Sunday, November 1, 2009

Gembira,sedih,kembali mengingatiNya...

Assalamualaikum…
Lama rasanya ana tidak menulis blog. Bagi pembaca yang setia dengan perkembangan blog ana,ana ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja. Buat perkembangan yang terkini ana sekarang telah kembali ke bumi anbiya’ yang ana rindui ini 20hrbln lepas. Ape perasaan balik Malaysia??? Inilah soalan akan ditanya sesame akhawat atau kawan sekuliah… jadi jawapan ana mestilah seronok. Alhamdulillah tak terhingga kerana dapat bertemu lagi dgn keluarga yang disayangi lagi dirindui… perkembangan mereka??? Mak ayah alhamdulillah sihat. Adik2 pun sihat. Yang second sekarang melanjutkan pelajarannya di GiatMara pinang. Yang bongsu bakal menduduki SPM pada bulan ini… buat ija,kak nona ucapkan good luck and hope dipermudahkan dalam menjawab soalan SPM nnti… banyakkan berdoa tau… jangan selalu main game jinonline jer… kehkehekeh….
Puasa di Malaysia??? Alhamdulillah kullu khaer… cume tak berpeluang taraweh di masjid kerana ada masalah2 tertentu tapi ana masih bersyukur kerana masih berpeluang solat taraweh bersama keluarga… berbuka puasa pulak tahun ini agak sederhana. Kami tak byk beli pun tapi masak sendiri. Sape yang masak?? Hehehe… kadang2 mak dan kadang2 ana.. nak jadi anak yang baik perlulah meringankan segala bebanan ibu bapanya. Disebabkan mak ana bekerja jadi ana jadilah suri rumah sementara. Hehehe…
Raya bersama keluarga kenangan yang terindah sekali bg ana.. terutama opah ana la sape lgi… paling malu dan agak best ialah,ana dapat banyakn duit raya…hehehe… jgn jeles yek…hehehe…. Seperti biasa taun nie ana dan keluarga beraya di felda ijok,selama perak. Raya pertama?? Pagi2 mestilah pergi sembahyang raya dengan berpakaian baru.. tahun nie ana dan adik2 kembar. Kami bertiga berbaju warna coklat… hehehe… raya kedua kami sekeluarga bersama sanak saudara belah mak ziarah ke rumah sanak saudara yang jauh.. seperti di kedah dan pinang. Yang dekat kL kami tak sempat nak pegi… mohon maaf zahir dan batin...:-)
Sebelum balik mesir…..salah seorang saudara ana belah mak ana jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam icu. kami sempat pergi ziarah dia. Masa tu keadaan dia dah tak boleh sedar lagi.. kiranya separuh koma… lepas seminggu kami mendapat panggilan dari ana dia bahawa dia telah kenmbali ke rahmatullah.. innalillahiwainnailaihirajiunnn… setiap yang hidup didunia ini pasti akan mati.. kita ini kan hak Allah.. dari mana kita datang maka kesitu la kita akan pergi kembali…
Apa yang ana nak cerita ini sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri ana dan sesiapa yang membaca post ini… peristiwa ini berlaku sebelum ana nak balik ke mesir..
Ana dapat berita ada seseorang ini telah meninggal dan kami pergi ziarah jenazah… ape yang ana nak cakap.. jenazah itu terseksa semasa nazak… peristiwa ini telah dilihat oleh seseorang yang rapat dengan kami juga… doktor kata sepatutnya dia dah meninggal semalam tapi arini dia takleh lepas lagi… nauzubillah… nak tahu apa yang berlaku selepas itu??? Anak2 jenazah pergi berjumpa dgn adik arwah. Arwah ni dulu pernah tak izinkn adik2 dtg berjumpa mak sendiri dan arwah jugak cakap jika die jejakkan kaki jgk dkt kwsn umah mak,arwah akan tetak dengan parang… lepas anak2 arwah pergi berjumpe adik arwah tue sendiri dan mohon maaf atas sgla kslhn ayah mrk,barulah arwah dpt mnghembuskan nafas. Sewaktu nak mandikan alhamdulillah ok. Tapi sewaktu nak kafankan,arwah kekurangan kain… kain kafan itu telah pun diukur sebelum ini. Dan paling terkejut,lidah arwah terjeler keluar… nauzubillah… peristiwa yang setererusnya yg berlaku didepan mata ana,keranda jenazah tidak muat dan terpaksa buat lain…apa antum semua dapat tafsirkan??? Ana sambung lagi,semasa keranda yang telah diisi jenazah nak dibawa ke kubur,van yang dibawa tiba2 berat dan sangat susah nak gerak tapi akhirnya barulah lepas untuk bergerak… ape pengajran yang antum semua dapat dari kisah benar ini???? Bagi ana,kita hidup didunia ini hanya sementara dan kita jgk takda hak untuk menghukum mana2 pihak samada dier salah atau betul…. Dan kita jgk takda hak nak kata golongan mana2 tue membawa ajaran yang salah. Dalam menjalankan dakwah jgk ade marhalah2 yang perlu kita ikut dengan satu persatu. Awalnya kita kena faham betul2 apa itu dakwah. Kerana ia membawa kpd natijah dabn akibat yg buruk dan akan mbawa dakwah itu terpesong jauh dari garisannya.

Firman Allah swt:-
“Dan bahawa (yg kami perintahkan) ini adlh jln-Ku yg lurus,maka itulah dia dahjanganlah kamu mngikuti jalan2 (yg lain),kerana segala jln2 itu mencerai-beraikan kamu dari jlnNya. Yg demikian itu diperintahkan Allah kpdmu agar kamu bertaqwa”.
(Al-An’aam:153)


Dalam islam pun ada mengajar kita cara menegur dengan cara2 yang baik dan berhikmah. Bukannya seperti meluahkan dibelakang atau di atas kertas semata2. sebelum berbicara jgk fikir dulu,betul tidak apa yang kita perkatakan. Ana kta nie untuk diri ana dan semua. Tak tuju pada mana2 pihak.

Firman Allah swt:-
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengn yang baik”.
(Al-Nahl:125)

Rasanya cukuplah setakat ini ana menghuraikan pergolakan yang telah berlaku sebelum ini. Maaflah sekiranya terkeluar sikit dari tajuk atas. Namun apa yang nak diingatkan, ikhlaskan niat kita balik apa motif kita sbg seorg daei dan ape yg kita harus buat dlm jln dakwah,utk gaduh dan saling menuding jari atau mnhyampaikan risalah sebenar. Nabi sendiri tak ajar kita mnuding jari atau bgduh. Jika ada salah tegurlah secara berhikmah. Akhir kata dari ana,ana ingin berkongsi tentang jihad dan mnjual diri kepada Allah swt. Semoga ini menjadi ikhtibar dan pembakar semangat pada setiap ad-dai’ilallah. Sebahagian pemuda btanya:”Selagi jihad itu perlu dan kita telah berjanji menjual diri dan harta kpd Allah,mengapa kita tidak berjihad dan mnyerahkan harta kpd Allah?”.
Dijawab:”Sesungguhnya org yg telah mnjual diri dan hartanya kpd Allah,tidak berhak mngorbankan diri dan hartanya itu sebarang waktu dan amal yang dikehendakinye tetapi mestilah pada waktu dan di dlm amal dan usaha yg telah ditentukan oleh syariat islam. Sesungguhnya Allahlah yang mngira,yg mngarahkan bila,di dalam kerja apa dan bagaimana kita mnyerahkan jiwa dan harta kita. Sama ada di tengah2 gangguan,penindasan,pnyiksaan,ksabaran dan ketahanan ataupun di tengah2 peperangan,jihad dan penentangan kpd musuh2. janganlah kita mudah didorong oleh sentiment,perasaan melulu atau terburu-buru mpercepatkan natijah serta buahnya lalu di mana kita mngorbankan jiwa dan harta kita tanpa mbawa faedah yg nyata utk dakwah. Tindakan2 begini mbawa keuntungan dan mnambah kkuatan para pendokong kbatilan. Satu dari pengertian indah di dalam mslh ini ialah sepotong kata2 hikmah,”Orang yg telah menjual dirinya kpd Allah swt tidak berhak ke atas org yang mnyeksanya. Sesungguhnya Allahlah yang mpunyai hak ke atasnya sama ada Dia hendak mengampuninya ataupun menyiksanya”.

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.