Sunday, July 29, 2012

Juadah Berbuka Puasa...


~Puding roti karamel Ramadhan~

Bahan-bahannya :

4 keping roti gardenia/rich bake
1 tin susu cair
2 biji telur
1 cawan gula untuk dijadikan gula hangus
Esen vanila

Cara-cara:
Dengan menggunakan loyang,sediakan gula hangus kemudian ketepikan. Panaskan pengukus. Carikkan roti yang telah direndam bersama sedikit air. Kemudian blender susu,telur dan sedikit esen vanilla. Kemudian masuk bersama roti yang tekah diracik sebentar tadi. Akhir sekali masukkan adunan kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.

Cara membuat  karamel:
Panaskan kuali, tuangkan 1@2 cawan gula. Biarkan sehingga perang dan tuangkan 1 cawan air.

SELAMAT MENCUBA... 
Berlalulah sudah 10 awal Ramadhan yakni bulan Rahmat. Jom mengukir kenangan manis ke peringkat 10 Ramadhan yang seterusnya, bulan maghfirah... ^_^

Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum C.I.N.T.A…

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku…
MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
Selalu…

Penantian suatu penyiksaan bagi diriku yang setia menantimu. Tercari-cari dari sudut manakah harus aku tahu dimana kamu. Tidurku tidak lena tanpa bertemu denganMu. Perutku tidak kenyang tanpa aku menyebut kalimah Bismillah-Mu. Takbirku tidak sempurna tanpa aku menghadirkan diri ini benar-benar bersamaMu. Semoga C.I.N.T.A aku yang dirindui dapat kutemui tahun ini.
Hatiku resah dalam membahagikan C.I.N.T.A ku. Jangan jadikan C.I.N.T.A itu buta, C.I.N.T.A semu. C.I.N.T.A Yang tiada titik akhirnya. C.I.N.T.A berlandas hawa nafsu semata-mata. Ayat-ayat Allah s.w.t terang menjelaskan yang bermaksud :

“…dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk…” [17:32]

Hembusan ayat-ayat C.I.N.T.A sering aku alunkan tanda cintaku padaNya. Sujudku sering aku panjangkan tanda aku lemah untuk melepaskanNya. Segala keraguan yang menyelebungi diriku kini pulih dengan kalimah C.I.N.T.A-Mu.

Ampunikan aku atas segala kekhilafan diri ini. Jangan Kau butakan hati ini dengan fana dunia menyesatkan. Jangan Kau butakan mata hati ku dengan cinta dunia melebihi C.I.N.T.A-Mu. C.I.N.T.A yang bakal hadir membuatkan hati aku berdebar-debar.  Ibarat memberi jawapan kepada si pemuda yang melamar. Bagaimana persediaan aku? Bersediakah aku bertemu C.I.N.T.A? Dadaku sebak terkenangkan pertemuanku dengan C.I.N.T.A yang berlalu tahun demi tahun pergi meninggalkan aku. Kaki, tangan, mulut ku kini seperti ditolak. Kakiku berjalan ke arah amar ma’ruf, tanganku menulis sesuatu bermanfaat dan mulutku mengalunkan ayat-ayat Allah s.w.t yang indah.
Setiap tindakanku seperti awasi dan diperhatikan. Tika aku lalai terus aku ditegur. “ Astaghfirullah al-azim, apa aku buat ni?.” Ucap aku di dalam sudut hati. Hari-hari yang dihitung seperti aku tidak lama lagi di dunia persinggahan ini. Susah cukupkah amalan aku? Jangan difikirkan lagi, teruskan hidup. Beramallah semampu mungkin. Aku yakin Allah sentiasa bersama-sama aku. Tika aku susah, Dia mengubat resah hatiku, tika aku gembira, Dia tempat aku bersyukur.

“Bersediakah aku bertemu C.I.N.T.A?.” hatiku bermonolog.
“Ya, aku sudah bersedia.” Bisik hati aku lagi.

“Assalamualaikum C.I.N.T.A…” Ramadhan al-mubarak C.I.N.T.A yang aku nanti-nantikan. Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan, Amin. C.I.N.T.A, aku terus bersabar menanti kehadiranmu. Setiap sujudku, aku mohon padaNya agar menemukan aku dan kau C.I.N.T.A.

 “Waalaikumussalam K.A.S.I.H…” Dialah K.A.S.I.H ku Sang Pencipta, Allah s.w.t. Tika imam melaungkan, Allahuakhbar Allahuakhbar, terus aku menyahut panggilanNya. Aku gapai sejadah, berdiri tegak berjemaah dan sujud menyerahkan diri kepadaNya. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia, Nabi Muhammad s.a.w pesuruhNya.


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksud firman Allah s.w.t : “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). karena itu, Barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan Barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu menagagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” ( Al Baqarah: 185)

Aku telah bersedia menyambut C.I.N.T.A ku, bagaimana semua hati-hati yang dikelilingku?
Hargailah C.I.N.T.A, sebagaimana kita mampu menghargai setiap orang yang disayangi, begitulah C.I.N.T.A yang hadir hanya setahun sekali. Rebutlah peluang semampu mungkin. Kisah dahulu jadikan tauladan buat hari ini. Mulakan azam baru, semangat baru. Jangan dilupakan titik nukilan sejarah peristiwa perang Badar yang berlaku pada 17 ramadhan, tahun ke-2 hijrah. Disusuli pula dengan  hari Fathu Makkah iaitu Hari Pembukaan Kota Mekah pada 17 ramadhan, tahun ke-8 hijrah.
Firman Allah s.w.t dalam surah al Fath, ayat 1:
‘Sungguh, kami telah memberikan kepada kamu kemenangan yang nyata’.
Pada tahun ke-9 hijrah bulan ramadhan, berlakunya Perang Tabuk. Dan banyak lagi peristiwa lain yang berlaku pada bulan barakah ini seperti Hari dimana al-quran ayat suci Allah s.w.t diturunkan, peperangan Ain Jalut, pembukaan Andalus yang diketuai oleh Thoriq bin Ziyad.
Dengan rentetan sejarah peristiwa yang tertulis menjadikan aku dan semua lebih menghayati dan mempersiapkan diri bertemu C.I.N.T.A  yang bakal hadir. Adakah ini pertemuan aku dan C.I.N.T.A yang terakhir?


Sunday, July 8, 2012

Ketulusan Hati...




TENTANG HATI
Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula dengan zina hati. Hal ini adalah salah.
Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai.
CINTA (AL-HUBB)
Cinta, iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai. Itu termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir. Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami isteri. Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan. Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta.
Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata: “Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Apakah kamu telah melihatnya?” Aku berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kalian berdua.”
Kebanyakan orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut untuk menghadapi cinta kerana tanggapan bahawa cinta yang tumbuh di dalam hati itu adalah dosa dan mereka mengira diri mereka sedang bermaksiat, berzina hati, bahkan salah seorang di antara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat dosa.
Kenyataannya, bahwa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam pemahaman mereka tentang cinta dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu, di mana mereka beranggapan bahawa cinta itu suatu maksiat, kerana sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dilihatnya dari lelaki-lelaki rosak dan perempuan-perempuan rosak di kalangan mereka, yang mana mereka-meraka itu menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT. Mereka saling duduk, bermalam, bergurau mesra, saling menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan cinta. Banyak orang mengira bahawa cinta tidak ada lain kecuali yang demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, justeru sebaliknya.
Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat daripada syahwat-syahwat yang telah Allah SWT hiaskan pada manusia dalam masalah cinta. Ertinya Allah SWT menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah SWT:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – Aali-’Imran: 14.
Allah SWT-lah yang menghiasi bagi manusia cinta pada syahwat ini, maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah tersebut dalam hadis bahawa Nabi SAW bersabda:
Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.
Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah keluarga.
Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan.”
Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menyeksa manusia dalam kecenderungan hatinya. Akan tetapi manusia akan diseksa dengan sebab jika kecenderungan itu diikuti dengan amalan-amalan yang diharamkan. Contohnya: apabila lelaki dan wanita saling memandang tanpa batasan atau berduaan-duaan, lalu cenderunglah hati kedua-duanya, sesungguhnya kecenderungan hati ini tidak akan menyebabkan kedua-duanya diseksanya, kerana hal itu berkaitan dengan hati, sedang manusia tidak bisa menguasai hatinya, akan tetapi, kedua-duanya diazab kerana apa yang mereka lakukan, iaitu memandang tanpa batasan dan berdua-duaan. Dan kedua-duanya akan dimintai pertanggungjawaban, dan akan diseksa juga dari setiap perkara haram yang mereka perbuat setelah itu seperti berciuman, bermesraan dan berzina.
Adapun cinta yang tulus ikhlas dan murni, yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala, sebagaimana akan dijelaskan dalam bab ‘Rindu’ di bawah.
Menjaga kehormatan diri itu sungguh sangat sukar. Yang paling selamat adalah menjauhi semua sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta.
Daripada kedua-dua golongan ini (yang mencintai serta menjaga kehormatan dan yang mengelak daripada cinta), sungguh sangat sedikit mereka yang selamat.
RINDU (AL-’ISYQ)

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan.
Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram.
Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.
Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.
Wallahu a’lam.

RUJUKAN
http://raisahakim.com/arti-cinta-rindu-dan-cemburu-dalam-islam/

Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.