
Assalamualaikum akhawat dan sahabat-sahabat yang selalu setia menziarahi blog ana yang rasanya banyak kekurangan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana ana masih dapat menyampaikan sesuatu yang ana patut sampaikan. Apabila direnungkan tentang nasib
Jauh pengorbanan yang mereka berikan untuk negara mereka berbanding kita yang nak memperjuangkan agama islam kita pun susah. Kenapa??? Kerana mereka yang berjuang di
Ana ingin berkongsi antara jalan-jalan bagi kita melepaskan diri kita dari azab Allah swt yang menggerunkan:-
· Menyuruh manusia kepada kebaikan (amar makruf)
· Melarang manusia daripada kemungkaran (nahi mungkar)
· Menentang manusia yang membuat kejahatan dan kerosakan
· Melalui jalan dakwah menyeru manusia kepada islam,memanggil mereka untuk segera mendirikan solat,kembali kepada cara hidup islam di segenap jurusan hidup mereka,tunduk kepada hukum Allah dan menghukum mengikut syariat Allah
Dengan melakukan semua ini kita harus mempunyai mujahadah yang sangatlah tinggi terutama melawan hawa nafsu yang sebati dalam jiwa setiap manusia. Fikirkanlah kembali sebelum bertindak sesuatu. Dan selalu yang kita lihat,orang yang patut menyampaikan dakwah kadang-kadang ada yang berdiam diri. Kenapa harus jadi sebegini??? Ana pernah baca suatu buku mengatakan,sesiapa yang berdiam diri atau membisu yakni tidak menyampaikan kebenaran akan di azab kerana sikap mereka itu. Sebahagian ulama’ menyifatkan azab itu ialah hukuman azab yang menyeluruh dalam bentuk bencana alam atau sebagainya. Tersentap seketika apabila merenung ayat diatas ini. Bayangkan jika kita dilantik sebagai pemimpindalam satu-satu persatuan atau program,diibaratkan kaki sebelah kita ke neraka. Ini perumpamaan yang pernah ana dengar masa zaman sekolah dulu. Pernahkah kita terfikir tentang ini??? Nak memimpin bukanlah suatu benda yang mudah tapi banyak yang harus diikuti. Menyampaikan kebenaran bukanlah sekadar bercakap dan berpesan pada orang dan lepaslah tanggungjawab kita,salah ana katakan. Disamping kita bercakap dan mengajak orang pada kebenaran,pastikan diri kita juga dimuhasabah agar tak terjebak pada lembah yang boleh menimbulkan fitnah pada diri. Sikap lalai dan ambil mudah dalam memimpin sangatlah bahaya kerana kelak kita akan dipersoalkan Allah di akhirat.
Ini jelas menunjukkan tugas ini biasa dipikul oleh pemerintah kerana merekalah yang akan memerintah atau melarang. Apa yang tidak dapat dicegah dengan al-quran maka akan dicegah oleh Allah swt dengan kekuasaanNya. Namun sekiranya sesorang pemerintah itu memulihkan mesyarakatnya dengan berlandaskan hukum syariat islam maka kemungkaran akan terhapus,keadilan akan tertegak dan kemaksiatan dimusnahkan. Sesungguhnya orang yang seperti ini akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan diakhirat.
Akhir kalam dari ana sebelum memberhentikan tangan ini untuk menulis ana ingin berkongsi kata-kata dari yang agak masyhur dalam penulisannya. Sama-samalah kita beristighfar banyak-banyak dan renung kembali apakah kita dah laksanakan perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya. Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang itu mungkin dari diri ana sendiri. Harap dapat bantu demi islam.
Ustaz Al-Sawaf dalam kitab Ma’rakah al-islamiah:-
“Seseorang islam itu sudah cukup untuk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jalan Allah swt,cenderung pada keduniaan,mencintai dunia,bencikan mati,mengikuti hawa nafsu,tunduk kepada syahwat,tenggelam dalam maksiat sehingga dihina oleh Allah swt. Allah swt menimpakan kegagalan yang paling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan mereka di bawah kekuasaan golongan yang menyeleweng dan merosakkan umat mereka.”