Tuesday, July 26, 2011

#15 Pesta Ibadah


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baarik lanaa fii rajab wasy-sya’baan, wa ballighnaa ramadhaan”

Artinya: “Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MEMASUKI RAMADHAN

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah:

-Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
-Mengulangkaji ilmu tentang puasa
-Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
-Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.

Monday, July 25, 2011

Tarbiyyah + Dakwah

Alhamdulillah diri ini masih boleh untuk menghidu udara yang segar disamping dapat melihat burung-burung berkicauan di angkasa yang terbentang luas subhanallah... ucapan syukur tidak terhingga juga kepada Pencipta atas segala nikmat dan nikmat tertinggi,iman & islam. itulah ciptaan Allah swt... ketika diri melihat ciptaan Sang Pencipta yang memutarkan bumi yang langit dan tanah tiada paksi. Terlintas di fikiran sejenak.

Adakah ukhuwwahfillah sesama ikh/akh cukup kuat?
Adakah ahlinya sudah jauh dari segala musykilah?
Adakah mutabaah amal sudah ditanda + diamal?
Adakah wajibat yang ditaklifatkan sudah terselesai?
Adakah DF kita semakin bergerak kencang atau hanya di awangan semata2?

tepuk dada tanya IMAN...

Tergerak jari-jemari ini untuk menulis dan berkongsi gambaran mengenai PROSES DAKWAH oleh seorang qudama' yang sekian lama memperjuangkan ISLAM hingga ke titisan darah terakhir...

Sebelum itu, apakah tarbiyyah yang difahami?

Telah didefinasi tarbiyyah dari seorang pakar tarbiyyah yang mengatakan
"Cara yang paling ideal dalam berinteraksi dengan firah manusia,baik secara langsung melalu
i perkataan atau secara tidak langsung melalui keteladanan untuk memproses perubahan diri manusia ke arah kondisi yang lebih baik."
[Dr.Ali Abdul Halim]

Gambaran Sayyid Qutb mengenai PROSES DAKWAH adalah seperti biola.
"Ia menganalisa fitrah manusia itu secara teliti, lalu menggesek seluruh tali dan seluruh nada yang dimiliki oleh tali-tali itu. kemudian mengubahnya menjadi suara yang merdu. Di samping itu,ia juga menggesek tali-tali secara menyeluruh,bukan satu demi satu yang akan menimbulkan suara sumbang dan tidak terasa. Tidak pula menggeseknya hanya sebahagian dan mengabaikan bahagian yang lain,yang menyebabkan irama tidak sempurna dan tidak mengungkapkan irama yang indah hingga sampai ke tingkat gubahan yang paling mengesankan."

Kesan tarbiyyah inilah yang dapat melahirkan "manusia bekerja rajin,produktif dan aktif sepanjang tahun.'

Sebagai seorang daei yang membawa risalah, bukanlah ibarat anjing yang tertipu dengan bayangannya sendiri. Jangan terlalu asyik dan berasa berada didalam zon selesa pabila diri berasa tinggi dari yang lain. Sedarlah, risalah ISLAM yang dibawa bukan untuk individu semata-mata tetapi UMMAT.

Mulakan dari dalaman diri setiap daei. Muhasabah diri kembali takut terleka dibuai mimpi-mimpi indah dan angan-angan yang tiada titik noktah. Moga diri-diri yang berjuang demi ISLAM ini thabat atas jalan yang dipilih kerana Allah bukan kerana lain. Jatuhnya seorang d
aei, daei yang lain harus bangunkan kembali agar dapat bersama-sama memperjuangkan ISLAM.

Firman Allah,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}


(al-Hujurat : 15)









Friday, July 22, 2011

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.