Monday, August 23, 2010

cintai lah tuhan terlebih dahulu....


Kejarlah Tuhan jangan kejar SyurgaNya
Pemilik Syurga lebih utama daripada SyurgaNya
Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya
Rapat dengan Tuhan akan dapat segala-galanya

Carilah Tuhan kerana kita memerlukanNya
Lari dariNya Dia tak rugi apa-apa
Namun mengejar Syurga atau fadilatnya
Ertinya hendak membesarkan nikmatNya jua

Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?
Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah itu lebih utama?
Jika mengejar fadilat , rasa bertuhannya kita kurang serlahnya
Jika rasa bertuhan sudah kurang, rasa kehambaan pun begitu jua.

Sedangkan fungsi seorang hamba
Hendak melahirkan rasa kehambaan kepadaNya
Kalau rasa kehambaan sudah tidak ada
Mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan oleh jiwa!

Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau Fadilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya juga
Yang akan menyuburkan mazmumahnya saja

Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?
Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan
Yang memang telah ditentukan olehNya

Carilah Tuhan...
Rapatlah kepadaNya
Maka Syurga dan Fadilatnya pun dapat sama
Kerana itulah Syurga dan Fadilat bukan pokoknya
Mencari Syurga atau Fadilat
Lihatlah pada amalan kita
Adakah menjamin akan dapat keduanya
Jika Syurga atau Fadilat belum dapat
Rahmat Tuhan sudah tentu tak dapat juga

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia pencipta kita
Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat pada
sasarannya.

perkongsian ilmu...insyaallah

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.