Friday, April 22, 2011

Tarbiyyah & 10 Muwasafat Muslim

Tarbiyyah adalah kekuatan yang mampu

mengubah Duri menjadi mawar

mengubah cuka jadi anggur

mengubah sedih jadi riang

mengubah amarah jadi ramah

mengubah musibah menjadi muhibbah

Itulah tarbiyyah...

Sekalipun tarbiyyah telah ku uraikan

Dan ku jelaskan panjang lebar

Namun jika tarbiyyah kudatang

Aku jadi malu pada ketentuanku sendiri

Namun tanpa lidah tarbiyyah ternyata lebih terang

Sementara pena tergesa-gesa menusuknya

Kata-kata pecah berkeping-keping

Begitu sampai kepada tarbiyyah

Dalam menguraikan tarbiyyah

Aku terbaring tidak berdaya

Bagai keldai terbaring dalam lumpur

Tarbiyyah sendirilah yang menerangkan tarbiyyah & perntarbiyyahnya.


Biarpun melalui jalan tarbiyyah ini perlu melalui duri-duri yang amat memedihkan namun dengan nikmat kekuatan yang Allah swt berikan masih mampu untuk menyampaikan kebenaran pada yang memerlukan. Dakwah bukanlah suatu yang calang-calang bahkan suatu tanggungjawab. Pernahkah kita terfikir sejenak,adakah menyampaikan dakwah pada masyarakat itu penting???

Formula kebangkitan sesebuah daulah islamiah itu adalah dari pembinaan keperibadian muslim yang tersemat gagah didalam hati para daei. Factor utama adalah memperbaiki diri agar sentiasa kehadapan daripada manusia lain. Mahu atau tidak kita perlu meneliti aspek-aspek seorang daei muslim perlu ada dalam menjadi seorang muslim yang syumul. Antara sifat-sifat yang perlu ditanam kukuh dalam diri :-


1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Sekecil-kecil syiriq yang kadang-kadang kita tidak sedar adalah “riya’” nauzubillah. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


2) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


4) Luas pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


5) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Firman Allah swt :-

“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki & dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah swt,musuhmu & orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi Allah swt mengetahuinya. Apa saja yang kamu infaqkan di jalan Allah swt niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi(dirugikan)”.(al-Anfal:60)

Sabda Rasulullah saw :-

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”


6) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


7) melawan hawa nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

“kerehatan bagi seorang rijal adalah kelalaian”


8) Tersusun urusannya (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


9) Menepati masa (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


10) Bermanfaat pada orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

setiap muasafat ini sangatlah bergantung antara satu sama lain. sama-sama muhasabah samada ingin menjadi manusia yang pendirian dan seorang yang bertanggungjawab menyampaikan ISLAM atau sebaliknya. setiap kebaikan itu datangnya dari Allah swt,dan salah dan silap itu mungkin dari kesilapan diri sebagai hamba Allah swt yang lemah dan sring melakukan kesilapan.


wallahua'lam.... Sesungguhnya Allah menyintai hambanya yang professional...:-)

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.