Friday, March 21, 2014

Titipan dari Sang Maha ESA...

Kau seperti sahabat akrabku,
Dengan wudhu’ kau menyentuh Aku,
Kau junjung Aku, Kau pelajari Aku,
Seusai bertemuKu, kau mencium Aku.

Kau kini telah dewasa,
Kau kini leka dengan duniamu,
Leka dengan hiburan tidak berfaedah,
Aku kini Cuma bahan usang di campak ketepi,
Aku disimpan rapi,
Aku kini hanya layak di stor simpanan barangmu.

Dulu komputermu berkumandang alunan kalam-kalamKu,
Di perjalananmu ke kuliah sering kau dengar kalamKu,
Namun kini, muzik dunia menjadi bisikan telingamu,
Aku dibiarkan dan terus dilupakan.

Jika dulu kau melagukan Aku di hari-hari Ramadhan,
Setiap lembaran kau tadabbur,
Kini, kau terangkak membacaKu kembali,
Di waktu kematian dan tadarus.

Kalam dari Sang Pencipta seluruh alam,
Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah dan Penyayang,
Melalui Rasulullah s.a.w disampaikan dari Jibril,
Keluarkan Aku dari laci mejamu,
Letakkan Aku kembali di atas mejamu,
Moga kau sentiasa dekat dengan Sang Pencipta.

Orang sekelilingmu memerlukanmu,
Sampaikanlah kalam-kalamKu pada mereka,
Jangan biarkan Islam terus tercalar keranamu,
Akulah kalam Al-Quran teragung dari Allah s.w.t.

Kehidupan ini tidak akan berakhir dengan peninggalan noktah kosong dari jiwa-jiwa yang yang sengaja mengosongkan. Kehidupan ini dicorak dari tangan-tangan manusia yang sedar dengan erti kehidupan dan berpegang teguh pada dua sumber asas pemberian Sang Pencipta kepada kita, al-quran dan as-sunnah. Kisah para anbiya’ telah membenarkan janji mereka di hadapan Sang Pencipta. Bagaimana dengan janji kita kepadaNya?
Zaman kian ditelan dengan peredaran yang pelbagai dan mengasyikkan jiwa-jiwa yang sukakan materialistic. Gadget berubah, bertukar seperti tiada kepuasan dengan nikmat pemberianNya. Remaja kini buta, alpa dengan dunia yang fana. Budaya sering bertukar mengikut zaman. Tidak lagi seperti sang mujahid dahulu yang sentiasa menggegarkan dunia. Di balik besi asy-syahid Syed Qutb mampu menukil tafsir zhilal quran dengan mata penanya yang tajam demi Islam tercinta. Dipenjara tidak mematahkan sedikit kudrat pun demi ummah kehadapan. Dengan zikiran puisi, jasad, gadaian hayat demi ummat Islam. Di usia yang muda, beliau Muhammad al-fateh mampu menjadi pemimpin hebat malah dapat membuka Negara besar Konstantenopel dengan sejumlah askar yang menjaga solat tahajjudnya.
Al-quran dan as-sunnah sedikit tidak dapat dipisahkan jauh dalam ke sudut hati manusia. Tanpa dua peninggalan dan rujukan ini manusia tidak mampu berjalan di ruangan gelak gelita tanpa cahaya iman dan amal. Ibarat sifat keikhlasan di dalam hati seperti seekor semut hitam duduk di atas batu yang hitam dan dalam keadaan gelap gelita tidak ada sedikit cahaya.
***
Zaidi menyapa sambil mata mengerling ke arah komputar riba Izzat, “ Izzat, buat apa tu?”
Izzat terkejut, “ Oh, aku tengah tengok facebook. Ada artis korea nak datang Malaysia. Aku nak pergilah Zaidi.”
Zaidi bertanya dengan muka yang agak keliru, “ Siapa artis itu Izzat? “
Izzat dengan selamba menjawab, “ Kau tak tahu Zaidi? Artis yang terfamous dekat korea sekarang, Oppa Gangnam lah, siapa lagi.”
Zaidi terdiam dan terus melangkah ke biliknya tanpa berkata apa-apa. Zaidi merenung berfikir sambil tangan di dagu, duduk di kerusi belajar. Monolog anak muda itu, “ Remaja kini semakin parah. Apakah yang harus aku lakukan Ya Allah. Berikanlah hambaMu ini petunjukMu.”
***
Di atas meja belajar, tangan zaidi menyelak helaian tafsir zhilal quran nukilan Syed Qutb. Sesiapa sahaja yang menghayati setiap patah yang dinukilkan pasti tersentak, berlenangan airmata malah hati kecil anak muda ini lebih tertampar dengan ayat Allah yang di gambarkan sang pena iaitu:
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
“Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.”
“Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.”
Bagaimana gambaran bumi bergegar dengan gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya. Seperti bumi mahu meringankan perut yang penuh. Suasana gegaran seperti goncangan gempa bumi namun hanya Sang Pencipta lebih mengetahui. Inilah gambaran Allah kepada ummat tentang qiamat.
***
Zaidi memandang ke arah Izzat sambil menepuk bahu, “ Jom Izzat kita pergi masjid solat jemaah? “
Izzat bangun tidak berkata apa-apa lalu terus melangkah bersama Zaidi. Seusai solat, Zaidi mengajak Izzat bersama mentadabbur kalam-kalam indah Sang Pencipta.  Allah memberi peringatan kepada hambaNya yang bermaksud, “ Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sedagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.” Dipetik dari kalam Allah terjemahan surah al-hadid ayat 20.
Zaidi memegang bahu Izzat, “ Izzat, faham apa yang hendak Allah sampaikan kepada kita dalam ayat ini? “
Izzat memegang mushaf kalam Allah dengan kusyuk mentadabbur ayat itu namun tidak tahu apakah yang ingin di sampaikan oleh Sang Pencipta.
Zaidi tersenyum lalu menjawab dengan nada yang lembut dengan persekitaran  masjid yang sayup-sayup kedengaran alunan bacaan ayat suci kalam Allah dari seseornag yang tidak dikenali, “ Izzat, sedar atau tidak hakikat penciptaan kita sebagai hambaNya di bumi fana ini hanya sementara. Manusia diciptakan sebagai khalifah. Bumi dipijak ini adalah stesen perhentian sementara sebelum bertemu Sang Maha Pencipta. Dia memberi perlbagai nikmat namun sedikit dari kita mensyukurinya. Nikmat tidak terkira adalah nikmat iman dan Islam yang hingga sekarang kita masih bernafas dengan status individu Islam.”
Izzat mohon bertanya dengan lirikan muka seperti anak kecil yang kelaparan yang ingin di suapkan makanan, “ Zaidi, tahu tidak kepentingan kita hidup di bumi ini? Dan apa tugas kita di bumi ini? “
Zaidi melerekkan senyuman sambil mendekatkan diantara lutut ke lutut, “ Kita hanya hambaNya yang diciptakan dari setitis air yang hina dan tugas kita di dunia fana ini adalah sebagai seorang khalifah Allah. Firman Sang Pencipta di dalam al-quran yang bermaksud, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami Senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Surah al-baqarah ayat 30. Barangkali apa yang menyempitkan dalam pengetahuan setiap malaikat, jin, manusia justeru sangatlah luas dalam pengetahuan Dzat Yang Maha Tahu.
Manusia adalah makhluk yang paling sempurna, kerana itu manusia diberi kelebihan untuk dapat berfikir dam memiliki akal. Dan kerana itu juga Allah mempercayakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sebagai seorang hamba dan khalifah, manusia bertanggungjawab menghiasi alam semesta untuk kesejahteraan ummat manusia khusunya dek kerana lama ini diciptakan Tuhan untuk hambaNya. Sebagai wakil Sang Pencipta, manusia di beri mandate untuk menyebarkan segala rahmatNya, menegakkan kebenaran di samping membasmi segala kemungkaran juga menegakkan keadilan. Sebagai manusia yang beragama Islam wajib ke atasnya menyebarkan Islam ke seluruh alam bagi menyambung tugas dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia disisi Allah. Setiap dari kita akan di soal kelak oleh Allah, adakah kita sudah sampaikan tentang Islam kepada manusia? Sudahkah kita memanfaatkan semua yang telah Allah berikan dengan baik? Akal fikiran, alam semesta dengan segala kemewahan dan bagaimana hubungan kita dengan saudara muslim?” Zaidi akhiri kalam dengan persoalan untuk sang akhi berfikir sejenak.
***
Pagi yang indah dengan kicauan burung bersiulan sungguh menakjubkan bagi sesiapa yang melihat keindahan Sang Pencipta ini, subhanallah Mahasuci Allah. Aku masih mampu bernafas dan masih hidup dalam Islam dan iman. Monolog Izzat sendirian di sisip tingkap hostel. Cakera padat oppa gangnam semuanya di buang serta lagu-lagu yang melalaikan di delete dari computer riba. Al-quran kini menjadi tempat paling indah di sudut meja Izzat. Dengan tulisan kreatif Izzat, tertampal di dinding hadapan meja belajar dengan ungkapan asy-syahid Syed Qutb berbunyi, “Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan manulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya redha menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim…”
Zaidi bersyukur atas perubahan saudaranya. Melihat perubahan Izzat di balik pintu bilik sedikit terbuka, melegakan hati Zaidi di kala dahulu seperti di robek namun kini hatinya tenang setenang air di lautan tanpa ombak menghempas.
Zaidi menguak pintu lalu menyentuh bahu Izzat, “Enta buat apa Izzat?”
Izzat terkejut lalu memaling kea rah saudaranya, “Enta Zaidi, ana tengah kemas meja belajar ana ini. Zaidi, ana nak ucapkan terima kasih atas segalanya. Takda enta, ana tak tahulah apa akan jadi pada diri ana kelak.”
Zaidi melerek senyuman lalu memeluk, “Semuanya dariNya Izzat, petunjuk dari kalamNya dan sunnah Nabi s.a.w. Ana sayang enta kerana Allah.”
***

Perubahan berlaku dari keinsafan dan tarbiyyah diri dan kemudian dipraktikkan. Manusia mampu mencipta sejarah untuk dirinya demi ummat generasi harapan. Menuding jari tanpa bukti bukanlah sifat muslim berwibawa dan sejati malah lambang kepada muslim yang tidak berilmu dan lemah. Jadilah generasi Syed Qutb yang dengan mata pena mampu menggegarkan jiwa musuh dan dunia. Dengan mata pena, tersergam indah fikrah Islam tersebar luas di serata dunia. Mereka, Salahuddin al-ayubi, Umar al-khattab, Salman al-farisi, Sultan Muhammad al-fateh telah membenarkan janji mereka beserta bukti mereka untuk dipersembahkan kepada Sang Pencipta, bagaimana janji dan bukti kita? Tepuk dada, tanya iman kita. Manusia yang sering muhasabah diri adalah manusia yang miliki jiwa besar.

No comments:


Wanita...

Wanita...

KEISTIMEWAAN BUAT WANITA...

*sekadar renungan buat insan yg bergelar wanita ketahuilah betapa istimewanya menjadi seorg wanita.betapa bertuahnya menjadi wanita.bersyukurlah kita kepada Illahi...

-sekiranya wanita mati dlm masa 40hari slps bersalin dia akan dikira sbg mati syahid.
-wanita yg mmberi minum susu kpd anaknya drpd badannya akan dapat satu pahala drpd tiap2 titik susu yg diberikannya. -jika wanita mnyusui anaknya smpi tempoh 2 1/2 tahun,maka malaikat2 dilangit akan mnyebarkan berita bhwa syurga wajib bgnya.
-jika wanita mmberi susunya kpd anaknya yg sedang menangis,Allah akan mberi pahala satu tahun solat baginya. -wanita yg mhabiskan tidur malamnya yg tidak selesa krn mjaga anaknya yg sakit akan mdapat pahala seperti mbebaskan 20 org hamba.
-apabila mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat bgnya 1000 kebaikan dan mngampuni 2000 kesalahannya bahkan segala sesuatu yg disinari sang suria akan meminta keampunan bgnya dan Allah akan mngangkat 1000 darjatnya. -seorg wanita yg solehah lebih baik drpd 1000 org lelaki yg tidak soleh,dan seorg wanita yg melayani suaminya selamanya seminggu maka ditutup bgnya 7 pintu neraka dgn dbuka bgnya 8 pintu syurga dan dia dapat dari mana2 shj tanpa dihisap.
-mana2 wanita mnunggu suaminya pulang disapu mukanya,dihamparkan duduknya atas mnyediakan makan minumnya atau mrenung ia suaminya atau memegang tanganya mperelokkan hidangan pdnya,memelihara anaknya atau mmanfaatkan hartanya kpd suaminya krn keredhaan Allah maka disunatkan bgnya tiap2 kalimah ucapannya tiap2 langkahnya dan setiap renyngannya pd suaminya sbgimana mbebaskan seorg hamba.pd hari khiamat Allah kurniakan Nur sehingga Tercengan wanita mukmin semuanya atas kurniaan Rahmat itu.