Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432...


Assalamualaikum... salam maal hijrah buat semua yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. kullu 'am wa antum bilkheir. sempena maal hijrah ini,suka ana untuk berkongsi cerita atau kisah yang menberi impak besar buat seluruh ummat islam didunia ini. sebelum itu ingin ana bertanya, adakah kita sering ambil pengajaran dari kisah2 sejarah islam atau sejarah penghijrahan rasulullah saw sebelum ini???

Sekembalinya tentera muslimin dari kepungan terhadap yahudi bani Nadhir, pelbagai harta fai’ ( harta yang diperolehi dari musuh tanpa berlakunya peperangan ) telah dapat dikumpul oleh tentera muslimin. Apabila tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta-harta tersebut diantara golongan muhajirin. Dan golongan Ansar tidak mendapat bahagian dari harta-harta tersebut kecuali dua orang sahabat yang fakir sahaja iaitu Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah .

Tindakan Rasulullah s.a.w adalah disebabkan golongan muhajirin merupakan mereka yang lebih berhak mendapat harta tersebut apabila mereka terpaksa berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala harta milik mereka di Mekah semata-mata kerana akidah mereka.

Firman Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin :(Harta rampasan itu juga) untuk orang-orang fakir yang berhijrah yang terusir dari kampung halamannya dan meninggalkan harta bendanya demi mencari karunia dari Allah dan keredhaanNya dan (demi) menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

Pendirian yang diambil oleh golongan Ansar terhadap tindakan Rasulullah telah mendedahkan satu gambaran ukhuwwah yang sebenar, satu gambaran ukhuwwah yang amat ideal. Sekiranya peristiwa tersebut tidak dirakamkan di dalam Al-quran nescaya tidak ada seorangpun yang akan percaya dengannya berlakunya peristiwa tersebut.

Kita lihat kepada jawapan golongan Ansar apabila diberi pilihan oleh Rasulullah s.a.w, Sekiranya kamu mahu, kamu boleh membahagikan kepada muhajirin rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu berkongsi bersama mereka harta ghanimah ini. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh mengambil semula rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu tidak mendapat apa-apa dari harta ghanimah ini.” . Maka Ansar menjawab : ” Malah kami akan membahagikan harta-harta kami dan rumah-rumah kami dan kami akan memberikan harta ghanimah tersebut kepada mereka dan tidak berkongsi bersama mereka. “.

Tindakan golongan Ansar ini telah diberikan pujian oleh Allah s.w.t dalam FirmanNya yang bermaksud :Dan orang-orang ( Ansar ) yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman sebelum ( kedatangan ) mereka ( Muhajirin ), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka ( Muhajirin ), dan mereka mengutamakan ( Muhajirin ) keatas diri sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan sesiapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang yang beruntung. .

Pengajaran dari kisah tersebut :

Mengapa Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin dan Ansar?

Allah telah memuji mereka disebabkan mereka telah membenarkan Iman mereka. Iman bukan semata-kata ucapan aku beriman, tetapi ia perlu disertai dengan dalil atau pembuktian. Golongan Muhajirin membenarkan iman mereka sehingga mereka diusir dan diambil harta hanya disebabkan kalimah “lailahaillah, muhamadur rasulullah”. Golongan Ansar punya membuktikan keimanan mereka dengan bukti ukhuwwah sehingga mencapai darjat yang tertinggi didalam ukhuwwah iaitu ithar (mementingkan orang lain daripada diri sendiri).

Begitulah nilai-nilai ataupun hasil yang lahir daripada keimanan para sahabat. Sekarang dimanakah nilai umat Islam yang terdapat pada para golongan salafussoleh? Dimanakah umat Islam yang dikatakan seramai 1.6 billion ketikamana saudara-saudara mereka di Palestin diserang, dihina, disembelih dan dibunuh. Dimana? Bukankah sudah seramai 1.6 billion manusia beriman. Dimanakah buah keimanan? Dimanakah bukti keimanan?. Mengapa tiada nilai sepertimana Muhajirin dan Ansar?Kita sering mendengar dan membaca Firman Allah : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.”, tetapi sejauhmana kita beriman dan melaksanakan tuntutan ayat tersebut?. Adakah kita telah menunaikan hak-hak saudara seagama kita?. tepuk dada tanyalah iman antunna masing-masing.

(article ini dicopy dari blog seoseorang) ...

Moga kisah ini memeberi pengajaran buat diri penulis sendiri dan antunna semua. yakinlah kita bahawa kemenangan itu akan kembali ke tangan ummat islam. allahuakhbar....



1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Menyebut tentang `harta rampasan` perang pada zaman Daulah Islamiah adalah terbahagi kpd 3:
1. AlFa`i: Harta rampasan dlm peperangan dimana Islam tidak mengerahkan tentera komando (sariah) atau angkatan tentera muslimin. Harta ini milik sepenuh Allah SWT terhadap Rasulullah saw (Surah AlHasyr:6).TeRpulanglah Rasulullah saw mengagihkannya mengikut Surah AlHasyr:7.
2. AlAnfaal: Harta rampasan yg khas berlaku dlm peperangan Badar dimana 4/5 utk Rasulullah saw dan 1/5 adalah utk muharribin (surah Alanfaal:41).
3. AlGhanimah: Harta rampasan (kota/istana, tanah, rumah, harta2 yg ditinggalkan, lombong, pertanian, anak-isteri) yg berlaku dlm semua peperangan dimana 4/5 utk Rasulullah saw an 1/5 utk muharribin(tentera2 Islam) Surah AlFath:20وَعَدَكُمُ ٱللَّهُ مَغَانِمَ ڪَثِيرَةً۬ تَأۡخُذُونَہَا فَعَجَّلَ لَكُمۡ هَـٰذِهِۦ وَكَفَّ أَيۡدِىَ ٱلنَّاسِ عَنكُمۡ Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang dapat kamu ambil, maka disegerakan-Nya harta rampasan ini untukmu [3] dan Dia menahan tangan manusia dari [membinasakan]mu [agar kamu mensyukuri-Nya]. Wallahulam


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.