Saturday, May 11, 2013

Penantian


Hati gundah gelana bercampur baur perasaan yang tidak keruan. Imtihan semakin hampir membuat hati bersemangat ingin berjaya dalam pelajaran. Mumtaz untuk ummah. Inilah moto kami yang sering dilaungkan hari demi hari, tahun demi tahun. 

Saban hari, angka yang berdigit semakin bertambah dan terus bertambah tanpa sedikit kita sedari. Kini umur meningkat ke 25 tahun. Subhanallah sudah suku abad diri ini berada di bumi Allah ini. Terima kasih mak yang berpenat lelah melahirkan anak ini suatu ketika dahulu. Kini anakmu telah dewasa. Anakmu telah mengharungi liku-liku kehidupan yang kadanga-kadanga memahitkan malah kadang-kadang mengembirakan.  Jangan kita menyalahi takdir Allah tetapi arahkan jari telunjukmu ke arah diri. 
Apa aku telah lakukan selama ini???

Persoalan yang ditinggalkan menjadi tanda tanya. Tarbiyyah ini mengajar diri setiap individu tahammul diantara manusia, berukhuwwah kerana Allah, ikhlaskan diri dalam setiap perkara, tidak mengejar pangkat dunia. Dengan hasil tarbiyyah seseorang individu mampu menjadi yang terbaik dan berwibawa. 


"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"

(Ar-Rum  : 30)

Indah sungguh Islam itu. Seperti yang kita ketahui, rukun Islam itu ada lima, iaitu :-
(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Sembahyang lima waktu sehari semalam
(3) Berpuasa di bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah 
(5) Menunaikan zakat

Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk Sang Pencipta yang masih memberi diri ini nikmat yang sangat berharga lagi ternilai iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Kini hampir 5 tahun aku di medan dakwah. Pelbagai yang dipelajari lahiriah juga zahiriah. Ya, pemilihan itu dari Allah s.w.t. Dia beri yang terbaik untuk setiap makhluk di muka bumi ini. Namun berbalik kepada diri kita untuk kemana. Hari-hari yang ditempuhi adalah tarbiyyah dan berupa anugerah dariNya. Seawal penyerahkan diri ke medan ini, segala jahiliyyah di tolak jauh dari sudut hati ini. Tekad dan azam yang tinggi alhamdulillah seseorang itu mampu. 

Ingin kita menjadi seperti robot? Sebuah ciptaan yang canggih namun keras tidak punyai perasaan malah ciptaannya tidak ada tujuan hidup. Hidup bukan untuk bersuka ria, berhibur semata-mata, dan menghayati kemewahan dunia. Namun kehidupan hambaNya di dunia ini adalah sebagai seorang 'abid ( hamba ) dan khalifah padaNya.

Biar di dunia kita terpaksa berkorban demi ukhti, demi ibu bapa, demi dakwah, demi segala-gala di dunia ini. Namun percayalah dan yakinilah, dunia ini bukanlah segalanya bagi kita, syurga na abadi tempat kekal abadi buat hamba yang beramal soleh dan beramar bil ma3ruf wa nahi 3nil mungkar. 

"Kadang-kadang kita hanya perlu berdiri teguh, bukan kerana membiarkan kejahatan. Tapi meneguhkan diri dalam kekuatan."


Jauhkan dari futur dunia ini. Seorang daei harus terus qawiey kuat menempuh segala rintangan. Bukalah peninggalan dari kekasih kita Muhammad.s.a.w yakni al-quran dan al-sunnah. Jangan biarkan kalam-kalam Allah itu ditinggal berhabuk tidak disentuh tangan ciptaanNya.

" Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, katakanlah, sesungguhnya Aku dekat..."
( al-baqarah : 186 )

Yakinilah akan ketentuan Allah itu. Dia sebaik-baik perancang baut setiap makhlukNya. Usahlah ditangisi kerana menanti yang kian menyakitkan diri. Bersabarlah dengan ketentuanNya. Biarpun ia pahit, namun percaya dan yakinlah, kemanisan itu akan didapati hanya di syurga Firdaus kelak, amin Ya Rabb.

Bersabarlah...

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.