleh pihak dari pasukan singapore. akhir kami dari pasukan Wanita ISMA-Mesir semakin berdegup jantung kami masing2. kami betul menyerahkan segala roh dan jiwa kami pada takdir Allah swt. sesungguhnya keputusan semua telah tertulis di lauhmahfuz namun hanya kita yang mampu terus berusaha dan terus berusaha. perlawanan set yang terakhir kembali berentap antara pasukan Wanita ISMA-Mesir dan singapore. perlawan 7minit pertama amat sengit antara 2pasukan ini. masa selama 5minit diberikan untuk rehat. bersambunglah perlawanan yang akan menentukan siapa akan bergelar juara. perlawanan kali ini sangatlah sengit. time ini penyerahan kami pada qada' dan qadar sangatlah tinggi. hanya Allah yang menentukan segala keputusan. perlawanan ini berakhir dengan kemenangan yang diperolehi oleh pasukan Wanita ISMA-Mesir. sujud syukur dan syukur tidak terhingga diucapkan pada yang Maha Esa.
Semoga kemenangan ini merapatkan lagi ukhuwwah antara kita semua. ukhuwwah tidak semestinya diantara kahawat akhawat dan sahabat2 malah juga diantara negara2 lain. bukankah islam itu berkembang ke serata dunia???
akhawat,lepas nie boleh kita berentap lagi. sesama akhawat un best gak,perlawanan persahabatan. walaupun akan hilang satu permata dari team netball kita tak makna kita tidak boleh buat yang terbaik. betul tak??? permata itu aan terus memberi semanat dan mendoakan kita. thank sangat9999 buat kak bedah kerana sudi menjadi jurulatih dan bermain bersama kami. semoga ukhuwwah kita berkekalan selamanya...

ameennnnn.....






Monday, April 12, 2010


Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak


Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati.......
mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan .....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak

Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak


Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

sedih,syahdu apabila membaca article ini. buat pengetahuan sahabat2 semua,article ini di emailkan dari seseorang yang ana takkan lupakan sampai bila2. dia banyak berkorban untuk ana dalam apa jua keadaan dan sentiasa memberi kasih sayang tanpa jemu. dan tidak pernah penat melayan kerenah ana yang semasa kecilnya dulu nakal namun tanpa dia ana takkan jadi seperti sekarang. disini ana nak ucapkan,ana sayang sangat padamu. ana tak mampu kehilanganmu dalam hidupku. itulah ibuku yang sangat dikasihi dan dicintai selepas Allah dan Rasulullah saw. ana sangat sedih dengan anak2 sekarang yang tegar menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang2 tua. kalau ana,tak sanggup. cuba kita bayangkan,semasa kita kecil,ibu kita tidak pernah mengeluh membasuh najis kita dan melayan tangisan kita tetapi kita pernah tak berfikir,adakah kita pedulikan tangisan ibu kita sekarang??? Nauzubillah...ya Allah jauhkanlah hambaMu ini dari sifat seperti itu. walaupun kelak ana akan berkahwin namun ibuku takkan dilupakan. janganlah kita menjadi anak2 yang seperti sekarang yang lepas kahwinnya adalah nak berjauhan dengan ibu bapa dan bebas dari kongkongan. huh.... sedih...sedih...sedih.... mak,nona sangatlah rindu dekat mak. nona tahu mak risaukan nona. doakan yang terbaik buat diri anakmu ini. akhir kata,mulai sekarang,mulai habis bace post ini,marilah sama2 kita telefon mak kita dan mintak ampun seandai pernah kta melakukan kesilapan sebelum terlambat.

p/s:- Buat mak nona,nona mohon ampun andai pernah buat salah pada mak selama ini. halalkan segala makan minum nona dan segala-galanya. doakan nona kuat dan kuat dan diberi petunjuk. dari hati nona, nona sayang sangat dekat mak. tanpa kasih-sayang dan pukul mak pada nona dulu,takkan jadi nona yang ada sekarang. terima kasih mak:-( Syukur tidak terhingga pada yang Maha Esa yang masih menyayangi aku dan masih memberi ibu buat aku dan adik2....kuatkanlah hubungan kekeluargaan kami...ameen.... sama2lah kita menghayati video nasyeed ahmad bukhatir-ummi...

Saturday, April 10, 2010

IStidraj???

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia
merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu
boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah
memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan
semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul
æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah
batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang
yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya
beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang
yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan
istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,
hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup
kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat
yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan
ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang
diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan
hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia
dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Monday, April 5, 2010

anousment....!!!

Jom ramai ke ARMA beramah mesra bersama ustaz halim abdullah...:-) kehadiran dialu-alukan.

5 April 2010


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.