Bismillahirrahmanirrahim…
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa,
Tiada kejadian yang kekal tanpa keduanya,
Lepas Allah keduanya paling utama dicintai,
Kemarahan keduanya kemurkaan Allah jua,
Ya Allah Ya Tuhan kami,ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami semasa kecil,
Cintailah keduanya agar hidupmu bahagia,
Pertahan sepenuh jiwa sebaik-baik perkara.

Jam 8pagi,lahir seorang anak kecil didunia yang bersih dari segala anasir. Diazankan oleh seorang ayah agar syaitan tidak membisikkan kemungkaran terlebih dahalu. Penat lelah ibu bapa tidak ada sedikit pun terpancar diraut wajah sepanjang membesarkan aku,membelai aku,mendidik aku dan mengikut segala karenah aku yang saban hari makin meningkat menyelami zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada suatu hari….
Aku : mama, malam nie along tak tidur rumah. Along nak pegi jumpa anak-anak murid along disekolah.
Mungkin along akan tidut dekat umah sewa.
Mama : herm… yela along,pegilah. Along sejak mengajar nie dah jarang duduk rumah. Lagipun along kan dah ada rumah lain.
Berderu laju darah aku mengalir dari tubuh apabila mendengar seorang ibu berkata sedemikian. Buat pertama kalinya aku berpisah dengan mama kesayangan aku pergi demi mendidik anak-anak kecil yang akan menyambung generasi kelak. Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi. Namun mama sempat berpesan sebelum aku berangakt. Pesanan akhir mama buat aku…
Mama : along, hati-hati dalam perjalanan nanti. Pandu kereta dengan cermat. Na
nti kalau along dah sampai sana jangan lupe bgtau mama.
Darah aku tibatiba berderu lagi untuk kali yang kedua. Namun aku tetap meneruskan perjalanan aku meninggalkan mama dengan kucupan ditangan dan pipi mama aku. Aku rasakan seperti ini adalah pertemuan terakhir anatara aku dan mama. “Ah..mustahil la….” Kata aku dalam hati.
Aku : assalamualaikum mama… (melambai ke arah mama dan terus berlalu pergi)
Di dalam perjalanan, perasaan aku tiba terasa tidak tenang tiba-tiba,namun aku terus tepis perasaan itu. Setelah sejam diperjalanan,tiba-tiba kereta aku tidak bergerak lancar. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Panggilan dari ustazah sekolah aku mengajar.
Ustazah : assalamualaikum amir,enta katne tue? Enta ader bawak ba
rang sekolah ke luar tak?
Aku : waalaikumussalam ustazah,maaf ana dalam perjalanan nak ke sekolah nie. Ana tak dengar apa ustazah cakap. Hello…hello…… tutttttttttttttttttttttttttttttttttt……….(talian putus)
Talian tiba-tiba terputus. Didalam perjalanan hujan tiba-tiba turu
n dengan sangat lebat. Cermin hadapan kereta aku seemakin kabur dari pandangan kereta hadapan. Kereta berlawanan arus juga tidak kelihatan. Di hadapan lampu isyarat menunjukkan merah tanda berhenti. Apabila lampu menunjukkan hijau tanda gerak,kereta aku tiba-tiba tidak dapat bergerak dengan menggunakan gear satu. Namun aku teruskan dengan cuba memasukkan gear dua. Namun tetap tidak Berjaya. Akhirnya aku cuba masuk gear tiga dan akhirnya kereta aku dapat bergerak tetapi tidak selancar kalau digunakan gear satu terlebih dahalu. Dalam hati aku ketika ini mengatakan, “apakah ujian yang Allah nak beri kepada aku ini…” perjalanan aku terus lancar namun tersekat ditepi jalanan. Aku cuba menghubungi anak murid aku disekolah namun tidak kesampaian, line telefon bimbit tiada
ketika itu. Aku teruskan perjalanan lagi.
Di dalam perjalanan yang mengambil masa agak lama itu membuatkan mata aku mengantuk. Namun aku haruskan teruskan perjalanan aku untuk bertemu dengan anak-anak murid kesayangan aku disekolah. Tidak lama selepas itu mata aku semakin mengantuk dan aku tersengguk-sengguk. Senggukan pertama, aku dapat kawal kenderaan lagi. Aku tetap teruskan perjalanan,namun kali ini Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. A
ku terus tertidur tidak sedarkan diri. Ketika ini kereta aku dirempuh oleh sebuah lori agak besar dan tercampaklah kereta dan aku ke sebelah jalan.
Sedarnya aku dari tidur sepertinya aku baru dari tidur malam aku yang panjang. Aku sempat menggeser mataku,tiba-tiba aku rasa sedikit sakit dijari-jemari aku. Apabila diangkat kelihatan jari-jemari aku sudah patah. Kini baru aku sedar bahawa aku kemalangan. Aku cuba untuk keluar dari himpitan kereta aku namun tidak terdaya. Aku cuba dan cuba lagi namun masih tidak Berjaya. Kini aku dikejutkan lagi apabila kelihatan kaki kiri aku patah hingga menampakkan tulang kaki aku. Kali ini aku betul-betul tidak terdaya lagi untuk m
engeluarkan diri. Apa yang aku harap,aku dapat dikeluarkan dari kereta dengan kadar se
gara dan dapat selamatkan aku. Ketika ini,aku hanya redha dengan ketentuan Allah. Hanya Dia yang tahu keperitan yang aku alami ketika ini. Mata aku terlelap……
To be continue insyaAllah…..
What we can get from this story :-
- Kenang jasa ibu bapa ketika yang susah payah melahirkan kita,menyusukan kita dan member didikan agama yang cukup buat kita.
- Hormati kedua ibu bapa kata selagi mana mereka masih mampu membukakan mata.
- Never says, “uf,ah”
- Jangan sesekali melukakan HATI ibu kita walaupun sedikit dan kadang tanpa kita sedari.
- Seorang ibu yang menghayunkan buaian dapat menggoncangkan dunia.

Kisah ini tidak ada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Kisah ini ditulis untuk memuhasabah kembali diri kita yang lemah ini sama ada pernah atau telah melakukan dosa terhadap kedua ibu bapa kita. Nauzubillah. Moga kita semua dijauhkan dan jika ada cepat-cepatlah untuk memohon maaf sebelum terlambat.
“syurga dibawah tapak kaki ibu”
Bagaimana seorang ibu sanggup melahirkan,menyusukan dan mengasuh,mendidik dan melayan
segala karenah anak-anak,bagaimana pulak dengan diri kita?? Adakah kita sanggup membayar segala hutang-hutang kita dengan ibu bapa kita?? Pernah atau tidak kita menceriakan mereka dan member sesuatu dengan yang terbaik?? Seorang ibu tidak sesekali memberitahu apa yang tersirat dihati mereka. Kadang-kadang pedih dihati mereka pun kita tidak tahu. Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita agar kita tidak tergolong dengan golongan ornag yang bersikap ‘kurang ajar’ pada kedua ibu bapa.
Dalam konteks kita sebagai seorang penyampai risalah ISLAM,sifat-sifat mazmumah sangat-sangatlah perlu ditapis agar tidak mencerminkan pada masyarakat. Seorang daei itu menjadi cermin buat mad’u-mad’u dan juga masyarakat. Bagaimana ibu bapa kita menjadi cermin buat kita. Dan bagaimana ibu bapa melakar kita yang dulu diibaratkan sehelai kain yang putih bersih tidak bertompok walau sedikit.
Firman Allah swt :-
(Dan Tuhanmu telah memrintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
(Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “wahai Tuhanku!sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu aku kecil.”)
-Al-Isra’ : 23,24-