membawa seribu impian membekal pengalaman…
Mampukah aku melangkah menuju satu daerah
Masihkah ada sinar yang menanti…
Masa diuji pasti tibaku dijemput kesana
Bimbang langkahku terhenti ku terpaut dipersimpangan
Tak inginku mengingati detik hitam semalam
Tinggalkan semua jadi kenangan…
Telah ku gagahi untuk teruskan sisa hidup ini
Biarku tebus segala dosa selagi jasad bernyawa…
Damaikanlah resah hatiku ini pada Tuhan yang Engkau yang satu belum pernah ku terasa hebatnya cintaMu…
Sesungguhya Engkau mengerti apa yang tersirat didalam diri ini…
Ku pohon rasa kasih yang abadi…
Ku ikhlaskan diri ini
menyintaiMu sepenuh hati bukan sekadar bila diuji…
rahmat dan kasih tiada sempadan
biarpun jiwaa dan kelalaian dirasuk dengan segala godaan…
keranaMu kugagahi untuk teruskan sisa hidup ini
biarpun tebus segala dosa selagi jasad bernyawa…
leraikanlah resah hatiku pada Tuhan yang Engkau yang satu belum pernahku terasa
hebatnya cintaMu…
sesungguhnya Engkau mengerti apa yang tersirat didalam diri…
ku pohon rasa kasih yang abadi…
ku ikhlaskan diri ini
menyintaiMu sepenuh hati bukan sekadar bila
diuji…
rahmat dan kasih tiada sempadan
biarpun jiwa dan kelalaian dirasuk dengan segala godaan…

Assalamualaikum buat sahabat2 yang setia membaca blog ana yang tak sehebat blog sahabat2 lain. alhamdulillah kerana ana masih diberi peluang untuk bernafas dan sempurna anggota badan untuk terus menulis dan menyampaikan apa yang harus seorang daei itu perlu sampaikan. Post kali ini sebenarnya spontan jer keluar dari hati dan terus ketangan untuk ditulis dan terus dibaca oleh semua orang. Pernahkah kita terfikir,sudah berapa lama kita hidup dimuka bumi Allah ini?? Sudah berapa lama kita bernafas di muka bumi Allah ini??? Dan pernahkah kita kira jugak berapa banyak amal kebaikan yang kita telah buat dan kita sampaikan pada orang ramai??? Sebelum itu marilah kita bersama2 beristighfar sebanyak 3kali agar kita tidak tersasar dari niat sebenar. Bila ana fikir balik,sedih rasanya diri ini. Tak tahulah dah berapa banyak amal telah ana buat dan berapa banyak ana telah sampaikan. Semoga Allah nampak segala usaha kia semua selama ini.
Sebenarnya ana nak berkongsi satu nasyid yang ana suka sangat lirik dia iaitu rintihanku yang dinyanyikan oleh kumpulan as-saufee. First time ana dengar terus terpaut dan terus menangis. Time tue tengah malam dan ana dengar di blog seorang sahabat ana nie. Dari lirik ini,apa yang ana faham. Setiap perbuatan kita didunia ini pasti akan diuji dan terserah pada seseorang itu untuk bersabar atau tidak. Dan kalau kita sembunyi sesuatu dalam diri dan hati kita pasti Allah akan ketahui. Perenggan yang akhir pulak,kita sebagai manusia yang kerdil ini seharusnya menyintaiNya dan mengasihiNya lebih dari segala-galanya. Bukan hanya semasa kita susah dan apabila diuji. Tetapi setiap masa. Bak kata pepatah,cintakan manusia hanya sementara dan akan merana jika cinta tidak terbalas namun cintakan Allah adalah cinta yang hakiki. Sebagai peringatan untuk diri ana jugak yang lemah ini. Antara contoh yang kita boleh nampak dari kaca mata kita,sejauh mana pejuang2 palestin yang cinta mereka hanya pada Allah dan islam itu sendiri sehingga sanggup syahid demi menegakkan kalimah syahadah. Jauh yang teramat sangat dengan kita yang berada dibumi yang aman tanpa dijajah ini. Yang leka dengan kemewahan dunia tanpa merasa kepahitan yang sedang dialami umat islam dinegara2 islam. Sebagai contoh negara kita sendiri,mampukah sekiranya kita dihantar untuk berperang menentang