Wednesday, April 29, 2009

salam perjuangan...


AssalamualaikumWarahmatullahiwabarokatuh….
Alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana ana diberi peluang lagi untuk hidup dan masih lagi diberikan nikmat islam dan iman.sekarang dah 29hrbln,herm tak lama lagi mahasisiwa & mahasisiwi al-azhar akan menduduki peperiksaan bagi fasa dua. Ape perasaan ana???? Huh,hanya Allah yang tahu. Semoga Allah permudahkan jalanku ini,amien… Teringat pulak mase mula2 ana nak ke sini. Semasa airport,huh sedihnye tak terhingga sampai tak terungkap dengan air mata. Saat2 kaki hendak melangkah ke escalator dan disaat tangan ni menyalam mak ayah dan sanak saudara. Nasihat demi nasihat diberikan. Ya Allah,Engkau kuatkanlah diri hambaMu ini ya Allah. Sesungguhnya kita semua ini diberi amanah yang sangatla besar. Datang mesir untuk menuntut segala ilmu dan berkhidmat untuk rakyat kelak. insyaAllah.
Nabi saw bersabda:- “seorang yang menuntut ilmu berada di sabilillah (jalan Allah) sehingga dia pulang.” Ini adalah ganjaran bagi penuntut ilmu.
Teringat ana pada seorang pakar motivasi yang pernah bagi motivasi dulu mase ana darjah 6. huh,lamanyee… nama beliau Dr.Tengku Asmadi Tengku Ahmad . beliau telah bagi panduan pada ana dan rakan2 tentang apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir.

Antaranya:-
1) jangan panic.
2) kajian terhadap topic dan pemetaan maklumat
3) semak soalan tahun lalu (setiap subjek).
4) banyakkan pembelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali
kefahaman kpd bentuk lakaran atau menerangkan kpd rakan.
5) memperbanyakkan latih tubidan ujian simulasi.
6) nota ringkas.
7) pastikan mendapat tidur dan rehat yang secukupnya.
8) pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
9) kawal emosi.
10) banyakkan berdoa dan solat.


suasana imtihan
Jadual imtihan lughah tahun satu:-
9 syafawie nahu
12 syafawie balaghah
13 syafawie al-quran
18/5 al-quran
21/5 balaghah
25/5 nahu
28/5 tafsir
1/6 nusus
4/6 ilmu aswad
8/6 sorof
11/6 feqah ibadat
doakan kejayaan bersama-sama yek...bittaufiq wannajah untuk semua...

Monday, April 27, 2009

Renungan sejenak...


Al-Quran Pencetus Manusia Berfikiran
Kritiswww.iluvislam.com
Kiriman: permata emasEditor:b_b

Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46) Apabila kita memerhatikan al-Quran dengan tinjauan untuk menyelidik, kita akan dapati bahawa sesungguhnya ia mengarahkan akal manusia untuk mempergunakan kaedah yang lengkap dalam mencari hakikat. Antara ayat-ayat al-Quran yang berkisar tentang pemikiran kritis adalah:
1) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17)
Kata soal ‘kaifa’ (bagaimana) itu menghendaki sebuah kajian dan cara untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara. Allah SWT tidak memberi jawapan secara terang-terangan agar manusia itu bukan sekadar mengetahui sesuatu bahkan juga mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu terjadi supaya manusia benar-benar mengenali dan meyakini sesuatu hal berlandaskan ilmu pengetahuan tentang apa yang telah diketahuinya. Dalam ayat di atas, al-Quran telah memusatkan perhatian kita sebentar tentang kejadian unta yang merupakan haiwan terdapat khususnya di negara-negara Arab sehingga pengkajiannya tidak memerlukan sesuatu objek yang sukar untuk dicari. Kita pasti akan berfikir dan mengkaji bagaimana unta dicipta berdasarkan firman Allah SWT tersebut. Hasilnya kita akan dapati bahawa istimewanya unta adalah mampu hidup selama beberapa hari tanpa air dan masih aktif di bawah terik mentari. Bonggol unta yang merupakan gumpalan lemak berfugsi menyediakan nutrient berkhasiat secara berkala semasa musim kekurangan dan kebuluran. Melalui sistem ini, ia mampu hidup selama tiga minggu tanpa setitis air ketika mengalami penyusutan 33% berat badan. Lantas, orang yang mahu berfikir akan memikirkan lagi siapakah pencipta unta yang mempunyai ciri sehebat begitu. Manusia sama sekali tidak pernah menjadikannya dan tentu sekali ia tidak terjadi dengan sendirinya. Maka, sudah pastilah pembuatnya tidak lain dan tidak bukan ialah Allah SWT Yang Maha Berkuasa. 
2) "Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)
Fokus utama perbahasan adalah pada ayat yang bermaksud “maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”, di mana al-Quran mengajar manusia agar meneliti sesuatu maklumat yang diterima samada benar atau sebaliknya dan bukannya menerima bulat-bulat sesuatu perkara tanpa membuat penilaian terlebih dahulu. Penelitian dan penilaian terhadap sesuatu maklumat ini amat penting agar kita tidak tersalah dalam berfikir, bertindak dan membuat keputusan lebih-lebih lagi ia melibatkan orang lain yang akan membawa akibat yang lebih besar dan buruk seperti penganiayaan, kezaliman dan fitnah. Penurunan ayat ini juga adalah sebagai peringatan kepada orang Islam agar tidak menerima keterangan hanya daripada sebelah pihak sahaja.
3) "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (Surah al-An’am: 116)
Ayat ini mendidik manusia supaya bersikap konsisten pada kebenaran. Ia menyatakan bilangan majoriti samada pada pendapat, kepercayaan dan sebagainya tidak menjamin kebenaran sesuatu perkara. Oleh itu, apabila telah dikaji dan diketahui kebenaran sesuatu hal, maka hendaklah berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat dan jangan goyah dengan sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan. Daripada ayat ini juga, ia mengajar manusia agar berfikir sendiri tanpa mengikut-ikut pendirian orang lain. 
4) "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Ma’idah: 8)
Ayat ini membicarakan kepentingan berfikir secara objektif dan tidak bias, iaitu adil. Keadilan hendaklah ditegakkan di mana sahaja tanpa mengira tempat, bangsa dan agama, samada kepada orang yang kita sukai atau pun tidak. Allah SWT juga melarang kita bersikap berat sebelah kerana kebencian kita terhadap seseorang atau sesuatu golongan, bahkan al-Quran sentiasa menggesa umat Islam berlaku adil baik kepada kawan mahu pun lawan kerana keadilan itu akan mendekatkan diri seseorang kepada taqwa. Oleh itu, Allah SWT sangat memurkai orang yang tidak adil.
5) "Dan janganlah Engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya…" (Surah al-Isra’: 36)
Ayat ini menolak sikap taqlid sebaliknya Allah SWT mengajar manusia agar berfikran terbuka, bukannya mengongkong fikiran dalam kejahilan dan hanya mengikut-ikut pandangan dan pendirian orang lain secara membuta tuli. Oleh itu, Dia mendorong manusia mencari ilmu dalam pelbagai bidang agar mampu memerhatikan kebenaran yang ada pada sesuatu kejadian lantas akan dapat memberi respon dan hujah dengan baik dan mantap dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan yang diceburi. Kesimpulannya, kesemua ayat di atas membahaskan kepentingan penggunaan akal dengan betul. Daripada ayat-ayat tersebut, Allah SWT menuntut manusia agar mengkaji hakikat sesuatu kejadian bagi memantapkan lagi pengetahuan dan keimanan kepadaNya tetapi bukannya mengetahui sesuatu hal hanya melalui mulut orang lain dan mempercayai sesuatu bukan berdasarkan ilmu. Al-Quran juga mengajar manusia agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sesuatu maklumat di mana keperluan kepada penyelidikan dan penelitian amatlah mustahak sebelum menerimanya. Selain itu, ia juga menyarankan manusia supaya bersikap konsisten dalam mempertahankan kebenaran walaupun pada masa itu pelbagai dugaan yang datang. Seterusnya, al-Kitab amat menitikberatkan sifat adil yang perlu diamalkan dalam semua keadaan, tempat dan setiap masa. Dalam pada itu, ia amat menentang keras sikap bertaqlid buta kerana manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT yang digunakan untuk berfikir sekaligus al-Furqan menitikberatkan kepentingan ilmu kepada manusia kerana kejahilan akan mendekatkan seseorang kepada kekufuran. Justeru, melalui huraian elemen-elemen pemikiran kritis di atas, terbuktilah bahawa al-Quran itu adalah pencetus kepada manusia berfikiran kritis. Dalam pada itu, al-Quran bukan setakat membawakan lima contoh firman Allah SWT sahaja seperti yang telah dikemukakan di atas yang menggesa umatNya berfikiran kritis, malah terdapat banyak lagi ayat-ayat yang menyarankan agar kita berbuat demikian. Kuncinya di sini ialah sikap kita. Sesiapa yang rajin mencari dan mengkaji sesuatu maklumat, pasti dia akan beroleh pengetahuan dan pengalaman baru. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang malas menyelidiki dan meneliti kejadian-kejadian alam yang menjadi salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Bukankah ilmu itu wajib dituntut oleh setiap insan yang bergelar Muslim?




DOA.

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezqiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas Ya Allah ,
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan yang benar Kepada
Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Amiin

Tuesday, April 14, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh…

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana Allah masih lagi beri peluang pada ana utuk bernafas dibumi ini.ana bersyukur sangat diberi lagi peluang untuk beribadat,bertaubat,bertemu dgn ukhti2 yg disayangi dan keluarga yg tercinta.paling tak lupe,alhamdulillah sangat kerana masih diberi nikmat iman dan islam itu sandiri dan masih berada diatas jalan dakwah yang benar ini.post ana kali sebenarnye ape ek???? Herm…k,tak lama lagi ana dan sahabat2 yang di al-azhar akan mduduki imtihan bagi fasa2. ana ingin mengucapkan rubbana yusahhil wa bittaufiq wannajah fil imtihan. Jgn lupe berdoa,usaha,ikhtiar dan tawakkal. Semoga sama2 kita mujahadah untuk fasa kedua ini. Buat mak ayah im dan ija,jgn lupe doakan kak nona dkt sini agar kuat dan dipermudahkan dalam segala urusan.akak sayang antum semua…




Sunday, April 5, 2009


Buatmu Ibu - Aeman
UNTUKMU IBU..Ibu.. bergenang airmataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian..
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa..
Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi,
Akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..
Ibu.. kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurgaku..
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan...
Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan..
Ibu.. kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letaknya syurgaku..
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan..Kasihanilah,
Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..


ayah,ana n mak tersayang



ana dan adik2 tercinta




Assalamualaikum...


rindunye pada keluarga tercinta dan tersayang.hari nie hari yang amat ana tak sangka2.ahli bait yang masing2 sibuk dgn urusan masing2 masih sempat untuk meraikan majlis ari lahirku yg ke-21.semoga pertambahan umur ini ana lebih matang n lebih bijak dlm segala urusan dan umur bertambah ini lah sebenarnye kiter hampir kepada kematian jadi perlulah mengingati hari kematian...tanggungjawab yg dipikul jgk akan bertambah lagi.ya Allah Engkau kuatkalah hambaMu ini dalam mengharungi jalanMu ini dan dipermudahkan atas jalan dakwah ini.amieen ya Rabbalalamin...

alhamdulillah Allah telah permudahkan jalan ukhtiku dalam urusannya.selamat pengantin baru buat khairah dan pasangannya qamarul naim yg berlangsung pada 3 april 2009 lepas.semoga dikuatkan semangat dan berkekalan hingga akhir hayat.ameen ya rabbalalamin...

inilah wanita...


Pemakaian niqab@purdah.

Antara dalil2 tak mewajibkan pemakaian niqab:-

1- Firman Allah swt:
Dan janganlah kamu pamerkan kecuali apa yg zahir daripadanya…(annur:31)
Ibnu Abbas berkata disini yang dimaksudkan dgn apa yg zahir ialah muka san tapak tangan tetapi pendapat ini disangkal oleh sheikh Musthafa al-Adhawi dalam kitab jami’ akhamin nisa’.

2- Firman Allah swt:
Dan katakanlah kpd orang mu’min tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka…(annur:30)

Hadith:
“Wahai ali,jgnlah kamu ikutkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua kerana engkau berhak pd pndangan pertama tetapi tidak pada pandangan kedua.”

3- Hadith nabi:
Dari Aisyah r.a bahawa Asma’ bint abu baker telah menemui rasulullah saw dengan memakai pakaia yg nipis maka rasulullah saw berpaling daripadanya dan berkata:Wahai Asma’,jika seseorang wanita itu telah mendapat haid maka tak patut terlihat dirinya kecuali ini dan ini(rasulullah saw menunjuk tapak tangan & muka).

4- Hadith nabi:
“ Rasululluh saw berjalan bersama Al-Fadhl b Abbas,kemudian ia berhenti utk mberi peringatan kpd org ramai.ketika itu dtglah seorg wanita cantik dari suku khats’am meminta fatwa dari rasulullah saw.maka terlihat Al-Fadhl akan wanita itu dan terpesona.nabi saw melihat Al-Fadhl dgn pandangan yg tajam tetapi dia tetap memandang kea rah wanita tersebut.maka rasulullah saw pun berkendur ke belakang dan memegang dagu Al-Fadhl & memalingkan wajah Al-Fadhl…”
(Hadith ini menunjukkan bahawa dibolehkan memperlihatkan muka kpd orang ramai.)

Dalil yang mewajibkan pemakaian niqab:-

1- Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu & peliharalah kemaluanmu…”(annur:31)
Disuruh menjaga kemaluan juga termasuk menjaga segala yg mendorong kea rah rosaknye kehormatan.ini krn memperlihatkan muka mendorong nafsu syhwat lelaki akhirnya akan pergi kpd kjadian yg lebih jauh,nauzubillah.

2- Firman Allah swt:
“Dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka.”(al-ahzab:59)
Berdasarkan ayat,wanita itu wajib menutupi dada&leher mereka,maka menutup muka lebih wajib krn wajah adlh tmpt kecantikan & godaan.bagaimana mungkin agama memerintahkan menutup dada&leher tetapi membiarkan muka terbuka.

3- Firman Allah swt
“Apabila kamu meminta sesuatu keperluan daripada mereka,maka mintalah dari belakang tabir,cara itu lebih menyucikan bagi hatimu & hati mereka.”(al-ahzab:53)

4- Ummu Athiyah berkata: Pada dua hari raya,kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haid untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa mereka.seorang wanita bertanya:”Wahai rasulullah,seorang diantara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka),bolehkah dia keluar?” Maka rasulullah saw menjawab,”henaklah kawan2nya meminjamkan jilbab mereka.”

5- Aisyah berkata:”Jika rasulullah saw melihat wanita di zaman ini apa kita lihat nescaya beliau melarang wanita kee masjid.”
Perkataan Aisyah ini adlh setelah beliau wafat & ketika itu para wanita sudah tak terlalu menjaga adab2 mrk.antaranya tak memakai jilbab.ini menjelaskan bhw jika seorg muslimah itu tak memakai jilbab ia dilarang utk keluar rumah.

Antara ulama’ yg brpendapat bhw purdah itu wajib:-
Sheikh Muhammad al-shinqithi
Sheikh al-utsaimin
Sheikh abdul aziz b. baz
Sheikh Abdullah b. ibrahim al-jarullah
Sheikh musthafa al-adhawi dan lain2.

Kesimpulan.
= Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman rasulullah saw.ia dilakukan hamper seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan & dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama’.namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa & jadilah ia hanya suatu tuntutan & bkn kewajiban walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat utk mewajibkannya.zaman ini juga tlh masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadith rasulullah saw:-
“Islam itu bermula dgn ganjil(dr pandangan org ramai)dan ia akan kembali dipadang ganjil(akhir zaman),maka beruntunglah org2 yg ganjil(pd waktu itu).”


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.