Dan terbanglah,
Dengan sayapmu penentu peribadimu,
Jadikan sayapmu bagai bunga penebar warna,
Terang cahaya pelangi warnanya,
Membawa hati gembira,
Menyejukkan hati mendamaikan jiwa,
Keelokannya membawa keceriaan suasana,
Seperti penebar harum bunga,
Menebar harum benih-benih cinta,
Keindahannya membawa kedamaian bagai emas diterpa suria,
Keanggunannya membawa kebahagiaan terasa.
Marilah,
Terbanglah, dan Sebarkanlah,
Warna warni sayapmu,
Membuat mereka terpesona,
Di serata pelusuk dunia.


]قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لله رَبِّ الْعَالَمِينَ 

لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْـمُسْلِمِينَ [ 

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk 

Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan 

yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam

yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".



Kini aku lahir menjadi yang baru. kenapa? 
Dahulunya aku berada di zaman jahiliyyah aku. kemudian aku ditarbiyyah. dan kini,inilah AKU...Aku sujud syukur tidak terhingga atas segala nikmatNya buat aku yang tiada penghadang walau sedikit pun. Dia sering memberi yang terbaik untuk hambaNya. Kelahiran baru ini mengajar aku erti sabar, ukhuwwah, tahammul, muamalah dan tempat dakwah itu sendiri dalam diri aku. Ucapan jazakillah tidak terhingga juga buat mak Norizah binti zainin kerana susah payah penat jerih melahirkan anakmu ini. tidak terbalas segala nikmat dan pengorbananmu ibu. Aku hanya mampu berdoa agar ibu diberikan kekuatan dan kesabaran dan juga ditempatkan disisi Allak di syurga firdaus kelak. Buat sahabat-sahabat yg sentiasa mendoakan, jazakillah sangat atas segala pengorbanan antunna. semoga ukhuwwahfillah ini berkekalan hingga ke syurga. dan semoga kita semua thabat atas jalan dakwah ini. Expecially for my best friends and my ukhtie dunia akhirat Maryam abdul rahman. u are the one for me and always in my heart. I am really sorry for all the mistake that i have done to you for all the period we made friendship.