Wednesday, November 16, 2011

Bermula dari sekarang...

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar kabira! Walhamdulillahi kasira, wasubahanallahi bukratau waasila.

“Demi waktu fajar, dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah), dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”

Ingatkah lagi kita tentang pengorbanan Nabi Allah SWT, Ibrahim AS dan anaknya Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT? Peristiwa di mana Nabi Ibrahim AS menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail AS di dalam mimpinya. Dalam ketaatan yang tinggi kepada Allah, Ibrahim AS rela menyembelih anaknya dan anaknya juga merelakan diri untuk disembelih. Lihatlah betapa tinggi kesetiaan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan perintahNya.

Firman Allah SWT: “Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata: Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirlah bagaimana pendapatmu. Dia (Ismail) menjawab: Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadaku, insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang bersabar.” (As-Saffat: 102)

Atas kesabaran, kepatuhan dan pengorbanan yang dilakukan inilah Nabi Ibrahim AS dipuji Allah dan telah menjadi contoh buat umat Islam seluruh dunia.

Di pengakhiran cerita, Nabi Ismail AS telah digantikan dengan seekor kambing atau kibas. Sungguh, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Demi kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim.” (As-Saffat: 106-109)

*****

Imam As-syahid Hassan al-Banna telah mendefinisikan at-tadhiyyah (pengorbanan) dalam Rukun Bai’ah yang bermaksud seorang akh itu menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat agungnya. Imam As-Syahid juga ada menyatakan bahawa tiada satu pun jihad di dunia ini yang tidak menuntut pengorbanan dan segala pengorbanan yang telah disumbangkan demi Islam itu tidak akan disia-siakan, bahkan akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang berlipat kali ganda.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka.” (At-Taubah: 111)

Firman Allah SWT lagi dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245: “Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan yang lebih banyak daripada apa yang telah dikorbankan.”

Allah telah menjanjikan bahawa seorang muslim yang mengorbankan jiwa, harta, masa dan nyawa serta segala-galanya pada jalan dakwah ini akan diberi balasan dan ganjaran tertinggi di sisi Allah.

Sebagai khalifah yang diciptakan Allah, setiap daie itu perlu mengorbankan apa saja yang ada padanya, bahkan dirinya sendiri dalam menelusuri jalan dakwah yang berliku ini. Samada sebagai hamba Allah, pelajar, sahabat, pendakwah, anak, ibu, guru dan sebagainya. Semua tugasan itu menuntut pengorbanan dalam meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Bukanlah dinamakan kehidupan jika tiada pengorbanan. Pembezanya hanyalah kecil atau besarnya nilai pengorbanan itu di sisi Yang Maha Agung. Dan tanyalah hati. Ikhlaskah untuk berkorban dan dikorbankan demi sebuah kebenaran? Usah lokek untuk merenung kembali sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam di saat kita benar-benar yakin bahawa janji Allah itu benar-benar akan terealisasi.

Natijahnya, seseorang Muslim yang benar-benar melihat erti sebuah pengorbanan itu pasti akan turut menghantar kesan sebuah pengorbanan itu sehingga ke pengakhirannya. Bertemu Tuhannya dengan perjalanan yang terisi dengan untung rugi makna kehidupan. Sesungguhnya setiap manusia itu pasti akan mati. Tapi, satu kerugian yang amat besar andaikata kita membiarkan kematian itu sepi dari nilai yang dipandang Allah dalam setiap transaksi jual beli antara kita dan Allah di dunia ini.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berpesan : “Sesungguhnya medan perkataan berbeza dengan medan khayalan. Medan amal juga berbeza dengan medan perkataan. Medan jihad berbeza dengan amal. Medan jihad yang haq berbeza secara kontradiksi dengan medan jihad yang batil.”

Jadi, apa lagi yang dinantikan kita? Semoga, pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, juga pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat tercinta menjadi satu inspirasi kepada kita sebagai daie untuk mengorbankan apa sahaja yang berbaki pada diri untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Ayuh, mulakan dari sekarang!

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.