Saturday, July 5, 2014

Ahlan Ya Ramadhan...



Dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu, ia berkata bahawasanya Rasulullahi Sollallahu ‘Aalyhi Wa Sallam bersabda :
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“ Apabila datang Bulan Ramadhan, maka pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup, dan syaitan-syaitan pun diikat “
[ Muttafaq alaih; Shahih Imam Al-Bukhari no.1898),
Sahih Imam Muslim no.1080) ]

Ahlan wasahlan Ya Marhaban...
Kedatanganmu membuatkan hati aku meronta-ronta memohon keampunan dan doa yang sesungguhnya kepadaSang Maha Pencipta. Moga hari-harim yang aku lalui bersamamu Ramadhan membuatkan aku terkesan dan aku mensyukuri atas nikmat hidup dan masa yang telah Engkau berikan padaku.
Aku kini dibumi Malaysia tanah air tempat aku dilahirkan. Jauh disudut hati ini terlalu merindui tanah padang pasir para anbiya' bumi Mesir. Aku terimbau gelagat orang arab yang setiap kali aku melihat membuatkan aku terpegun dan bersyukur dan merasakan terlalu indahnya Islam jika hendak dibandingkan dengan agama lain. infaq mereka tidak mengenal erti berkira, amalan mereka seperti tadarus dan murajaah alquran tidak menjadi bebanan dan suatu kepenatan namun itulah manusia yang terbaik. Allah jadikan manusia itu berakal dan mampu membezakan diantara baik dan buruk. Hati Allah ciptakan supaya merasakan takutnya diri kita kepada Sang Maha Pencipta. ketulusan dan keikhlasan hanya lahir dari hati yang suci dan murni agar dapat menjalankan ibadah sebaiknya.

Moga Ramadhan ini memberi makna terindah untukku disini....

Friday, March 21, 2014

Titipan dari Sang Maha ESA...

Kau seperti sahabat akrabku,
Dengan wudhu’ kau menyentuh Aku,
Kau junjung Aku, Kau pelajari Aku,
Seusai bertemuKu, kau mencium Aku.

Kau kini telah dewasa,
Kau kini leka dengan duniamu,
Leka dengan hiburan tidak berfaedah,
Aku kini Cuma bahan usang di campak ketepi,
Aku disimpan rapi,
Aku kini hanya layak di stor simpanan barangmu.

Dulu komputermu berkumandang alunan kalam-kalamKu,
Di perjalananmu ke kuliah sering kau dengar kalamKu,
Namun kini, muzik dunia menjadi bisikan telingamu,
Aku dibiarkan dan terus dilupakan.

Jika dulu kau melagukan Aku di hari-hari Ramadhan,
Setiap lembaran kau tadabbur,
Kini, kau terangkak membacaKu kembali,
Di waktu kematian dan tadarus.

Kalam dari Sang Pencipta seluruh alam,
Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah dan Penyayang,
Melalui Rasulullah s.a.w disampaikan dari Jibril,
Keluarkan Aku dari laci mejamu,
Letakkan Aku kembali di atas mejamu,
Moga kau sentiasa dekat dengan Sang Pencipta.

Orang sekelilingmu memerlukanmu,
Sampaikanlah kalam-kalamKu pada mereka,
Jangan biarkan Islam terus tercalar keranamu,
Akulah kalam Al-Quran teragung dari Allah s.w.t.

Kehidupan ini tidak akan berakhir dengan peninggalan noktah kosong dari jiwa-jiwa yang yang sengaja mengosongkan. Kehidupan ini dicorak dari tangan-tangan manusia yang sedar dengan erti kehidupan dan berpegang teguh pada dua sumber asas pemberian Sang Pencipta kepada kita, al-quran dan as-sunnah. Kisah para anbiya’ telah membenarkan janji mereka di hadapan Sang Pencipta. Bagaimana dengan janji kita kepadaNya?
Zaman kian ditelan dengan peredaran yang pelbagai dan mengasyikkan jiwa-jiwa yang sukakan materialistic. Gadget berubah, bertukar seperti tiada kepuasan dengan nikmat pemberianNya. Remaja kini buta, alpa dengan dunia yang fana. Budaya sering bertukar mengikut zaman. Tidak lagi seperti sang mujahid dahulu yang sentiasa menggegarkan dunia. Di balik besi asy-syahid Syed Qutb mampu menukil tafsir zhilal quran dengan mata penanya yang tajam demi Islam tercinta. Dipenjara tidak mematahkan sedikit kudrat pun demi ummah kehadapan. Dengan zikiran puisi, jasad, gadaian hayat demi ummat Islam. Di usia yang muda, beliau Muhammad al-fateh mampu menjadi pemimpin hebat malah dapat membuka Negara besar Konstantenopel dengan sejumlah askar yang menjaga solat tahajjudnya.
Al-quran dan as-sunnah sedikit tidak dapat dipisahkan jauh dalam ke sudut hati manusia. Tanpa dua peninggalan dan rujukan ini manusia tidak mampu berjalan di ruangan gelak gelita tanpa cahaya iman dan amal. Ibarat sifat keikhlasan di dalam hati seperti seekor semut hitam duduk di atas batu yang hitam dan dalam keadaan gelap gelita tidak ada sedikit cahaya.
***
Zaidi menyapa sambil mata mengerling ke arah komputar riba Izzat, “ Izzat, buat apa tu?”
Izzat terkejut, “ Oh, aku tengah tengok facebook. Ada artis korea nak datang Malaysia. Aku nak pergilah Zaidi.”
Zaidi bertanya dengan muka yang agak keliru, “ Siapa artis itu Izzat? “
Izzat dengan selamba menjawab, “ Kau tak tahu Zaidi? Artis yang terfamous dekat korea sekarang, Oppa Gangnam lah, siapa lagi.”
Zaidi terdiam dan terus melangkah ke biliknya tanpa berkata apa-apa. Zaidi merenung berfikir sambil tangan di dagu, duduk di kerusi belajar. Monolog anak muda itu, “ Remaja kini semakin parah. Apakah yang harus aku lakukan Ya Allah. Berikanlah hambaMu ini petunjukMu.”
***
Di atas meja belajar, tangan zaidi menyelak helaian tafsir zhilal quran nukilan Syed Qutb. Sesiapa sahaja yang menghayati setiap patah yang dinukilkan pasti tersentak, berlenangan airmata malah hati kecil anak muda ini lebih tertampar dengan ayat Allah yang di gambarkan sang pena iaitu:
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
“Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.”
“Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.”
Bagaimana gambaran bumi bergegar dengan gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya. Seperti bumi mahu meringankan perut yang penuh. Suasana gegaran seperti goncangan gempa bumi namun hanya Sang Pencipta lebih mengetahui. Inilah gambaran Allah kepada ummat tentang qiamat.
***
Zaidi memandang ke arah Izzat sambil menepuk bahu, “ Jom Izzat kita pergi masjid solat jemaah? “
Izzat bangun tidak berkata apa-apa lalu terus melangkah bersama Zaidi. Seusai solat, Zaidi mengajak Izzat bersama mentadabbur kalam-kalam indah Sang Pencipta.  Allah memberi peringatan kepada hambaNya yang bermaksud, “ Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sedagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.” Dipetik dari kalam Allah terjemahan surah al-hadid ayat 20.
Zaidi memegang bahu Izzat, “ Izzat, faham apa yang hendak Allah sampaikan kepada kita dalam ayat ini? “
Izzat memegang mushaf kalam Allah dengan kusyuk mentadabbur ayat itu namun tidak tahu apakah yang ingin di sampaikan oleh Sang Pencipta.
Zaidi tersenyum lalu menjawab dengan nada yang lembut dengan persekitaran  masjid yang sayup-sayup kedengaran alunan bacaan ayat suci kalam Allah dari seseornag yang tidak dikenali, “ Izzat, sedar atau tidak hakikat penciptaan kita sebagai hambaNya di bumi fana ini hanya sementara. Manusia diciptakan sebagai khalifah. Bumi dipijak ini adalah stesen perhentian sementara sebelum bertemu Sang Maha Pencipta. Dia memberi perlbagai nikmat namun sedikit dari kita mensyukurinya. Nikmat tidak terkira adalah nikmat iman dan Islam yang hingga sekarang kita masih bernafas dengan status individu Islam.”
Izzat mohon bertanya dengan lirikan muka seperti anak kecil yang kelaparan yang ingin di suapkan makanan, “ Zaidi, tahu tidak kepentingan kita hidup di bumi ini? Dan apa tugas kita di bumi ini? “
Zaidi melerekkan senyuman sambil mendekatkan diantara lutut ke lutut, “ Kita hanya hambaNya yang diciptakan dari setitis air yang hina dan tugas kita di dunia fana ini adalah sebagai seorang khalifah Allah. Firman Sang Pencipta di dalam al-quran yang bermaksud, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami Senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Surah al-baqarah ayat 30. Barangkali apa yang menyempitkan dalam pengetahuan setiap malaikat, jin, manusia justeru sangatlah luas dalam pengetahuan Dzat Yang Maha Tahu.
Manusia adalah makhluk yang paling sempurna, kerana itu manusia diberi kelebihan untuk dapat berfikir dam memiliki akal. Dan kerana itu juga Allah mempercayakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sebagai seorang hamba dan khalifah, manusia bertanggungjawab menghiasi alam semesta untuk kesejahteraan ummat manusia khusunya dek kerana lama ini diciptakan Tuhan untuk hambaNya. Sebagai wakil Sang Pencipta, manusia di beri mandate untuk menyebarkan segala rahmatNya, menegakkan kebenaran di samping membasmi segala kemungkaran juga menegakkan keadilan. Sebagai manusia yang beragama Islam wajib ke atasnya menyebarkan Islam ke seluruh alam bagi menyambung tugas dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia disisi Allah. Setiap dari kita akan di soal kelak oleh Allah, adakah kita sudah sampaikan tentang Islam kepada manusia? Sudahkah kita memanfaatkan semua yang telah Allah berikan dengan baik? Akal fikiran, alam semesta dengan segala kemewahan dan bagaimana hubungan kita dengan saudara muslim?” Zaidi akhiri kalam dengan persoalan untuk sang akhi berfikir sejenak.
***
Pagi yang indah dengan kicauan burung bersiulan sungguh menakjubkan bagi sesiapa yang melihat keindahan Sang Pencipta ini, subhanallah Mahasuci Allah. Aku masih mampu bernafas dan masih hidup dalam Islam dan iman. Monolog Izzat sendirian di sisip tingkap hostel. Cakera padat oppa gangnam semuanya di buang serta lagu-lagu yang melalaikan di delete dari computer riba. Al-quran kini menjadi tempat paling indah di sudut meja Izzat. Dengan tulisan kreatif Izzat, tertampal di dinding hadapan meja belajar dengan ungkapan asy-syahid Syed Qutb berbunyi, “Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan manulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya redha menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim…”
Zaidi bersyukur atas perubahan saudaranya. Melihat perubahan Izzat di balik pintu bilik sedikit terbuka, melegakan hati Zaidi di kala dahulu seperti di robek namun kini hatinya tenang setenang air di lautan tanpa ombak menghempas.
Zaidi menguak pintu lalu menyentuh bahu Izzat, “Enta buat apa Izzat?”
Izzat terkejut lalu memaling kea rah saudaranya, “Enta Zaidi, ana tengah kemas meja belajar ana ini. Zaidi, ana nak ucapkan terima kasih atas segalanya. Takda enta, ana tak tahulah apa akan jadi pada diri ana kelak.”
Zaidi melerek senyuman lalu memeluk, “Semuanya dariNya Izzat, petunjuk dari kalamNya dan sunnah Nabi s.a.w. Ana sayang enta kerana Allah.”
***

Perubahan berlaku dari keinsafan dan tarbiyyah diri dan kemudian dipraktikkan. Manusia mampu mencipta sejarah untuk dirinya demi ummat generasi harapan. Menuding jari tanpa bukti bukanlah sifat muslim berwibawa dan sejati malah lambang kepada muslim yang tidak berilmu dan lemah. Jadilah generasi Syed Qutb yang dengan mata pena mampu menggegarkan jiwa musuh dan dunia. Dengan mata pena, tersergam indah fikrah Islam tersebar luas di serata dunia. Mereka, Salahuddin al-ayubi, Umar al-khattab, Salman al-farisi, Sultan Muhammad al-fateh telah membenarkan janji mereka beserta bukti mereka untuk dipersembahkan kepada Sang Pencipta, bagaimana janji dan bukti kita? Tepuk dada, tanya iman kita. Manusia yang sering muhasabah diri adalah manusia yang miliki jiwa besar.

Wednesday, March 19, 2014

TarbiYYah bukan utk oRg MANJA...




-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. 

-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-Yang cepat mengalah,

-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang aircond dan laju.

-Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.

Mari menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya kita terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Monday, August 26, 2013

Lembutkan hati dia Ya ALLAH...


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku...

Saturday, May 11, 2013

Penantian


Hati gundah gelana bercampur baur perasaan yang tidak keruan. Imtihan semakin hampir membuat hati bersemangat ingin berjaya dalam pelajaran. Mumtaz untuk ummah. Inilah moto kami yang sering dilaungkan hari demi hari, tahun demi tahun. 

Saban hari, angka yang berdigit semakin bertambah dan terus bertambah tanpa sedikit kita sedari. Kini umur meningkat ke 25 tahun. Subhanallah sudah suku abad diri ini berada di bumi Allah ini. Terima kasih mak yang berpenat lelah melahirkan anak ini suatu ketika dahulu. Kini anakmu telah dewasa. Anakmu telah mengharungi liku-liku kehidupan yang kadanga-kadanga memahitkan malah kadang-kadang mengembirakan.  Jangan kita menyalahi takdir Allah tetapi arahkan jari telunjukmu ke arah diri. 
Apa aku telah lakukan selama ini???

Persoalan yang ditinggalkan menjadi tanda tanya. Tarbiyyah ini mengajar diri setiap individu tahammul diantara manusia, berukhuwwah kerana Allah, ikhlaskan diri dalam setiap perkara, tidak mengejar pangkat dunia. Dengan hasil tarbiyyah seseorang individu mampu menjadi yang terbaik dan berwibawa. 


"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"

(Ar-Rum  : 30)

Indah sungguh Islam itu. Seperti yang kita ketahui, rukun Islam itu ada lima, iaitu :-
(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu sehari semalam
(3) Berpuasa di bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah 
(5) Menunaikan zakat

Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk Sang Pencipta yang masih memberi diri ini nikmat yang sangat berharga lagi ternilai iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Kini hampir 5 tahun aku di medan dakwah. Pelbagai yang dipelajari lahiriah juga zahiriah. Ya, pemilihan itu dari Allah s.w.t. Dia beri yang terbaik untuk setiap makhluk di muka bumi ini. Namun berbalik kepada diri kita untuk kemana. Hari-hari yang ditempuhi adalah tarbiyyah dan berupa anugerah dariNya. Seawal penyerahkan diri ke medan ini, segala jahiliyyah di tolak jauh dari sudut hati ini. Tekad dan azam yang tinggi alhamdulillah seseorang itu mampu. 

Ingin kita menjadi seperti robot? Sebuah ciptaan yang canggih namun keras tidak punyai perasaan malah ciptaannya tidak ada tujuan hidup. Hidup bukan untuk bersuka ria, berhibur semata-mata, dan menghayati kemewahan dunia. Namun kehidupan hambaNya di dunia ini adalah sebagai seorang 'abid ( hamba ) dan khalifah padaNya.

Biar di dunia kita terpaksa berkorban demi ukhti, demi ibu bapa, demi dakwah, demi segala-gala di dunia ini. Namun percayalah dan yakinilah, dunia ini bukanlah segalanya bagi kita, syurga na abadi tempat kekal abadi buat hamba yang beramal soleh dan beramar bil ma3ruf wa nahi 3nil mungkar. 

"Kadang-kadang kita hanya perlu berdiri teguh, bukan kerana membiarkan kejahatan. Tapi meneguhkan diri dalam kekuatan."


Jauhkan dari futur dunia ini. Seorang daei harus terus qawiey kuat menempuh segala rintangan. Bukalah peninggalan dari kekasih kita Muhammad.s.a.w yakni al-quran dan al-sunnah. Jangan biarkan kalam-kalam Allah itu ditinggal berhabuk tidak disentuh tangan ciptaanNya.

" Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, katakanlah, sesungguhnya Aku dekat..."
( al-baqarah : 186 )

Yakinilah akan ketentuan Allah itu. Dia sebaik-baik perancang baut setiap makhlukNya. Usahlah ditangisi kerana menanti yang kian menyakitkan diri. Bersabarlah dengan ketentuanNya. Biarpun ia pahit, namun percaya dan yakinlah, kemanisan itu akan didapati hanya di syurga Firdaus kelak, amin Ya Rabb.

Bersabarlah...

Monday, May 6, 2013

Mengenang jasa ayah

Jasa ayah yang sukar dibalas

Menonton iklan pendek keluaran Petronas terutama apabila tibanya musim perayaan kadang-kala terasa agak menyentuh jiwa. Mesej yang disampaikan meskipun ringkas tetapi sarat dengan peringatan mahupun teguran agar mereka yang berstatus ‘anak’ sentiasa mengenang jasa ibu dan ayah mereka. Iklan yang agak terkenal seperti ‘burung apa? burung murai’ telah menonjolkan mesej yang agak kuat betapa jasa seorang ayah seringkali dilupakan. Adakah mesej lain yang tersirat ialah anak-anak hari ini sudah tidak pandai lagi mengenang jasa ibu dan ayahnya?.

Sekalipun perintah berbuat baik atau cinta kepada ayah hanya disebutkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi al-salam selepas tiga kali kata ‘ummuka’(ibumu), sebutan tunggal itu sudah cukup untuk membuktikan tentang peranan seorang ayah yang layak untuk dikenang jasanya. Sebelum dikenang jasa ayah, apakah sebenarnya peranan sebagai seorang ayah?.

Al-Quran menggambarkan perihal peranan ayah yang perlu dimainkan dengan baik seperti watak Luqman Al-Hakim. Dalam surah Luqman ayat 13 ada menyebutkan yang bermaksud:

       Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

Ia membawa erti bahawa sang ayah harus bertanggungjawab terhadap setiap kelahiran anaknya ke dunia. Yang paling utama dan teratas ialah peranan si ayah sebagai pembentuk dan pendidik aqidah anak.

Perihal aqidah sangat diambilberat sehinggakan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Nabi Ya’qub ‘alayhissalam tetap bertanya siapa yang akan disembah oleh anak-anaknya sepeninggalannya nanti. Demikianlah keprihatinan seorang ayah terhadap urusan agama anaknya. Dalam surah Al-Baqarah ayat 133 ada menceritakan perihal ini, maksudnya:

Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya".

Hari ini, si anak sangat terkenangkan ayahnya yang telah pergi. Ayah yang telah memberikan nama yang baik, ibu yang solehah dan mengajarkan Al-Quran kepada si anak yang sudah menempuh hidup selama suku abad.

Benar, usia yang sangat muda di kala sangat menginginkan panduan dan bimbingan daripada ayah kandung. Entah bagaimana pula dengan mereka yang telah kehilangan ayah sejak dari kecil lagi.

Demikianlah hakikat betapa besarnya peranan seorang ayah. Ayah atau apa sahaja panggilan sekalipun bukan dalam lingkungan hubungan anak-ayah, tetap dianggap bapa atau ‘kepala’ bagi sesuatu perkara khususnya negara. Jika tidak, orang tidak akan memanggil pemimpin negara sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’,’ Bapa Pemodenan’ atau yang seumpama dengannya. Maka, ‘bapa’ kepada rakyat haruslah berperanan dengan wajar terutamanya dalam penerapan nilai-nilai dan budaya yang baik. Jika ia berlaku sebaliknya, padanlah dengan bidalan Melayu, ‘bapa borek, anak rintik’ yang beerti anaknya hanya akan mengikut segala tingkah laku ayahnya malah mungkin lebih lagi. Seorang anak tidak akan gagal dalam meniru tingkah laku ibu bapanya. Sebab itulah istilah yang menyebut, anak-anak adalah cermin ibu bapa adakalanya benar belaka. Siapa lagi yang anak-anak akan ikut selain daripada orang yang lebih lama berada di sisinya?.

Tugas seorang ayah bukan hanya ‘mendendangkan’ lagu barang sebuah dua untuk anak kesayangan. Bukan tidak boleh tetapi kita bimbang jika sekadar itu sahaja, ia hanya berkemampuan melahirkan ‘Sazali’ yang tenggelam dalam lautan kasih sayang dan membutakan mata hatinya tentang erti kebaikan, nilai agama dan akhlak yang mengakhirkan hidupnya sebagai seorang penjenayah.

Justeru, bakal ibu-bapa harus mengambil teladan daripada sepotong doa yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim ‘alayhissalam yang terakam dalam surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

       Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Agar generasi pewaris yang bakal lahir akan terpelihara agamanya.

Sunday, March 10, 2013

Ukhuwwah bagai Tasbih....


Menurut tokoh pejuang Ikhwan yang tidak asing lagi asy-syahid imam Hasan al-Banna mendefinasikan erti UKHUWWAH sebagai keterikatan hati dan jiwa di anatara satu sama lain dengan ikatan aqidah yakni ISLAM. Ukhuwwah bukan sesuatu yang diadakan atau diwarisi. Namun UKHUWWAH merupakan roh yang dihidupkan oleh Allah s.w.t ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya dekat dan bersatu. Ibnu Abbas berkata bahawa kerabat rahim dapat diputus dan budi dapat dingkari tetapi jika Allah mempersatukan hati maka tidak dapat digoncangkan oleh apapun, kemudian ia membacakan maksud kalam Allah s.w.t dalam surah al-Anfal : 63 : “…walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Mahabijaksana”

Kata asy-syahid lagi, terdapat 3 rukun ukhuwah :
1) ta’aruf = berkenal-kenalan bak kata orang kita, tak kenal maka tak cinta.

2) tafahum = saling memahami. Erti kata lain, seorang mu'min mestilah memahami saudaranya yang lain. Abu hurairah r.a dari nabi s.a.w pernah bersabda : ‘Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang Muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya’.

3) ta’awun = saling bantu membantu. Namun, bantu membantu ini hanya terhad dalam hal kebaikan dan dalam usaha meninggalkan kemungkaran.

Jelas disini, ukhuwah merupakan ikatan hati sesama orang mukmin yang diikat atas dasar akidah tauhid yang satu. Maka, ukhuwah Islamiyyah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Sebaliknya, ukhuwah yang dibina tanpa dasar keimanan hanya merupakan pertemuan dua pihak kerana kepentingan tertentu, saling bertukar budi serta hubungan yang dijalin tidak berkekalan.

Akhir kata, Nabi s.a.w pernah bersabda bermaksud : 
“Muslim itu ibarat sebuah jasad, jika satu anggota meras sakit maka sepanjang malam anggota yang lain akan turut berjaga malam menanngung kesakitan yang sama”.

Uhibbukhunna fillah abdan abada'. Allah tidak memandang kita dari puak dan bangsa mana tetapi Allah melihat setiap amal kita di dunia dan niat nun jauh di sudut hati setiap manusia ^______^



Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.