Awal Ramadhan adalah Rahmat, pertengahannya adalah Ampunan, dan akhirnya adalah Pembebasan dari Api Neraka..
sesungguhnya Allah menjadikan Ramadhan di celah - celah bulan yang lain antaranya adalah sebagai ruangan khusus kepada hambaNya menjalani dan mengikuti pantang larang yang sangat berguna..
manusia yang menjalani kehidupan selama 11 bulan tak ubah seperti seorang pesakit dengan menanggung penyakit yang tersendiri..
Allah Maha Pengasih dan Penyayang begitu menginginkan hambaNya kembali sihat dalam menikmati kenikmatan yang tersedia..
justeru, sebulan Ramadhan manusia diwajibkan menjalani rawatan tahunan di Hospital Ramadhan..
seterusnya, Syawal yang kian menyinsing menyaksikan betapa sekalian hamba yang putih bersih lagi 'afiat membesarkan Allah dan sentiasa bersyukur atas terapi dan perubatan nafsu yang diberikan.
namun begitu..
alangkah malang sekali jika ada lagi jumlah yang penyakitnya tidak berkurangan atau terus menanggung derita kesakitan batin dan amalan meskipun ubatan yang terbaik disediakan sepanjang Ramadhan..
persekitaran yang cukup terasa dan rapi inilahyang perlu kita ambil sebagai peluang keemasan yang perlu disedari oleh semua..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata : "melainkan puasa, kerana ia untuk - Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana - Ku.. bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu.. kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
alhamdulillah, kini, kita kian menjengah ke saat di mana Al - Quran, sumber hidayah kita, diturunkan..
masih ingat lagikah antum bagaimana Al - Quran diturunkan..?
ALLAH -> LUH MAHFUZ -> BAITUL 'IZZAH -> MUHAMMAD
ALLAH -> LUH MAHFUZ -> BAITUL 'IZZAH -> MUHAMMAD
"dan Al - Quran itu Kami bahagi - bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang.. dan Kami menurunkannya beransur-ansur.."
(surah al - Isra' : 106)
peristiwa Nuzul al - Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat - peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al - Quran yang ada pada kita hari ini..
peristiwa Nuzul al - Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke - 41 daripada tahun keputeraan Nabi Muhamad SAW..
perkataan 'Nuzul' bererti : turun atau berpindah dari atas ke bawah..
bila disebut bahawa al - Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al - Quran..

'Al - Quran' bererti : bacaan atau himpunan..
di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya..
sedar atau tidak, kalimah al - Quran sering disebut - sebut dengan rangkai kata 'al - Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al - Quran yang mempunyai mukjizat'..
malah inilah sebenarnya kelebihan al - Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al - Quran..
pendek kata, segalanya terdapat di dalam al - Quran!

"dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini.. kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)..
(surah Al - An’am : 38)
(surah Al - An’am : 38)
al - Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia..
segala isi kandungan al - Quran itu benar..
Al - Quran juga dikenali sebagai An - Nur bererti cahaya yang menerangi, al - Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al - Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan..

dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al - Quran yang mula - mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al - 'Alaq..
"bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.. bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.."
(surah al - 'Alaq : 1 - 5)
(surah al - 'Alaq : 1 - 5)
apakah kaitannya Lailatul Qadar dengan Nuzul al - Quran..?
sebenarnya al - Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain..
sebenarnya al - Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain..
"sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al - Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu..? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.. pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(surah al - Qadr : 1 - 5)
(surah al - Qadr : 1 - 5)

Lailatul Qadar : suatu malam pada bulan Ramadan yang begitu istimewa sekali fadilatnya.. malam al - Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan..
bagi mencari malam - malam yang berkemungkinan sebagai malam al - qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam - malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan..
ada juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al - qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan dan pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan..
ada juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya..
lalu, baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan..

Malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan..
tapi, apa yang pasti masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat..
maka, dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah - mudahan kita semua akan dapat bertemu dengannya sebagai bekalan kehidupan akhirat yang abadan abada kelak..
No comments:
Post a Comment