Berlalulah sudah ramadhan kini tibala syawal menjelma...apa kata kita tanya pada diri kita,adakah kita sedih atau gembira?? ramadhan yang mengajar kita erti kesabaran disamping menahan diri dari lapar&dahaga. sedar tidak sedar,esok merupkan hari terakhir insyaAllah ramadhan akan melabuhkan tirainya...semoga dgn pemergian ramdhan ini kita dapat segala bonus yg Allah beri pd kita,amien ya Rabb... dikesempatan ini,ana ingin mengucap selamat menyambut aidilfitri kpd akhawat yg tercinta serta rakan seperjuangan diats jln da'wah ini yg tidak pernah mnyerah kalah dlm mnyampaikannya. Allahuakhbar3x. ana juga ingin memohon ribuan kemaafan andai pernah melakukan kslhn & tersasul. ana jg manusia biasa yg tak lekang dr melakukan ksilapan. serangkap pantun buat semua yg disayangi. uhibbukhifillah...
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir wa batin:-)


No comments:
Post a Comment