Tuesday, January 15, 2013


Kunci…


“Orang-orang yang mempunyai kesesatan di hati mereka, akan mengikut sesuatu yang mengelirukan dengan tujuan menimbulkan fitnah dan menyelewengkan pentafsirannya.” 
(Ali-Imran : 7)

Danial menyapa Ajim sambil menepuk bahu, “Kau tahu apa dah jadi sekarang di Malaysia?”

“Ana baru balik dari Mesir, manalah ana tahu,” jawab Danial dengan selamba.

Inilah situasi mahasiswa sekarang. Semasa di Mesir, belajar bersungguh-sungguh hingga makan pun tidak sempat, malah tidak sempat buka berita walau sekejap tanda cakna isu negara sendiri. Facebook jangan ditanya, 24 jam terbuka pun tidak ada masalah.

Apabila nikmat pemberian Allah s.w.t kita tidak gunakan sebaiknya inilah akan terjadi. Bertuahnya kita kerana Allah memberi peluang yang besar bagi melanjutkan pelajaran di Mesir, bumi barakah ini. Bumi yang pada beribu tahun dahulu, para anbiya' menyampaikan risalah Islam yang indah tiada tara. Bumi tempat lahirnya para mujahid dan pemuda-pemuda muslim bagi terus membawa panji-panji Islam, yang sekiranya tidak kita sambung perjuangan itu, maka ia akan luput dan tenggelam ditimbus oleh budaya puak penentang.

"Pertempuran dan perpecahan yang berlaku tidak pernah menguntungkan mana-mana pihak dalam negara melainkan musuh negara..."

Dr. Muhammad Badie' (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin)

Fenomena hiburan luar kawal, fahaman yang pelbagai; syiah, liberal, kewujudan kesatuan-kesatuan aneh seperti Sisters in Islam dan sebagainya, dilihat kini sebagai satu ancaman terhadap tanah air kita, Malaysia. Boleh sahaja kita menuding jari menyalahkan pihak luar sebagai punca perpecahan. Namun, perlu juga selalu kita renung ke dalam diri. Tanyakan pada diri kita sendiri; apa yang sudah kita lakukan, dan apa pula yang belum kita lakukan bagi memartabatkan Islam di tanah air sendiri.

Kunci utama kemenangan Islam adalah pegangan utuh pada al-Quran dan as-sunnah Nabi Muhammad SAW. Islam bukan sekadar suatu sistem kepercayaan, bukan juga sekadar sebuah sistem bagi meluhurkan jiwa dan mengasuh manusia membudayakan sikap-sikap yang terpuji dengan panduan dan bimbingan akhlak serta akidah. Islam adalah sistem maha lengkap yang merangkumi hal ehwal ekonomi, sosial, satu kumpulan sivil, undang-undang jenayah, dan sebagainya.

***
Sabda Nabi Muhammad s.a.w ketika menggali parit dalam peperangan khandaq yang bermaksud, “… konstantinopel ( kini Instanbul ) akan jatuh ke tangan Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera…”
( Hadith riwayat Imam Ahmad)

Baginda adalah Sultan Muhammad Al-Fateh yang terkenal dengan keperibadian seorang syabab yang sangat menjaga solat wajibnya sehari semalam, tahajjud dan juga rawatib sejak baligh hinggalah saat akhir nafas di bumi Allah ini. Bahkan baginda turut memperolehi tentera yang turut tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah sekali meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. Itulah si anak muda yang berumur 21 tahun yang dijanjikan Rasulullah s.a.w yang membuka kota konstatinopel pada usia mudanya.

Itu kisah si anak muda bernama Muhammad al-Fateh. Kisah terbilang yang dapat kita contohi bagi melakar sejarah diri yang ingin kita tinggalkan supaya diwarisi dengan bangga oleh kaum keluarga kita, masyarakat, dan seluruh umat Islam tentunya. Persiapkan diri dengan berpandukan sistem yang sudah disediakan dengan sempurnanya oleh Allah iaitu Islam, mudah-mudahan kebahagiaan dunia dan kenikmatan syurga menjadi milik kita.

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu."
(Ali Imran : 31)

Terkenang kembali rentetan ringkas sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam usaha baginda untuk mengembangkan Islam. 23 tahun satu tempoh yang sangat singkat jika kita lihat pada kejayaan untuk membangunkan sebuah tamadun Islam yang terbilang gemilang. 13 tahun perjalanan dakwah baginda di bumi Makkah dengan di bebani ujian dan dugaan yang bertimpa serta liku kehidupan baginda dalam usaha menyebarkan Islam. Namun, disanalah tapak asas membina seseorang individu pasak terpenting untuk ditanam dalam jiwa-jiwa orang yang beriman.  Menanamnya seperti tanaman di ladang dengan membajai tumbuhan maka bajailah keimanan agar kukur dalam sanubari. Dan seterusnya dakwah baginda diperluaskan di bumi Madinah. Tumpuan dalam pembinaan dakwah adalah lebih menjurus kepada pembinaan dan pengislahan akhlak di kalangan umat Islam walaupun pemantapan keimanan masih lagi diteruskan yang mengambil masa lebih kurang 10 tahun.
***
Antara 7 maratib amal atau tangga amal yang perlu kita lalui sebagai daei di muka bumi Allah ini dan salah satu kunci menaikkan daulah Islamiah dipersada dunia kelak juga tanda kecintaan kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. 

Pertamanya, pembentukan individu muslim. Agar kuat tubuh badan, akhlak, fikiran dan bermanfaat kepada orang lain. 

Keduanya membentuk keluarga muslim. Dengan kaedah menjaga adab-adab yang telah digariskan Islam dalam membentuk kehidupan di rumah, bermula dari memilih pasangan, membantu pasangan dan menunaikan hak dan kewajipan samada dalam pendidikan anak-anak serta membesarkan mereka di atas prinsip Islam. 

Ketiga, membimbing masyarakat dengan menyebarkan dakwah kepada mereka dengan membanteras segala kemungkaran dan menggalakkan akhlak-akhlak yang mulia. 

Keempat, membebaskan tanahair Islam dari sebarang kekuasaan dan pengaruh orang asing yang bukan Islam samada dari aspek politik mahupun ekonomi dan ruhi. 

Kelima, memperbaiki kerajaan menjadi kerajaan Islam sebenar, anggotanya dari kalangan orang Islam, mereka menunaikan amal-amal fardhu, tidak terang-terangan melakukan maksiat dan melaksanakan hukum hakam dan ajaran Islam. 

Keenamnya ialah mengembalikan struktur antarabangsa bagi Umat Islam dengan memerdekaan tanahair, menghidupkan zaman kegemilangan, merapatkan jurang perbezaan ilmu dan menyatukan keputusannya sehingga membawa kepada kembalinya khilafah Islam yang telah hilang. 

Ketujuh adalah, memimpin dan membimbing alam dengan meluaskan dakwah Islam ke segenap ceruk ruang ke seluruh pelusuk dunia.

Iman Hassan Al-Banna menyeru :
"Wahai barisan pejuang Islam, medan perjuangan anda yang pertama ialah diri sendiri yakni Hawa Nafsu, kalau anda berhasil menaklukinya nescaya denga mudah menakluki musuh-musuh yang lain, tetapi kalau tidak mampu menaklukinya jangan harap anda dapat menakluki musuh-musuh yang lain."

Pembinaan individu muslim boleh dilihat sebagai batu bata yang paling utama atau fasa yang terpenting dalam pembinaan daulah Islamiah. Sebelum otak kita berfikir ingin membina rumahtangga atau keluarga bahagia, perlu koreksi diri terlebih dahulu. “adakah aku cukup baik dalam pembinaan diri aku sendiri?”. Ataupun terfikir ingin membina daulah Islamiah, pembinaan diri harus diutamakan terlebih dahulu. Tertegaknya Islam bukanlah dari usaha yang remeh seperti kita duduk diam sambil menggoyangkan kaki tidak melakukan apa-apa tetapi ia memerlukan juhud, pengorbanan yang tinggi dalam setiap diri individu. Islam tidak akan tertegak jika individu setiap masyarkat tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Kesimpulannya disini, persediaan yang rapi perlu ada dalam jati diri setiap individu Muslim sebelum tertegaknya daulah Islamiah. Setelah keimanan dan kepercayaan dibina dan terpahat padu dalam diri para sahabat disusuli pula dengan pembentukan akhlak yang terpuji. Dan akhirnya, terbentuklah sebuah masyarakat yang membangun mencakupi setiap ruang lingkup kehidupan yang menyaluti pembangunan duniawi hinggalah ke fasa yang seterusnya.

Imam Hassan Al-Banna berkata :
"Saudaraku, janganlah engkau putus asa kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok, waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomeno kerosakan dan kemaksiatan menghantui kita. Yang lemah tidak akan sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."






No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.