
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya… yassin juga telah dikahwini oleh pilihan ibunya sendiri iaitu seorang perempuan dari keluarga yang agak mewah,aisyah.

Yassin masih ingat dengan Kak Lia dan dia juga takkan lupakan apa yang telah dilakukan ibu terhadap kak lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu hanya mampu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan lagi nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkahwin dengan aisyah wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya
tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 4 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. mereka adalah suzana,amin,musa dan mira. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segal
a-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian… kejadian berlaku ketika marlia dan budi di kuala lumpur untuk bertemu dengan datuk halimah dan yassin. namun tidak kesampaian apabila marlia cuba mngejar yassin adik bongsu yang sangat dirinduinya itu,dari jauh beberapa buah kereta dan lori mnyusur dan merempuh dua tubuh ini. ketika ini hanya Allah yang tahu perasaan yang ada di dalam hati anak2 dikampung. Apa yang ditinggalkan marlia buat anak2 ketika itu adalah rendang daging yang mereka simpan hampir beberapa bulan lamanya. sebelum ibu bapa mereka menghembuskan nafas akhir,amin sempat menghubungi ayah mereka untuk meminta ampun atas segala kesalahan yang dilakukan. Dan ketika itu amin dengar bunyi kemalangan itu. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ibu bapa mereka.

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… D
atuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.


Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
Pengakhiran dari drama ini,datuk halimah pulang ke rumah yang didiami marlia dan keluarga dahalu dan menyiapkan rendang daging dari air tangannya sendiri buat cucu-cucu yang tersyang. yassin adik kesayangan kepada marlia membawa keempat-empat anak buahnya itu pulang ke rumah mereka. terkejut,tergamam anak-anak ini apabila melihat nenek mereka yang dulu keras hati,pendendam ini berubah dalam sekelip mata. kini mereka kembali bersama walaupun tiada ibu bapa disisi.
p/s: SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…
Firman Allah swt:-"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,dan karuniakanlah kepada kami rehat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
Pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ini,peringtana untuk diri ana dan semua yang membaca. hati semua ini Allah swt yang pegang dan Dialah yang membolak-balikkan hati seseorang manusia itu. boleh jadi yang sejahat-jahat manusia itu boleh menjadi yang sebaik-baik dikalangan manusia lain... dan jangan sangka seseorang itu dari segi luaran semata-mata.
Sabda Nabi saw: Dari Abi Hurairah Abdul Rahman b. sakhrin R.A berkata: Rasulullah saw bersabda: Ssungguhnya Allah swt bukanlah pandang pada jasad kamu dan bukanlah pandang pada rupa kamu akan tetapi pandang pada HATI kamu.
(riwayat muslim)
Rangkap lagu dari azfar: akan ku jumpa...(jom hayati)
Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu
No comments:
Post a Comment