Wednesday, March 24, 2010

MaTa Hati???

Assalamualaikum akhawat dan sahabat-sahabat yang selalu setia menziarahi blog ana yang rasanya banyak kekurangan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana ana masih dapat menyampaikan sesuatu yang ana patut sampaikan. Apabila direnungkan tentang nasib palestine kini,air mata ini mesti akan mengalir di pipi. Berita yang terbaru sejak kebelakangan ini,amatlah sedih apabila difikir-fikirkan. Nasib palestin semakin tercabar. Israel tetap dengan perancangan mereka untuk terus menerus membina haikal sulaiman yang menyebabkan al-Aqsa semakin hari semakin retak. Dan paling menyedihkan dan harapan yang tak terhingga untuk semua yang beragama islam dan yang mempunyai belas kasihan atau simpati pada nasib palestin,sama-samalah kita terus berdoa dan berdoa agar al-Aqsa tidak roboh. Sedih sedih sedih sangat…… nak ke sana berperang tidak mampu jadi hanya mampu berdoa dan memboikot dan sebagainya. Ingatan buat semua,boikotlah barangan Israel,setiap ringgit yang kita salurkan pada mereka seperti kita menambah peluru-peluru mereka untuk membunuh orang islam di palestin. Renung-renungkanlah kembali. Selepas merenung sama-samalah berfikir. Ingat lah mereka juga saudara kita. Ingatlah selalu kepada insan yang tersayang dipalestin.

Jauh pengorbanan yang mereka berikan untuk negara mereka berbanding kita yang nak memperjuangkan agama islam kita pun susah. Kenapa??? Kerana mereka yang berjuang di palestine telah tertanam dalam diri mereka syahid yang utama dan setia berpegang pada al-quran dan as-sunnah. Kita lihatlah apa yang telah terjadi pada negara kita sekarang??? Fikir-fikirkanlah. Maaf kalau ada pihak yang tersinggung tapi itulah hakikat. Jalan dakwah sangatlah panjang dan bukanlah hanya semangat untuk di suatu-suatu tempat sahaja tapi berpanjangan. Takutkah kita pada azab Allah swt yang pedih??? Kalau ditanya pada masyarakat pasti jawapannya ‘takut’.

Ana ingin berkongsi antara jalan-jalan bagi kita melepaskan diri kita dari azab Allah swt yang menggerunkan:-

· Menyuruh manusia kepada kebaikan (amar makruf)

· Melarang manusia daripada kemungkaran (nahi mungkar)

· Menentang manusia yang membuat kejahatan dan kerosakan

· Melalui jalan dakwah menyeru manusia kepada islam,memanggil mereka untuk segera mendirikan solat,kembali kepada cara hidup islam di segenap jurusan hidup mereka,tunduk kepada hukum Allah dan menghukum mengikut syariat Allah

Dengan melakukan semua ini kita harus mempunyai mujahadah yang sangatlah tinggi terutama melawan hawa nafsu yang sebati dalam jiwa setiap manusia. Fikirkanlah kembali sebelum bertindak sesuatu. Dan selalu yang kita lihat,orang yang patut menyampaikan dakwah kadang-kadang ada yang berdiam diri. Kenapa harus jadi sebegini??? Ana pernah baca suatu buku mengatakan,sesiapa yang berdiam diri atau membisu yakni tidak menyampaikan kebenaran akan di azab kerana sikap mereka itu. Sebahagian ulama’ menyifatkan azab itu ialah hukuman azab yang menyeluruh dalam bentuk bencana alam atau sebagainya. Tersentap seketika apabila merenung ayat diatas ini. Bayangkan jika kita dilantik sebagai pemimpindalam satu-satu persatuan atau program,diibaratkan kaki sebelah kita ke neraka. Ini perumpamaan yang pernah ana dengar masa zaman sekolah dulu. Pernahkah kita terfikir tentang ini??? Nak memimpin bukanlah suatu benda yang mudah tapi banyak yang harus diikuti. Menyampaikan kebenaran bukanlah sekadar bercakap dan berpesan pada orang dan lepaslah tanggungjawab kita,salah ana katakan. Disamping kita bercakap dan mengajak orang pada kebenaran,pastikan diri kita juga dimuhasabah agar tak terjebak pada lembah yang boleh menimbulkan fitnah pada diri. Sikap lalai dan ambil mudah dalam memimpin sangatlah bahaya kerana kelak kita akan dipersoalkan Allah di akhirat.

Ini jelas menunjukkan tugas ini biasa dipikul oleh pemerintah kerana merekalah yang akan memerintah atau melarang. Apa yang tidak dapat dicegah dengan al-quran maka akan dicegah oleh Allah swt dengan kekuasaanNya. Namun sekiranya sesorang pemerintah itu memulihkan mesyarakatnya dengan berlandaskan hukum syariat islam maka kemungkaran akan terhapus,keadilan akan tertegak dan kemaksiatan dimusnahkan. Sesungguhnya orang yang seperti ini akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan diakhirat.

Akhir kalam dari ana sebelum memberhentikan tangan ini untuk menulis ana ingin berkongsi kata-kata dari yang agak masyhur dalam penulisannya. Sama-samalah kita beristighfar banyak-banyak dan renung kembali apakah kita dah laksanakan perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya. Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang itu mungkin dari diri ana sendiri. Harap dapat bantu demi islam.

Ustaz Al-Sawaf dalam kitab Ma’rakah al-islamiah:-

“Seseorang islam itu sudah cukup untuk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jalan Allah swt,cenderung pada keduniaan,mencintai dunia,bencikan mati,mengikuti hawa nafsu,tunduk kepada syahwat,tenggelam dalam maksiat sehingga dihina oleh Allah swt. Allah swt menimpakan kegagalan yang paling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan mereka di bawah kekuasaan golongan yang menyeleweng dan merosakkan umat mereka.”

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.