
Ku akan mencinta Mu

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar...
بسم الله الرحمن الرحيم
Daripada Al-hassan Al-basri rahimallah : “sesungguhnya Allah swt telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim islam dengan bulan muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim islam di sisi Allah swt selepas bulan ramadhan melainkan bulan muharam. Ianya di namakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”
Berlalulah sudah bulan ramadhan dimana ummat islam diwajibkan berpuasa selama sebulan dan menghayati erti tadhiyyah. Telah pergi juga bulan zulhijjah dimana ummat islam seluruh dunia menyeru rukun islam ke-4 iaitu menunaikan haji di baitullah (makkah).
Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرّم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة اللّيل
Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah yang diharamkan(Muharam)dan solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat malam.
= Muharam membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang’ iaitu Allah swt melarang peperengan atau pertumpahan darah. Rasulullah saw sendiri menamakan bulan muharam sebagai bulan Allah swt (shahrullahi).
PUASA HARI ‘ASYURA.
ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرّى صيام يوم فضّله على غيره الا هذا اليوم عاشوراء, وهذا الشهر يعني شهر رمضان
Berpuasa di bulan muharam lebih aula atau lebih utama adalah pada 10 muharam atau dikenali juga sebagai hari ‘asyura (bermaksud kesepuluh).
أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء أو أمربصيامه
أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال يكفّر السنه الماضيه
Rasulullah saw telah menggalakkan ummat islam agar berpuasa kerana disitu mempunyai banyak kelebihan tersendiri disamping kelebihan yang ada pada bulan muharam itu sendiri. Pada bulan muharam ini mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk kita renungkan iaitu pada hari inilah nabi musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah swt daripada musuh mereka.
Walaupun adanya mazhab syiah yang meyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan sayyina husin pada 10 muharam. Kita boleh jawab balik dengan bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari isnin sedangkan pada hari isnin merupakan hari kewafatan rasulullah saw yang lebih besar kesedihannya tetapi kita tetap berpuasa sunat.
Hukum berpuasa pada hari `Asyura tidaklah diwajibkan dan merupakan sunnah yang dituntut, hal ini sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Mu`awiyah b.Abu Sufian radiallahu`anhu ,beliau berkata:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول هذا يوم عاشوراء ولم يكتب عليكم صيامه وأنا صائم فمن شاء صام ومن شاء فليفطر
Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya hari ini adalah hari `Asyura,tetapi tidaklah diwajibkan kamu berpuasa,aku berpuasa,maka barangsiapa yang mahu,berpuasalah dan barangsiapa yang hendak berbuka,berbukalah.
قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينه فرأى اليهود تصوم عاشوراء فقال ما هذا؟ قالوا يوم صالح نجّى الله فيه موسى وبني اسرائل من عدوّهم فصامه موسى فقال:أنا أحقّ بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه
Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam datang ke Madinah,maka beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari `Asyura.Beliau bersabda: Apakah ini? Mereka menjawab:Hari yang baik,di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan kaumnya Bani Israil dari musuh mereka,maka Musa pun berpuasa.Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Akulah yang lebih berhak dengan Musa daripada kamu,maka beliaupun berpuasa `Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.
[ HR Bukhari wa muslim]
Puasa Hari Tasu`a
Puasa hari Tasu`a iaitulah puasa hari kesembilan dalam bulan Muharam,ia adalah sunnah yang disebut dalam hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam antaranya:
لمّا صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا يا رسول الله انّه يوم تعظّمه اليهود والنّصارى فقال: فاءذا كان عام المقبل صمنا اليوم التّاسع.قال فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول الله صلى الله عليه وسلم
Manakala Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa pada hari `Asyura dan menyuruh orang supaya berpuasa,maka mereka berkata: Ya Rasulullah! Hari `Asyura ialah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani.Beliau bersabda: Bila tahun hadapan Insya Allah kita berpuasa pada hari yang kesembilan.Belum pun tiba tahun hadapan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah wafat.
[ HR Bukhari ]
حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله انّه يوم يعظّمه اليهود والنصارى, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لئن بقيت الى قابل لأصومن التاسع
Berdasarkan hadith ini,sebahagian ulamaط menyatakan disunatkan berpuasa pada hari kesembilan(Tasu`a) Muharam kerana itulah yang hendak dikerjakan oleh Rasulullah sallallahu`alahiwasallam.Sesuatu yang hendak dikerjakan oleh Rasulullah sa.w adalah menjadi syariat walaupun belum dikerjakannya.Maksud Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharam juga adalah untuk memastikan supaya tidak ketinggalan puasa `Asyura.Sepertimana hadith yang berikut:
ان عشت ان شاء الله الى قابل صمت التاسع مخافة أن يفوتني يوم عاشوراء
Jika aku masih hidup(insya Allah)sampai tahun depan nescaya aku akan berpuasa pada hari Tasu`a kerana takut aku terluput dari `Asyura.
[ HR At-Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah no:350]
Adapun pendapat yang mengatakan disunatkan puasa pada tiga hari berturut-turut iaiti 9,10 dan 11 Muharam berdasarkan hadith Ibnu Abbas:
صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود, صوموا قبله يوما وبعده يوما
[ Nailul Authar:4/289 dan Dha`if Jami`us Shaghir: 3506/512]
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Islam itu indah,janganlah lepaskan peluang yang Allah swt telah berikan. Selamat beramal kerana Allah ^_^
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar kabira! Walhamdulillahi kasira, wasubahanallahi bukratau waasila.
“Demi waktu fajar, dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah), dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”
Ingatkah lagi kita tentang pengorbanan Nabi Allah SWT, Ibrahim AS dan anaknya Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT? Peristiwa di mana Nabi Ibrahim AS menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail AS di dalam mimpinya. Dalam ketaatan yang tinggi kepada Allah, Ibrahim AS rela menyembelih anaknya dan anaknya juga merelakan diri untuk disembelih. Lihatlah betapa tinggi kesetiaan dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan perintahNya.
Firman Allah SWT: “Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata: Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirlah bagaimana pendapatmu. Dia (Ismail) menjawab: Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadaku, insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang bersabar.” (As-Saffat: 102)
Atas kesabaran, kepatuhan dan pengorbanan yang dilakukan inilah Nabi Ibrahim AS dipuji Allah dan telah menjadi contoh buat umat Islam seluruh dunia.
Di pengakhiran cerita, Nabi Ismail AS telah digantikan dengan seekor kambing atau kibas. Sungguh, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Demi kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim.” (As-Saffat: 106-109)
*****
Imam As-syahid Hassan al-Banna telah mendefinisikan at-tadhiyyah (pengorbanan) dalam Rukun Bai’ah yang bermaksud seorang akh itu menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat agungnya. Imam As-Syahid juga ada menyatakan bahawa tiada satu pun jihad di dunia ini yang tidak menuntut pengorbanan dan segala pengorbanan yang telah disumbangkan demi Islam itu tidak akan disia-siakan, bahkan akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang berlipat kali ganda.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka.” (At-Taubah: 111)
Firman Allah SWT lagi dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245: “Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan yang lebih banyak daripada apa yang telah dikorbankan.”
Allah telah menjanjikan bahawa seorang muslim yang mengorbankan jiwa, harta, masa dan nyawa serta segala-galanya pada jalan dakwah ini akan diberi balasan dan ganjaran tertinggi di sisi Allah.
Sebagai khalifah yang diciptakan Allah, setiap daie itu perlu mengorbankan apa saja yang ada padanya, bahkan dirinya sendiri dalam menelusuri jalan dakwah yang berliku ini. Samada sebagai hamba Allah, pelajar, sahabat, pendakwah, anak, ibu, guru dan sebagainya. Semua tugasan itu menuntut pengorbanan dalam meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Bukanlah dinamakan kehidupan jika tiada pengorbanan. Pembezanya hanyalah kecil atau besarnya nilai pengorbanan itu di sisi Yang Maha Agung. Dan tanyalah hati. Ikhlaskah untuk berkorban dan dikorbankan demi sebuah kebenaran? Usah lokek untuk merenung kembali sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam di saat kita benar-benar yakin bahawa janji Allah itu benar-benar akan terealisasi.
Natijahnya, seseorang Muslim yang benar-benar melihat erti sebuah pengorbanan itu pasti akan turut menghantar kesan sebuah pengorbanan itu sehingga ke pengakhirannya. Bertemu Tuhannya dengan perjalanan yang terisi dengan untung rugi makna kehidupan. Sesungguhnya setiap manusia itu pasti akan mati. Tapi, satu kerugian yang amat besar andaikata kita membiarkan kematian itu sepi dari nilai yang dipandang Allah dalam setiap transaksi jual beli antara kita dan Allah di dunia ini.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berpesan : “Sesungguhnya medan perkataan berbeza dengan medan khayalan. Medan amal juga berbeza dengan medan perkataan. Medan jihad berbeza dengan amal. Medan jihad yang haq berbeza secara kontradiksi dengan medan jihad yang batil.”
Jadi, apa lagi yang dinantikan kita? Semoga, pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, juga pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat tercinta menjadi satu inspirasi kepada kita sebagai daie untuk mengorbankan apa sahaja yang berbaki pada diri untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Ayuh, mulakan dari sekarang!
Baik akhlaknya : Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
Tegas mempertahankan maruah Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
Bertanggungjawab :Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
Bukanlah kesabaran jika ada batasnya dan bukanlah keikhlasan
jika masih terbelenggu sakit hati.
Kesabaran bukanlah hanya berdiam diri,
orang yang berkata sabar tanpa melakukan apapun
berarti sedang menunggu kehancuran diri.
Sabar tak bisa dipisahkan dari tawakkal, karena tanpa tawakkal
bukalah sabar yang sebenarnya. Sabar merupakan benteng yang
kuat untuk membangun kembali kekuatan untuk meraih apa yang
tertunda. Tanpa kesabaran saat ini, berarti kita tidak punya
harapan untuk meraih keberhasilan yang ada di depan.
Kesabaran seseorang dapat terlihat dari apa yang seseorang
katakan dan lakukan saat kesempitan menghimpitnya.
Bersabarlah saat menghadapi orang lain, karena tanpa kita sadari,
kitapun telah banyak menuntut kesabaran dari orang lain.
Firman Allah Ta’ala:
“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal. Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya” (An-Nahl:96)
Akhir kalam, berkata sebagian orang ‘arifin:
Ahlush-shabri (golongan yang sabar) itu adalah di atas tiga maqam:
Pertama, orang-orang yang meninggalkan nafsu syahwat, dan ini adalah derajat orang-orang yang taubat (mutawwabiin).
Kedua, orang-orang yang ridha dengan yang ditakdirkan Tuhan, dan ini adalah derajat orang-orang zahid.
Ketiga, orang-orang yang suka kepada apa yang diperbuat Tuhannya, dan ini adalah derajatorang-orang shiddiq (ash-shiddiqin).“
Dan disabdakan pula oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sebuah hadits:
“Sesungguhnya Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan berkata nanti pada hari kiamat: ‘Dimanakah orang-orang
yang menjalin persaudaraan karena-Ku, maka pada hari ini Aku akan menaunginya pada hari dimana tidak ada sebuah naungan kecuali hanya naungan-Ku’.” (HR. Muslim)
semakin lama semakin meningkat hari-hari kita dalam ramadhan. hari ini mausk hari ke-6 ummat islam berpuasa. tercapaikah hadaf kita awal ramadhan ini? sudah berapa juzu' quran kita? sudah cukup kenalkah kita pada ukhtie kita? sejauh mana ukhuwwahfillah kita dengan ukhtie kita? tepuk dada tanyalah iman masing2.
ukhuwwah adalah suatu yang sangat berharga bak emas yang sangat berharag dan tidak ternilai harganya apabila ia bersulam ngan keikhlasan dan dari HATI yang suci. untuk membina sesebuah negara islam..3 perkata paling penting perlu dititik beratkan, IMAN+UKHUWWAH+SISTEM. menjadi suatu tanggungjawab kita menjaga,memelihara agar tidak berkecai seperti kilauan kaca-kaca yang pecah ke tanah. untuk memelihara sebuah hubungan atau ukhuwwah perlulah kita menjaga beberapa hak-hak ukhuwwah itu sendiri. Antaranya :-
1. Hendaklah ia mencintai saudaranya semata-mata karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan bukan
karena tujuan-tujuan duniawi.
Hendaklah kita mengikhlaskan niat di dalam ukhuwwah, kita mencintai saudara kita karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan bukan karena tujuan-tujuan duniawi. Jika seseorang mencintai saudaranya karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala, maka kecintaan tersebut akan tetap lestari. Jika ia melakukannya karena tujuan duniawi
, maka lambat laun kecintaan tersebut akan pupus di tengah jalan. Disebutk
an dalam sebuah hadits yang shahih tentang 3 hal yang bila ketiganya ada pada diri seseorang, maka ia akan merasakan manisnya keimanan. Salah satu diantaranya adalah:
“…Dan yang ia mencintai saudaranya, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah Subhanal
lahu wa Ta’ala…” (Muttafaqun ‘alaihi)
2. Lebih mendahulukan untuk membantu saudaranya dengan apa yang mampu dari jiwa dan harta daripada dirinya sendiri.
Tidak diragukan lagi bahwa dalam kehidupan bermasyarakat, masing-masing individu memiliki strata sosial yang berbeda-beda. Antara yang satu dengan yang lainnya saling membantu. Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin membantu yang kaya. Yang memiliki kedudukan akan membantu orang yang tidak memiliki kedudukan, dan sebagainya. Semua ini adalah sebuah ketetapan Allah Subhanallah
u wa Ta’ala atas para hamba-Nya. Jika memang demikian keadaannya, maka diantara hak dalam ukhuwwah sesama muslim adalah membantu saudaranya dengan mencurahkan apa yang ia mampu dari
potensi yang ada pada dirinya atau harta yang dimilikinya.
Hakikat dari persaudaraan adalah lebih mendahulukan kepentingan saudaranya daripada kepentingan dirinya sendiri (Al-Itsar). Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memuji sifat orang-orang Anshar yang lebih mengutamakan kebutuhan orang-orang Muhajirin padahal mereka sendiri sangat membutuhkan, sebagaimana firman-Nya (artinya):
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan.” (Al-Hasyr: 9)
Sifat “Al-Itsar” termasuk dari hak ukhuwwah yang hukumnya mustahab (sunnah). Jika seseoran
g bisa meraih sifat tersebut, maka sungguh hal itu merupakan kebaikan baginya. Namun bila
tidak bisa meraihnya, maka paling tidak ia berusaha untuk membantu saudaranya dengan jiwa dan hartanya. Sebagian ulama telah mengatakan: “Sesungguhnya termasuk dari adab dalam membantu saudaranya adalah hendaklah ia tidak menunggu sampai saudaranya meminta bantuan sesuatu kepadanya, namun hendaklah ia yang memulai untuk mencari apa yang dibutuhkan saudaranya yang dicintainya karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala.”
Diceritakan pada zaman dahulu bahwa sebagian ulama mencari informasi tentang sesuatu yang dibutuhkan oleh saudaranya tanpa saudaranya tersebut mengetahuinya. Kemudian setelah itu, i
a memasukkan harta ke dalam rumah saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya.
Sebagaimana kisah Ar-Rabi’ bin Khutsaim rahimahulloh. Suatu ketika, ia memerintahkan keluarganya untuk membuatkan makanan yang terbaik dari makanan yang ada. Maka dibuatlah makanan tersebut. Kemudian setelah itu pergilah Ar-Rabi’ rahimahulloh dengan membawa makanan tersebut ke ru
mah seorang laki-laki mukmin yang buta, bisu dan tuli. Maka diberikanlah makanan tersebut dan segera disantap sampai kenyang. Padahal laki-laki tersebut tidak pernah mengeluhkan kebutuhannya kepada Ar-Rabi’ rahimahulloh. Demikianlah akhlak para ulama salaf.
3. Menjaga kehormatan dan harga diri saudaranya.
Ini termasuk dari inti dan hak yang agung dalam ukhuwwah. Sesungguhnya Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan kepada umatnya untuk menjaga kehormatan sesama muslim. Disebutkan dalam sebuah riwayat dari shahabat Abu Bakrah radliyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda dalam khutbahnya di hari ‘Arafah pada saat haji Wada’:
“Sesungguhnya darah-darah kalian dan harta-harta kalian serta kehormatan-kehormatan kalian haram atas kalian….” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
Kehormatan seorang muslim terhadap muslim yang lainnya adalah haram secara umum.
Realisasi dalam hal ini ialah seperti:
1. Tidak menyebutkan ‘aib saudaranya, baik ketika ia hadir dihadapannya maupun ketika tidak ada.
2. Tidak mencampuri urusan pribadinya.
3. Menjaga rahasianya.
4. Menjauhi prasangka buruk terhadap saudaranya.
Hukum asal seorang muslim adalah taat kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala, bersifat
jujur, dan baik. Maka kita harus berbaik sangka kepada saudara kita, dan harus menjauhi prasangka buruk, karena dengan berprasangka buruk, kita bisa jatuh kedalam perbuatan dosa. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah melarang perbuatan tersebut dalam firman-Nya (artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa.” (Al-Hujurat: 12)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Hati-hatilah kalian dari prasangka, karena prasangka itu adalah sedusta-dusta ucapan.” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
Umar bin Khattab radliyallahu ‘anhu berkata: “Janganlah kalian berprasangka buruk terh
adap sebuah kalimat yang keluar dari saudaramu, sementara memungkinkan bagimu untuk membawa kalimat tersebut ke arah kebaikan.” (Riwayat Ahmad, Az-Zuhd)
Abdullah bin Al-Mubarak rahimahulloh berkata: “Bagi seorang mukmin, diberikan kepadanya berbagai kemungkinan alasan yang dapat dimaafkan.”
Maka jangan sampai kita membuka peluang bagi setan untuk masuk kemudian menghembuskan ses
uatu yang buruk kepada diri kita, sampai akhirnya berhasil memecah belah persaudaraan sesama muslim.
5. Menjauhi perdebatan dengan saudaranya.
Sesungguhnya perdebatan akan menghilangkan sifat mahabbah (saling mencintai) dan persahabatan. Dan akan mewariskan kemarahan, dendam dan pemutusan ukhuwwah.
Maka meninggalkan sikap perdebatan merupakan tindakan yang terpuji. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada di pihak yang salah, maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di surga paling bawah. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada pad
a pihak yang benar, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di tengah surga…” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
Diantara sebab yang mendorong seseorang untuk melakukan perdebatan adalah dalam
rangka memperoleh kemenangan, agar ia dikatakan sebagai seorang yang pintar dan paling benar pendapatnya, dan kurangnya penjagaan terhadap tergelincirnya lisan pada dirinya. Kesemuanya itu merupakan sikap yang tidak terpuji.
6. Mengucapkan kalimat-kalimat yang baik kepada saudaranya.
Realisasi dalam hal ini ialah seperti:
1. Mengatakan kepada saudaranya: “Aku mencintaimu karena Allah Subhanallahu wa Ta’a
la.”
2. Memuji saudaranya ketika tidak ada di hadapannya.
3. Mengucapkan terima kasih atas kebaikan saudaranya tersebut.
7. Memaafkan atas kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh saudaranya.
Setiap orang pasti memiliki kesalahan. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam :
“Setiap keturunan Adam (manusia) pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah
orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah no. 4251)
8. Merasa gembira dengan kenikmatan yang Allah Subhanallahu wa Ta’ala berikan kepada saudaranya.
Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memberikan keutamaan dan kelebihan yang berbeda pada masing-masing orang. Baik dalam hal kepemilikan harta, keilmuan, banyak melakukan amalan-amalan ibadah, kebaikan akhlaknya dan lain sebagainya. Kita patut merasa gembira dengan nikmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala yang diberikan kepada saudara kita baik dari sisi harta, ilmu, semangat dalam beribadah, dan l
ain-lain. Kita harus menghilangkan sifat hasad (iri, dengki) terhadap keutamaan yang diberikan oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala kepada saudara kita.
9. Saling membantu dengan saudaranya dalam perkara-perkara kebaikan.
Sungguh Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memerintahkan yang demikian dalam firman-Nya (artinya):
“Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
10. Bermusyawarah dan bersikap lemah lembut terhadap saudaranya.
Janganlah salah seorang diantara mereka bersendirian dalam memutuskan suatu perkara, namun hendaklah saling bermusyawarah. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memerintahkan hal tersebut dalam firman-Nya (artinya):
“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Asy-Syuura: 38)
Dengan semangat Ramadhan ini marilah kita suburkan ruh iman dan ukhuwwah, kasih sayang dan keprihatinan sesama pendokong dakwah. Kita pancarkan obor persaudaraan dan mahabbah. Sesungguhnya inilah terjemahan dan refleksi terhadap keimanan dan kepercayaan kita terhadap nilai-nilai tarbawi yang menjadi pegangan kita selama
ini.
Percayalah bahawa tanggungjawab dan tugasan kita semakin hari semakin bertambah, masa kita semakin hari semakin padat, sekaligus bebanan-bebanan yang ada semakin berat. Seharusnya kita mesti lebih percaya bahawa segala bebanan dan kerunsingan ini akan diringankan oleh ruh ukhuwwah dan kasih sayang, keprihatinan dan kepedulian sesama kita.