Friday, April 23, 2010

Rintihanku...


RINTIHANKU…

Jauh perjalanan telahku jelajahi

membawa seribu impian membekal pengalaman…

Mampukah aku melangkah menuju satu daerah

Masihkah ada sinar yang menanti…

Masa diuji pasti tibaku dijemput kesana

Bimbang langkahku terhenti ku terpaut dipersimpangan

Tak inginku mengingati detik hitam semalam

Tinggalkan semua jadi kenangan…

Telah ku gagahi untuk teruskan sisa hidup ini

Biarku tebus segala dosa selagi jasad bernyawa…

Damaikanlah resah hatiku ini pada Tuhan yang Engkau yang satu belum pernah ku terasa hebatnya cintaMu…

Sesungguhya Engkau mengerti apa yang tersirat didalam diri ini…

Ku pohon rasa kasih yang abadi…

Ku ikhlaskan diri ini

menyintaiMu sepenuh hati bukan sekadar bila diuji…

rahmat dan kasih tiada sempadan

biarpun jiwaa dan kelalaian dirasuk dengan segala godaan…

keranaMu kugagahi untuk teruskan sisa hidup ini

biarpun tebus segala dosa selagi jasad bernyawa…

leraikanlah resah hatiku pada Tuhan yang Engkau yang satu belum pernahku terasa

hebatnya cintaMu…

sesungguhnya Engkau mengerti apa yang tersirat didalam diri…

ku pohon rasa kasih yang abadi…

ku ikhlaskan diri ini

menyintaiMu sepenuh hati bukan sekadar bila

diuji…

rahmat dan kasih tiada sempadan

biarpun jiwa dan kelalaian dirasuk dengan segala godaan…


Assalamualaikum buat sahabat2 yang setia membaca blog ana yang tak sehebat blog sahabat2 lain. alhamdulillah kerana ana masih diberi peluang untuk bernafas dan sempurna anggota badan untuk terus menulis dan menyampaikan apa yang harus seorang daei itu perlu sampaikan. Post kali ini sebenarnya spontan jer keluar dari hati dan terus ketangan untuk ditulis dan terus dibaca oleh semua orang. Pernahkah kita terfikir,sudah berapa lama kita hidup dimuka bumi Allah ini?? Sudah berapa lama kita bernafas di muka bumi Allah ini??? Dan pernahkah kita kira jugak berapa banyak amal kebaikan yang kita telah buat dan kita sampaikan pada orang ramai??? Sebelum itu marilah kita bersama2 beristighfar sebanyak 3kali agar kita tidak tersasar dari niat sebenar. Bila ana fikir balik,sedih rasanya diri ini. Tak tahulah dah berapa banyak amal telah ana buat dan berapa banyak ana telah sampaikan. Semoga Allah nampak segala usaha kia semua selama ini.

Sebenarnya ana nak berkongsi satu nasyid yang ana suka sangat lirik dia iaitu rintihanku yang dinyanyikan oleh kumpulan as-saufee. First time ana dengar terus terpaut dan terus menangis. Time tue tengah malam dan ana dengar di blog seorang sahabat ana nie. Dari lirik ini,apa yang ana faham. Setiap perbuatan kita didunia ini pasti akan diuji dan terserah pada seseorang itu untuk bersabar atau tidak. Dan kalau kita sembunyi sesuatu dalam diri dan hati kita pasti Allah akan ketahui. Perenggan yang akhir pulak,kita sebagai manusia yang kerdil ini seharusnya menyintaiNya dan mengasihiNya lebih dari segala-galanya. Bukan hanya semasa kita susah dan apabila diuji. Tetapi setiap masa. Bak kata pepatah,cintakan manusia hanya sementara dan akan merana jika cinta tidak terbalas namun cintakan Allah adalah cinta yang hakiki. Sebagai peringatan untuk diri ana jugak yang lemah ini. Antara contoh yang kita boleh nampak dari kaca mata kita,sejauh mana pejuang2 palestin yang cinta mereka hanya pada Allah dan islam itu sendiri sehingga sanggup syahid demi menegakkan kalimah syahadah. Jauh yang teramat sangat dengan kita yang berada dibumi yang aman tanpa dijajah ini. Yang leka dengan kemewahan dunia tanpa merasa kepahitan yang sedang dialami umat islam dinegara2 islam. Sebagai contoh negara kita sendiri,mampukah sekiranya kita dihantar untuk berperang menentang israel laknatullah itu???? Fikirkanlah.jawapan terletak pada diri kita semua masing2. kalau zaman nabi2 terdahulu Allah akan terus turunkan bala sekiranya tidak mahu menerima dakwah nabi namun sekarang tidak lagi. Seharusnya kita berfikir dan mengambil iktibar dari kejadan yang sebelum ini.akhir kalam,maaf kerana post kali ini tidak menarik. Sejak kebelakangan ini ana merasa sangat sedih dan kesunyian. Namun ana bersyukur kerana masih ada Dia. Dia tempat ana bergantung dan mohon pertolongan. Pada akhawat,maaf andai pernah melakukan kesalahan. Sebelum berpisah,cintakan 5 perkara,Allah,Rasulullah,ibu bapa,ummat dan semua. Dan tak lupa jugak ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.