Monday, May 6, 2013

Mengenang jasa ayah

Jasa ayah yang sukar dibalas

Menonton iklan pendek keluaran Petronas terutama apabila tibanya musim perayaan kadang-kala terasa agak menyentuh jiwa. Mesej yang disampaikan meskipun ringkas tetapi sarat dengan peringatan mahupun teguran agar mereka yang berstatus ‘anak’ sentiasa mengenang jasa ibu dan ayah mereka. Iklan yang agak terkenal seperti ‘burung apa? burung murai’ telah menonjolkan mesej yang agak kuat betapa jasa seorang ayah seringkali dilupakan. Adakah mesej lain yang tersirat ialah anak-anak hari ini sudah tidak pandai lagi mengenang jasa ibu dan ayahnya?.

Sekalipun perintah berbuat baik atau cinta kepada ayah hanya disebutkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi al-salam selepas tiga kali kata ‘ummuka’(ibumu), sebutan tunggal itu sudah cukup untuk membuktikan tentang peranan seorang ayah yang layak untuk dikenang jasanya. Sebelum dikenang jasa ayah, apakah sebenarnya peranan sebagai seorang ayah?.

Al-Quran menggambarkan perihal peranan ayah yang perlu dimainkan dengan baik seperti watak Luqman Al-Hakim. Dalam surah Luqman ayat 13 ada menyebutkan yang bermaksud:

       Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

Ia membawa erti bahawa sang ayah harus bertanggungjawab terhadap setiap kelahiran anaknya ke dunia. Yang paling utama dan teratas ialah peranan si ayah sebagai pembentuk dan pendidik aqidah anak.

Perihal aqidah sangat diambilberat sehinggakan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Nabi Ya’qub ‘alayhissalam tetap bertanya siapa yang akan disembah oleh anak-anaknya sepeninggalannya nanti. Demikianlah keprihatinan seorang ayah terhadap urusan agama anaknya. Dalam surah Al-Baqarah ayat 133 ada menceritakan perihal ini, maksudnya:

Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya".

Hari ini, si anak sangat terkenangkan ayahnya yang telah pergi. Ayah yang telah memberikan nama yang baik, ibu yang solehah dan mengajarkan Al-Quran kepada si anak yang sudah menempuh hidup selama suku abad.

Benar, usia yang sangat muda di kala sangat menginginkan panduan dan bimbingan daripada ayah kandung. Entah bagaimana pula dengan mereka yang telah kehilangan ayah sejak dari kecil lagi.

Demikianlah hakikat betapa besarnya peranan seorang ayah. Ayah atau apa sahaja panggilan sekalipun bukan dalam lingkungan hubungan anak-ayah, tetap dianggap bapa atau ‘kepala’ bagi sesuatu perkara khususnya negara. Jika tidak, orang tidak akan memanggil pemimpin negara sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’,’ Bapa Pemodenan’ atau yang seumpama dengannya. Maka, ‘bapa’ kepada rakyat haruslah berperanan dengan wajar terutamanya dalam penerapan nilai-nilai dan budaya yang baik. Jika ia berlaku sebaliknya, padanlah dengan bidalan Melayu, ‘bapa borek, anak rintik’ yang beerti anaknya hanya akan mengikut segala tingkah laku ayahnya malah mungkin lebih lagi. Seorang anak tidak akan gagal dalam meniru tingkah laku ibu bapanya. Sebab itulah istilah yang menyebut, anak-anak adalah cermin ibu bapa adakalanya benar belaka. Siapa lagi yang anak-anak akan ikut selain daripada orang yang lebih lama berada di sisinya?.

Tugas seorang ayah bukan hanya ‘mendendangkan’ lagu barang sebuah dua untuk anak kesayangan. Bukan tidak boleh tetapi kita bimbang jika sekadar itu sahaja, ia hanya berkemampuan melahirkan ‘Sazali’ yang tenggelam dalam lautan kasih sayang dan membutakan mata hatinya tentang erti kebaikan, nilai agama dan akhlak yang mengakhirkan hidupnya sebagai seorang penjenayah.

Justeru, bakal ibu-bapa harus mengambil teladan daripada sepotong doa yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim ‘alayhissalam yang terakam dalam surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

       Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Agar generasi pewaris yang bakal lahir akan terpelihara agamanya.

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.