Assalamualaikum.... alhamdulillah thumma alhamdulillah masih lagi diberi nikmat yang tertinggi iaitu nikmat iman dan islam yang bukan semua Allah pilih untuk memberinya. khaifahalakhunna?? wa khaifahal imtihanat?? dalam zon imtihan nie ramai lah yang tidak sempat untuk mengupdate blog dan sebagainya. dikesempatan ini ana nak berkongsi tazkirah yang insyaAllah dapat memberi manfaat buat se
mua... pernah terlintas difikiran ini,apakah fungsi solat dalam kehidupan dan untuk kesihatan kita??? persoalan yang selama ini bermain difikiran terjawab.
Ana mulakan dengan gerakan berdiri tegap. apakah fungsinya untuk kesihatan??? ia dapat melancarkan aliran darah, getah bening (limfe) dan kekuatan otot lengan manusia. Posisi jantung yang berada di bawah otak membolehkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Masa kita mengangkat kedua tangan, otot bahu pula meregang sehingga menyababkan aliran darah kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Perbuatan ini menghindarkan dari sebarang gangguan persendian, khususnya pada tubuh bahagian atas.
Postur Ruku’ pula menjaga kesempurnaan posisi badan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) adalah sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung yang sejajar dengan otak menyababkan aliran darah maksimal pada tubuh pada bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk juga adalah latihan kemih untuk mencegah gangguan prostat.
Aliran getah bening dipompa ke bagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen boleh mengalir maksimanya ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikiran seseorang. Oleh sebab itu, lakukanlah sujud dengan tuma’ninah, jangan tergesa gesa supaya darah mencukupi kuantitinya untuk sampai ke otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk maupun sujud memiliki Manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesehatan organ kewanitaan.
Posisi Duduk tawarruk pula mengelakkan dari tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi kaum adam sebab tumit menekan aliran kandung kemih (urethra), kelenjar kelamin pria (prost
ata) dan saluran vas deferens. Jika mereka melakukannya dengan betul. postur ini juga mencegah dari impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot turut meregang dan kemudian relax kembali. Gerak dan tekanan ini menyebabkan kelenturan dan memberi kekuatan buat organ-organ gerakan kita.
Dan akhir sekali adalah memberi salam. apakah fungsinya pula ???
Pergerakan otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala apabila kita memusingkan kepala kita kekiri dan kanan. Gerakan ini juga mencegah dari sakit kepala, migrain dan menjaga kekejangan kulit wajah.
Dan akhir sekali adalah memberi salam. apakah fungsinya pula ???
Pergerakan otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala apabila kita memusingkan kepala kita kekiri dan kanan. Gerakan ini juga mencegah dari sakit kepala, migrain dan menjaga kekejangan kulit wajah.
Dan tip terakhir untuk yang ingin ana kongsi bagi sesiapa yang nak diet dan kelihatan muda(awet muda),amalkanlah pergerakan solat secara sempurna. kebanyakan wanita yang ingin diet,mesti tak makan sebenarnya itu suatu kemudaratan untuk diri dan tubuh badan kita.
Seorang dokter di Amerika telah memeluk Islam karena beberapa keajaiban yang ditemuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut hingga seperti tak bisa diterima oleh akal pikiran.
Wallahua'lam,setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt,salah dan silap mungkin dari kesilapan hamba yang lemah ini... semoga segala yang baik dapat dijadikan suapan dalam kehidupan kita sebagai manusia agar tidak terlalai dari hasutan dan godaan syaitan laknatullah,nauzubillah. selamat beramal.

PEACE NO WAR. ALLHUAKHBAR3x....
2 comments:
salam kak.syukran dtg blik ke blog.alhamdulillah.Allah bg ilmu mlalui blog akak.akak org perak ya?tgk dkt profile,hehe.knp ya,rs nk tsenyum sj tgk blog akak,subhanallah..=)
salam nur amira... jazakillah sudi ziarah blog akk yg usang ini. moga yang baik boleh diambil sebagai pengajaran... aha akk org perak... edik mira jie org mane yek?? tersenyum kenapa yek dek???
Post a Comment