Friday, October 26, 2012

Aidiladha Untuk Faris...

Faris termenung di jendela tingkap sambil menongkat dagu.

‘Apa erti Aidiladha? 
Dan apakah peristiwa yang tersirat di sebalik hari raya Aidiladha?’

***
Suasana hening pagi yang dingin memberi kekuatan sang nelayan keluar mencari rezeki. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebaliknya bagi keluarga Encik Dolah. Beliau bercucuk tanam di halaman rumah. Pelbagai tanaman yang ditanam; cili, serai, rambutan, dan sebagainya. Inilah hobi dan rutin harian seorang yang cekal gigih dan sekali tidak kenal erti kepenatan dalam kamus kehidupannya.

***
Faris menghampiri Encik Dolah yang sedang duduk menggogok air.

“Ayah, boleh saya bertanya?”

Jawab Pak Dolah, “Kamu mahu tanya apa? Boleh sahaja.”

Faris lalu bertanya, “Tidak lama lagi, kita akan menyambut hari raya Aidiladha. Apa itu Aidiladha?”

Merenung ke mata anak kesayangannya, Pak Dolah meletakkan tangan ke bahu Faris. Dia mula bercerita, “Hari raya aidiladha ini adalah salah satu daripada hari kebesaran bagi semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Allah  menganugerahkan dua hari untuk kita makan dan minum bersama sambil bergembira iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.”

Faris terus memandang ke arah Pak Dolah yang tidak lelah bercerita.

Sambung Pak Dolah, “Umat Islam juga diharamkan berpuasa pada kedua-dua hari raya itu. Aidilfitri kita menyambutnya sebagai tanda kemenangan selepas berpuasa sebulan penuh Ramadan. Aidiladha pula dirai sebagai symbol syiar Islam teragung kita iaitu ibadat haji.”

Soal Pak Dolah, “Mahukah kamu tahu, daripada mana asalnya ibadat haji itu?”

Jawab Faris sambil menggaru kepala, “Mahu, mahu.”



Pak Dolah bertanya lagi, “Kamu pernah dengar kisah pengorbanan Nabi  Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail?”
Faris menggeleng laju.

Pak Dolah tersenyum. “Baiklah. Aidiladha juga dikenali dengan hari raya korban kerana pada hari itu umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi  Ibrahim dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.”

Sambil membetulkan duduk, Pak Dolah berkata lagi, “Seperti yang dikisahkan oleh Allah dalam ayat 102 surah As-Saffat. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi yang aku akan menyembelihmu. Apa pendapat kamu? Lalu Nabi Ismail menjawab, wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu. Insya-Allah, ayah akan mendapati saya adalah daripada golongan orang yang sabar.”

Pak Dolah diam seketika lalu menggogok air.

Laju Faris bertanya, “Kemudian apa yang berlaku?”

Pak Dolah terus bercerita melayan kerenah anak yang berumur sebelas tahun. “Semasa Nabi Ibrahim mahu melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ismail dengan rela menyerahkan dirinya kepada Allah. Dengan tidak disangka-sangka, dengan kuasa Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas!”

Ternganga mulut Faris.

Pak Dolah menyambung lagi, “Ayat seterusnya dalam surah As-Saffat menceritakan Allah menyeru Nabi Ibrahim. Wahai Ibrahim! Sungguh engkau telah melaksanakan mimpi itu! Itulah balasan Kami kepada orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang jelas. Kami tebus anakmu itu dengan seekor haiwan sembelihan yang besar. Dan kami kekalkan nama yang harum bagi Ibrahim, dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.”

Kemudian, Pak Dolah menepuk-nepuk bahu Faris. “ Faris anak ayah. Adakah Faris faham cerita tadi?”

Jawab Faris sambil tersenyum, “Alhamdulillah, saya faham. Saya mahu jadi seperti Nabi Ismail jugalah. Faris mahu jadi seorang yang penyabar.”

Pak Dolah menukar posisi tempat duduk dengan menyilangkan kaki di atas bangsal buatannya sendiri.
“Aidiladha ini juga dikenali dengan hari raya haji. Adakah kamu tahu sebabnya?”

Faris terus menggeleng.

“Ibadah haji ini diperintahkan ke atas umat Islam yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan. Mereka perlu pergi ke Baitullah al-Haram di Makkah. Ibadah ini berlangsung hanya sekali sahaja dalam setahun. Selain itu, umat Islam juga disunatkan bertakbir, bertahmid, dan bertasbih. Kita akan mula bertakbir pada solat Subuh Hari Arafah sehingga solat Asar 13 Zulhijjah. Kita akan betakbir selepas setiap solat, sama ada solat fardu mahupun solat sunat.”

Kata Pak Dolah lagi, “Rasulullah menyuruh kita memperbanyakkan ibadah pada malam Aidiladha. Kata beliau, sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan beribadah, maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati, iaitu leka daripada mengingati Allah.”

***
Matahari kian menyembunyikan cahaya daripada pandangan manusia. Melihat itu, Faris berkata sendiri, 

“Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Tuhan ini!”

Juga malam semakin menyingsing tanda bergantian matahari dan bulan yang indah. Cahayanya menerangi lorong-lorong yang gelap gelita. Seusai solat Maghrib berjemaah, Mak Salbiah menyediakan makan malam dengan beraneka lauk pauk kegemaran Pak Dolah dan Faris. Faris menadah tangan.

“.اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّار ”

“Ya Allah, berkatilah kami dengan sesuatu yang Engkau kurniakan kepada kami, dan jauhkanlah kami daripada azab neraka.”

Seusai makan, Mak Salbiah membasuh pinggan sambil memandang Faris dan berkata, “Tolong ambilkan baju Melayu kamu dan ayah yang ibu sidai di ampaian. Letakkan di atas meja, nanti mama seterikakan.”
Faris bertanya, “Mengapa ibu mahu seterika baju Melayu saya dan ayah?”

Mak Salbiah menjawab persoalan anaknya itu dengan nada yang lembut, “Esok kita akan menyambut hari raya Aidiladha.”

Faris tersenyum lebar sambil berkata, “Baru saya teringat! Tadi ayah ada ceritakan pada saya, apa itu Aidiladha dan hari raya haji. Ibu, saya tidak sabar mahu makan daging lembut masakan ibu.”
Mak Salbiah tersenyum sambil memeluk anak kesayangannya itu lalu dan mencium kedua pipinya.

3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Kini tibalah hari yang Faris nantikan. Pagi yang berembun dengan angin sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil berkumandang laungan takbir raya di setiap masjid, mengiringi langkah Faris pergi menunaikan solat raya bersama-sama Pak Dolah, Mak Salbiah, dan jiran tetangga.
***

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ

“Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu dan kami memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, dan nikmat, begitu juga kerajaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu.”

Faris berkata sendirian, “Selepas ini, saya mahu jadi seorang yang penyabar seperti Nabi Ismail. Saya mahu tolong ayah berkebun di halaman rumah. Saya juga mahu solat lima waktu penuh sehari semalam dan mahu rajin puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Saya mahu masuk syurga! Saya mahu dapat pahala banyak-banyak! Itulah pengorbanan saya. Tidaklah seberat pengorbanan Nabi Ibrahim. Insya-Allah, saya boleh!”

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.